5 Sebab Kenapa Perlu Belajar
1. Kita memang dituntut untuk belajar.. kan? lagi pun lumrah sbg manusia, kita pasti belajar sesuatu, samada secara formal ataupun tidak.
2. Supaya tak mudah kena tipu.
3. Untuk memenuhi pusat pengajian yang melambak-lambak kat Malaysia ni..
4. Supaya minda dan akal kita terangsang/aktif.. Guna 1% pun OK daripada tak digunakan langsung.. kan?
5. Belajar boleh mendisiplinkan diri? Benar! asalkan apa yang kita belajar tu adalah sesuatu yang positif. Kalau belajar meragut atau merompak, tu cari penyakit namenye!
>>belajar itu ibadah..
5 Sebab Kenapa Perlu Kerja
1. Untuk dapatkan duit. Takde orang akan bagi duit kat kita free2 je tanpa buat kerja.
2. Untuk sara diri sendiri dan keluarga.
3. Untuk bayar balik hutang (pinjaman)
4. Supaya ape yang kita belajar, tak sia-sia macam tu je. Ye la kan, blaja 4 5 tahun, takkan lepas tu nak menganggur je?
5. Untuk shopping!!
>> bekerja juga ibadah..
5 Sebab Kenapa Perlu Menulis Blog
1. Untuk menyokong kempen pelihara alam sekitar.. Sebab? Dengan menulis diari di blog, kita boleh kurangkan penggunaan kertas utk membuat buku.. hehee..
2. Untuk meningkatkan skill, terutamanya skill menulis/mengarang ayat..
3. Mencari kenalan...? ermm.. boleh juga kan?
4. Mengurangkan stress/tekanan.. Segala-galanya boleh diluahkan melalui blog.. Luahkan lebih baik dari pendam lama-lama.. Bahaya tuu....
5. Boleh bergosip secara ala-kadar.. Sebabnya, setiap entry atau komen yang kita post, semua orang boleh baca. Jadi kita perlu la cover-cover sikit berbanding dok bergosip kat tepi tingkap, semuanya lepas. Maklumlah, cuma ade kita-kita je.. Betul tak Cik Kiah?
>> menulis blog adalah riadah.. ehee...
Sekian dari nenek.. Sambung esok.. Adios.!
6 days ago
No comments:
Post a Comment