Wahh... tahniah ye buat pemain bola sepak Malaysia atas kemenangan mereka mengalahkan Indonesia 3-0 semalam utk piala AFF Suzuki 2010... memang terbaik..Tapi ni baru pusingan satu.. Mudah-mudahan game kedua yang bakal berlangsung di Indonesia rabu ni, Malaysia tak ade banyak masalah untuk menang.. & seterusnya menjulang piala ni buat pertama kalinya... Aminn...
Tapi macam biasa la, bila ada perlawanan pasti ada yang kalah,ada yang menang.. Yang menang tentunya gembira.. Yang kalah? ermmm... tak puas hati dan akan carik pasal.. tak gitu..? Macam la kes semalam tu.. siap bawak laser masuk stadium.. aiii.... Mercun takleh bawak masuk, laser boleh ke??? Ntah sape la punye angkara menyuluh2 laser tu ye?
Nenek rasa individu yang bertanggungjawab me'laser' smlm adalah individu yang dah buat kajian teliti pasal laser ni (macam edisi siasat la plak..) eheee... Biasanya kalau orang cakap pasal laser, kita akan bayangkan laser tu color merah. Tapi individu tersebut tak guna laser color merah ni. Dia guna green light laser instead of red light laser.. Bijak sungguh.. kenapa? sebabnya mudah, kita guna hukum fizik paling asas bagi hubungan antara Tenaga/energy (E) dan panjang gelombang/wavelength (lamdha); E = (hc)/lamdha
Wavelength utk green light laser = 532 nm berbanding laser merah (=650 nm). Jadi kalau wavelength makin kecik, energy dia akan jadi lebih besar. Maka, laser hijau lebih 'bright' di sebabkan energy laser hijau jauh lebih besar dari laser merah. Dan sifat laser hijau, cahaya dia lebih mencapah, berbanding laser merah yang lebih menumpu (pointing). Oleh yang demikian, mata pemain bola sepak tersebut akan lebih mudah silau & sensitif jika terkena laser hijau..
Untuk bacaan lanjut >> klik sini
Chopp... apehal plak nenek sensitif pasal isu laser melaser ni?? ahhaaa..sebabnya semua ni dalam skop kajian nenek je sebenarnya.. Research project nenek pasal laser, jadi macam ade kena-mengena la plak kan..? tapi percayalah, kes kat stadium semalam bukan nenek yang buat..!sumpah! =P
5 days ago
No comments:
Post a Comment