Tuesday, September 23, 2014

b i s u

Nak luahkan asyik mengguris hati. Tak boleh tegur, bergurau jauh sekali. Selalu merasakan yang diri menjadi mangsa keadaan. Tak ada siapa la nak menghina kau selamanya. Tapi kalau asyik terlalu mengungkit walau dah berkali juga minta maaf dan memaafi, apa gunanya? Ikhlas kah kemaafan itu?

Bukan rasa kasihan, bukan nak menunjuk yang aku ni baik nak menolong. Aku hanya menyokong. Mahukan kehidupan kau berjalan dari sudut yang berbeza dari sebelumnya. Merasakan adanya anjakan perubahan, jauh dari kepompong silam. Bina hidup yang baru. Jauhkan dari rasa sentiasa berdendam dan buruk sangka. Buruk sangka memang hanya selalu mengundang keji. Maki bukan lagi suatu yang luar biasa. Sangat terbiasa.

Ego. Untuk apa besarkan ego dalam dada tu? Menyalahkan orang lain, anggap semua orang sengaja cari kesalahan diri kau. Pernah kau tanya? Tak kan? Pernah kau tanya apa perasaan aku? Apa perasaan dia? Siapa yang sayang kau? Siapa yang akan sentiasa ada saat kau susah? Kau rasa kau sangat susah. Pernah tak terfikir dari mana datangnya kesusahan ni? Tak terfikir? Sini aku bagitau. Semua ni, dari masa silam kau. Cuba fikir, renung. Ingat-ingat balik. Apa yang kau buat dulu? Hebat kan? Lepas sakitkan hati semua orang, kau jaja cerita kononnya kami tak percaya kau lagi. Kami buang kau? Siapa yang buang siapa sebenarnya? Kau pergi macam tu je. Sampailah saatnya kau sedar dunia yang kau kejar tu tak seindah perkhabaran, kau pulang. Pernah kami membenci? Pernah kami ungkit? Pernah?

Kini, bila ada tersalah kata, kau maki. Kau kata kami benci. Pernah kami cakap benci? Pernah aku tak peduli? Sebab kau takut dengan bayang-bayang sendiri kau jadi terlebih defensive. Tapi dengan cara yang tak tentu pasal. Memberontak. Marah. Rasa benci. Rasa nak bunuh diri. Cakap macam orang tak ada iman!

Kami saja la yang perlu jaga hati kau. Pernah tak kau belajar dari silap lalu? Apa silap kau sebenarnya? Terlalu ikutkan hati. Hati rasa nak marah, kau marah. Hati rasa nak maki, kau maki. Tak pernah pun cuba nak pandang situasi yang kau hadapi tu dari sudut yang positif. Kau rasa satu dunia nak tentang kau. Kau, dengan dunia kau.

Matang? Aku tak rasa kau matang. Dari mana datangnya ego? Bagaimana wujudnya ego? Terlalu tebal setebal tembok besi. Cuba la ambik masa berfikir.

Kami tak minta kau berlutut minta maaf atau merendah-rendahkan diri kau. Kau masih manusia. Cuma satu, tegur tu tanda sayang, gurau tanda kasih, bersama tanda cinta. Janganlah sampai nanti semuanya bisu tak peduli.

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget