Sunday, December 30, 2012

30 Disember

Happy birthday zura.. tahun depan dah masuk darjah 4..

dan satu lagi untuk buah hati kesayanganku, my baby minho, hehee... happy 1st anniversary minho sayang!


Monday, December 24, 2012

ok

Tak tahu nak tulis apa tapi degil jugak nak post something hari ni. minggu lepas rasanya hidup nenek macam sarat dengan perkara-perkara yang serius. tak pernah la nenek jadi seserius ni, lagipun nenek bukan jenis orang yang serius dan kadang-kadang tak ambil serius pun benda-benda yang patut di ambil serius. banyak betul perkataan serius, serius betul la kot. huhuu (see? tak serius lagi).

Perubahan yang serius akan berlaku lepas ni, yang nenek sangat-sangat harapkan adalah, nenek nak jadi rajin dan fokus dengan research. kali ni betul-betul serius. mungkin sebab dah jumpa sumber inspirasi.. hahahaa!! eh, serius serius. sumber inspirasi memang akan beri kita perubahan yang positif. terima kasih! ^^ perubahan, peralihan, persekitaran dan pengalaman baru yang nenek harapkan akan merubah fikiran nenek jadi semakin matang. mudah-mudahan. setakat ni persediaan nenek untuk segala perubahan itu nanti hanyalah...., baca teori. hehee.. rasanya lepas ni research akan jauh menyimpang dari apa yang nenek buat sekarang. tapi tak apalah, nenek dah bersedia untuk perubahan tu. untuk kebaikan nenek jugak. sebolehnya, nenek nak jauhkan diri dari 'zon selesa'. tak mahu selesa sangat sekarang sampai tak sedar yang diri ni dah jauh ketinggalan dari orang lain. nenek tahu nenek mampu buat cuma nenek malas. jadi kesimpulannya, jangan malas lagi. malas tu hanya untuk orang-orang yang tak mahu berjaya. OK? ok ok...

p/s>> kepada pengkritik tetap merangkap pakar motivasi nenek, bersedialah untuk mendengar 'luahan perasaan' nenek sepanjang fasa perubahan nenek nanti ye.. hehehee.. Jasamu akan ku kenang.

Wednesday, December 19, 2012

insan


berbeza warna, berbeza rupa,  ada yang menarik dan ada yang tidak. yang paling menarik, tak semestinya  yang terbaik.

Seronok dengar cerita-cerita sorang kawan yang nak berkahwin tahun dpn. berjangkit pulak pening-pening nak uruskan majlis besar sekali seumur hidup ni, In shaa Allah. don't worry dear, aku akan ada untuk share kelam kelibut tu bersama. lepas ni tak tahu bila la nak ber'kelam kelibut' sama-sama lagi.

Monday, December 10, 2012

diari nenek kebayan

Lama tak update dengan entry baru sebab nak kumpul material ni ha.. hehee..
Nak simpan gambar-gambar ni dalam diari just in case hari esok banyak perubahan berlaku. setakat hari ini, inilah yang berlaku dalam hidup nenek. tak bervariasi, hari-hari perkara yang sama tapi nenek tak rasa bosan sebab ini semua apa yang nenek suka buat, setakat ini..

 1) Hidup pagi di lab laser.
 
 Sejak dulu, mula-mula jejak kaki dalam lab ni, sini lah tempat 'keje' nenek. sudut paling privasi. ada orang tu tahu la kot spot ni. hehee..

Laser ni pun tak berubah kedudukan dia, sebabnya memang takleh nak ubah gi tempat lain. tak banyak yang berubah meja ni kecuali dah teramat penuh dengan PC software baru. maklumlah, student baru pun ramai. meja kena share walaupun tak berapa nak caring..

Ok, gambar bawah ni....

Tadaaa!!!  bilik 'isolated' yang kat belakang tu. sekarang dah set up eksperimen baru.

Meja-meja dia pun dah berubah sebab rak buku tu dah buang! saje je nak letak gambar ni kot2 ada orang tu rindu tempat beliau betapa waktu dulu-dulu. Oh, sekarang bilik isolated ni Ali yang punya, student phd dari Iraq.

Dan lagi satu yang berubah..
lab assistant. kak ruz sekarang dah bahagia dengan lab baru. lab nenek memang ramai student dan meriah, tapi rasa kosong je sebab semuanya dah berubah.

Saje je ambil gambar ikan dalam lab kak ruz ni, nak bagi ikan ni enter frame jugak.. ^^

Dah takde idea nak kacau kak ruz, masuk lab kak pah and the gang pulak..

Ni la gang skema nenek. jumpa je asyik nak buat group discussion. kadang-kadang je bertukar-tukar pendapat. itu pun tak banyak la. nasib baik ada puzi yang suka buat lawak. kalau tak memang skema memanjang..


2) Malam di 'blog sejuk'...

Task baru. part time je. tapi hari-hari. tiap-tiap malam.. lengan ni sikit lagi nak nampak macam malik noor.
Epal, laici, pelangi dan mangga...

Blender ni teman baru nenek tiap-tiap malam. biasanya port nenek mem'blend' ais kat belah hujung sekali. paling jauh dari kaunter. memang suka buat keje kat 'penjuru alam'


Macam-macam flavour.. macam-macam karenah customer..

Saja je buat part time macam ni. tak kira la ape degree pun yang kita ada, rasanya tak perlu la nak double standard'kan keje sebegini. bak kata piha, 

"sijil master tu ilmu akademik yang kita ada. untuk kesenangan masa hadapan. ilmu 'blog sejuk' ni ilmu bukan akademik kita, kemahiran dan pengalaman yang kita sendiri nak cari. jangan sampai jadi orang yang sijil akademik tinggi melangit, tapi tak pandai nak hargai kesenangan dan selalu pandang rendah orang bawahan."

Betul tu. setuju sangat. mana la tahu lepas ni dengan pengalaman yang tanpa sijil melangit ni kita boleh buka franchise sendiri. kan piha?


>> banyak lagi gambar dalam phone tapi rasa ada yang kurang. ermmm... gambar famili. dah jarang balik kampung jumpa mak ayah adik-adik. rindu sangat. fahmi berkhatan pun tak sempat nak ambil gambar dia pakai kain pelekat. (hidup setiap orang ni lain, kita takkan dapat faham melainkan kalau kita ada 'dalam kasut' mereka sendiri..)

Wednesday, December 5, 2012

sampai bila?

Ada segelintir orang sentiasa berjaga-jaga.
Ada segelintir orang dah terhantuk baru tengadah.
Ada segelintir orang dah terhantuk, tergolek, terlentang, terjelopok, terlanjur dan macam-macam 'ter' yang ada.... masih lagi tak sedar diri.

belum terlambat nak perbetulkan diri, selagi masih ada peluang.

diari nenek

kawan nenek