Monday, September 28, 2015

s e p t e m b e r dah

dah nak sampai penghujung..

dah masuk minggu study week dah pun.. huiii.. study week la sangat, tiga hari aje pun. lusa dah mula exam. student pun masing-masing dah sibuk minta carry mark kekonon nak budget berapa nak score masa final. lab report berlambak lagi tak siap tanda. masa ni jugak la berduyun nak jumpa minta terangkan balik mana-mana topik yang tak paham. masa ni jugak la 'depa' dok kalut nak buat meeting.

dah benda nak jadi. bawa kereta secermat berhati-hati sangat pun, kalau orang lain cuai tetap la berdentum jua. kesian jnh. ku tatang bagai minyak yang penuh walaupun kadang-kadang tank minyak tak la penuh sangat, bercium jugak kau akhirnya dengan kereta lain. aduhaiii pakcik, eksaited benor engkau nak balik raya sampai kau langgar je jnh aku. bukan laju pun. selooo bebeno pakcik oii.. orang lain nak masuk simpang, boleh tak kau bawak bersabar? bawak-bawak mengucap. huishhh, nasib baik la engkau nak bertanggungjawab, terbang jugak la rm550 engkau wahai pakcik. semoga lepas ni pakcik murah rezeki dapat cover balik nilai yang dah 'tersedekah' dekat jnh aku yang memang dah lama mengidam nak ganti bumper baru. semoga juga pakcik lebih berhati-hati bila memandu lain kali. semoga jpu pakcik lekas 'sembuh'.

dah nak buat macam mana. kontrak lambat lagi nak habis. kena la tunggu mereput sikit lagi. baru la boleh fikirkan nak pindah tempat baru. dah tak sabar ni nak buat kad matrik yang color color biru merah tu. macam cantik je dok ushar member punya kad matrik dari hari tu. heuheuheuu.. punya la dulu beriya tak nak kerja dekat dengan rumah, paling tak pun dok sambung mereput kerja dekat tempat belajar dari 'darjah satu', tapi nak buek camno rezekinya tak ada di sinun. pergi interview, interview susahhhh.. huhu.. selamat tinggal utm. tak sabar nak masuk dsi nak konvo. dah lepas tu tak tau nak sambung apa lagi. postdoc tu nanti nantilah tunggu masa sesuai.

dah lepas ni bawa haluan masing-masing. kau nak terus, terus lah. jalan biar lurus. aku rasa, aku nak ambik simpang kanan ni, nampak macam lengang je. dah sampai nanti bagitahu!

dah la. meeting

kbai






Thursday, September 17, 2015

Pihare si budak nakal

a.k.a SITI NORFARHA BINTI MAT RIFIN.
Happy 20th anniversary beb!
(Sambil kau pasang lagu Imran Ajmain, selamat ulang tahun saiyyannggg..kau baca la ucapan madah berlafaz syahdu dariku untukmu)
Terima kasih pihaku sudi berkawan dengan aku. Sudi buat kerja gila sama-sama dengan aku. Sudi layan kerenah aku dengan penuh sabar dan tabah. Sudi selalu plan macam-macam aktiviti. Paling aku rindu, brainstorming meeting dalam kereta before keluar mencari sakinah. Thank you jugak sentiasa ada saat aku susah, sedih, meroyan, makan hati dan kuat drama. Kalau takde kau, mungkin aku cuma sebujur jasad mereput di bucu katil menanti sinar cahaya keindahan dari celah tingkap dengan penuh harapan pelesu.
Ok, jadi sebagai ucapan ulang tahunnya, Selamat menjalani sisa-sisa usia remaja dengan penuh ghairah. Setahun dua lagi kau kena terima hakikat duniawi yang kita bukannya lagi seorang insan dengan kuasa jimba menyamai kuasa kuda 10 ekor kuda jantan. Hahahhahaa!
Semoga hari-hari yang mendatang lebih membahagiakan. Semoga setiap keputusan dan pengalaman lebih mematangkan. Dan semoga semoga dan semoga lagi keindahan kegembiraan ketenangan hidup bersama yang tersayang menjadi hak milik kekal kau selamanya.
Dr.-to-be, wish u all the best! Tak sabar nak panggil Dr. Piha in public kuat-kuat, atleast legal and official. Akan ku tunggu mu di pintu DSI.
Muahhhhh!! (kehkehkehh)
Nah aku belanja eskem

diari nenek

kawan nenek