Thursday, April 29, 2010

Semester 3

Dalam tempoh 2 bulan lg, sem3 akan bermula. Kiranya dlm awal Julai. Sempat ke masuk bulan 7?? erkk...?

WEDDING!!!!!!!!

1 Mei nanti wedding kwn sekolah aku, Noryanti binti Khamisan.. Dah bertambah ramai kwn2 aku yg bina masjid yek..Syukur, baguslah.. Dah jodoh...
Aku...???? Wahaaa..!!! Takpe2, aku belajar lg (alasan yg munasabah kan?hahahaa!!!)
Apa ye hadiah yg sesuai nak bg kat beliau? Lesung batu, periuk, kuali, set pinggan mangkuk, gelas, heater, toaster??? Macam dah biasa sgt hadiah2 mcm tu... Hmmmmm..... apa ek.....?????????

"Iyo la tu za..."

bila kekurangan~

Salam....
Aku yakin setiap org ade keinginan.Ade yg teringin nak jd kaya, cantik, bijak, popular, ramai kawan & mcm2 la lg.. Jadi, kalau dah banyak sgt keinginan, cita2 & impian tu, kenalah usaha lebih utk dapatkan apa yg dihajatkan tu. Apa yg penting, tak perlu sakit hati dgn kelebihan org lain. Tak perlu nak mengumpat, memerli org hanya kerana kita sakit hati dgn apa yg dia ada. Kalau nak, USAHA!! Tak payah kata "alaa..dia boleh la, kaya.. mak bapak mmg dah kaya. lahir2 je semua ade.." (contoh saje, Ok??hehee..)
Pada aku, tak payah la nak rasa kelebihan org lain tu sbg suatu kekurangan pd diri kita. Setiap insan dilahirkan dgn keadaan yg sama, tak berbaju, tak ada harta, tak ada ilmu. Tak ada beza kan? Setakat ni tak pernah la aku dgr bayi baru lahir pakai baju siap bwk briefcase penuh dgn duit. TAKDE!! Yg berbeza hanya family background. Ada yg lahir dlm keluarga senang, ada yg susah. Itu tanggungjawab diri sendiri utk ubah nasib keluarga masing2..


Wednesday, April 28, 2010

sila baca...

Saje nak berkongsi dgn semua. Ni aku baca kat blog org lain, tp tak salahkan kalau nak berkongsi pengetahuan bersama..?

http://cuma-ingin-tahu.blogspot.com/2010/03/rasulullah-s.html

salah saya..

Project progress aku sgt lambat... "Suri ye Prof., sy lambat buat keje..". huhuu...

benarkah masanya hampir tiba...?

Rasanya ramai yg dah terbaca artikel mengenai Gerakan Retrograd Marikh.. Secara ringkasnya, gerakan ini berlaku apabila planet Marikh sekarang ni berputar secara berlawanan arah iaitu dari Timur ke Barat. Menurut ape yg aku baca lg, fenomena ni dah lama sebenarnye, sejak tahun 2005 lg.. Maknanya matahari di Marikh terbit dari barat. Bumi pulak berjiran dgn Marikh & tak mustahil bila-bila masa je kita boleh lihat matahari boleh terbit dari barat.. Ini bukan ape, sbg peringatan je. Pada waktu kejadian tersebut berlaku, pintu taubat telah pun tertutup. Eloklah kalau kita segera beringat & bertaubat. Dekatkan diri kepada Maha Pencipta selagi sempat. Untuk percaya atau tidak pd artikel2 ni, terpulanglah.. Bukankah dalam rukun Iman ke-5 kita wajib percaya pada hari akhirat. Bermakna kiamat itu ada dan bakal terjadi. Masa dan waktu saja yg kita tak tahu.. Segala-galanya hanya Tuhan saja yg tahu.. Wallahualam....

www.islam.gov.my/ppi/almanak/falak/psd/2010/gerakanRtrogradMarikhKiamat.pdf

Friday, April 16, 2010

....kurangkan....lebihkan....

Wawawahh... sekarang ni musim org2 nak kuruskan badan. Tak payah tengok contoh yang jauh, contoh yang dekat saje sudah (orang2 di sekeliling aku...hehee..jgn terasa ye). Kawan2 semua sibuk nak kuruskan badan.. erm, kenapa ye? Sebab berat badan bertambah? Jeles tengok org lain kurus menawan @ teringin nak pakai baju cantik? teeettt...!
Alternatif plg mudah utk kurus ni senang je.. KURANGKAN MAKAN.. selain tu ade gak yang ambik makanan/minuman sampingan. Tujuannya, supaya tak lapar. Aku nak tau jugak macam mane rasenye kalau kita minum je produk kurus ni, kita takkan rase lapar. Pastu aku pun beli la pek percubaan. Hmmm... sedap gak.. TAPI takde effect langsung, maknenye aku takde la rase tak lapar malah rase makin lapar..!! Ah, sudah...
Tapi skrg aku tak amalkan dah sebab stok dah habis. Aku pun hairan macam mane org lain boleh rase kenyang bila minum benda ni. & aku rase ni cuma la effect dari segi psikologi sebabnye aku takde la bersungguh2 nak turunkan berat badan, sekadar nak cuba produk yang mereka sebut2kan ni.
Sebenarnya ape yang penting, sesiapa yg berhasrat nak turunkan berat badan & langsing kena la kuat semangat, rajin bersenam, LEBIHKAN minum air masak & kurangkan makan. Berdiet bukan la maknenye kita tak perlu makan, tp makan bila perlu bukan ikut nafsu. Kawal nafsu tu beb, bkn nafsu yg kawal kita.. Kesimpulannya, sendiri mau ingat...!
 Sekian....


saya dan .....


saya dan ezaan

saya dan mazni

saya dan ina

saya dan kak fida..

diari nenek

kawan nenek