Tuesday, July 31, 2012

Cerita Bermusim...

Setiap tahun, bila masuk bulan puasa je mesti banyak yang mak cerita zaman kami adik beradik masa kecik, zaman mak ayah masa mula-mula kawin, zaman belum mampu beli tv & macam-macam cerita zaman tok kaduk tujuh keturunan. Mak memang aktif dan mainkan peranan sebagai tukang karut, tapi bukan cerita benda karut melainkan yang benar-benar belaka. Nenek, abang, kakak, adik-adik jadi tukang gelak dan tokok tambah sikit-sikit. Kadang-kadang tengah buka puasa, bila mak start buka cerita lama yang lucu, kitorang gelak sampai menangis. Bukan la lawak sangat pon, cuma rasa "Ya Rabbi, nape la masa kecik-kecik perangai aku macam tu.. Huhuu.."

Semua orang ada cerita sendiri, dari akak yang dah ada anak satu, sampailah ke adik bongsu yang baru darjah tiga. Ada je cerita yang mak nak ungkit-ungkit dijadikan cerita.

Walaupun ceritanya ulang tayang je setiap tahun, tapi kitorang tak bosan nak dengar. Cerita mak slalu ingatkan kami tentang betapa nakalnya kitorang masa kecik-kecik dolu. Maklumlah, budak kecik memang la nakal, kreatif sikit, baru la bijak.. Hehee..

Ayah pulak tukang iyakan je cerita mak. Sekali-sekala ayah cerita pasal hidup ayah masa muda-muda. Kalau dengar memang dapat bayangkan betapa susahnya ayah masa tu. Dapat bayangkan pun dah rasa susah, belum lagi nak menanggung susah ayah dulu. Ayah memang la tabah.. Lagi tabah bila besarkan kami adik beradik yang nakal ni. Dah biasa dah rasa libasan tali pinggang ayah, kena rendam dalam parit, kena kejar keliling rumah.. Kalau ingat balik, memang entah hape hape entah perangani masing-masing. Nasib baik sekarang semua dah jadi baik, sopan-sopan belaka. Kalau nakal sekali-sekala pun, ayah dah tak larat nak kejar keliling rumah lagi..

Pagi tadi, lepas sahur, mak ayah cerita lagi kisah dulu-dulu. Zaman harga ikan kering cuma $1.50 sebungkus, zaman kurma timbang baru berapa ringgit je sekilo, zaman orang jual ais letak serbuk papan.. Zaman sekarang dah tak jumpa semua tu.. Mamang la, sekarang dah zaman 'dihujung jari je'. Dulu zaman 'guna semua tangan dan kaki'.. Memang jauh beza..

Ada lagi lebih kurang 2minggu lagi puasa. Rasanya stok cerita mak ayah ada banyak lagi. Tunggu la maghrib nanti nak berbuka, mesti ada cerita lagi..

Tak boleh nak bayangkan macam mana keadaannya bila suatu hari nanti, dah tak ada siapa nak cerita balik kat kami kisah zaman kecik-kecik kami adik beradik, cerita mak ayah masa muda-muda.. Nenek belum bersedia. Biarlah bagi nenek rasa suasana yang sama tahun depan dan InsyaAllah untuk tahun-tahun akan datang.. Aminn...

Monday, July 30, 2012

Distance



Lyrics (c&p)

The sun is filling up the room
And I can hear you dreaming
Do you feel the way I do right now?
I wish we would just give up
Cause the best part is falling
Call it anything but love

And I will make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long can we keep this up, up, up?

And please don't stand so close to me
I'm having trouble breathing
I'm afraid of what you'll see right now
I give you everything I am
All my broken heart beats
Until I know you understand

And I will make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long can we keep this up, up, up?

And I keep waiting
For you to take me
You keep waiting
To save what we have

So I'll make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long can we keep this up, up, up?

Make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long til we call this love, love, love? 


>> terasa nak nyanyi sebab cuak jap bila dapat notifications yg acc yahoo nenek kena login dari nigeria.. wth?! bila plak nenek ke sana? Sah-sah kena hack.. betul-betul what the hack la!

Wednesday, July 25, 2012

Tapi.. tapi.. tapi...

Cuma markah test, test je.. Ujian kot... tapi..... ermmm... Sedih la macam ni... ape pun tak bolehhhh..... T_T

Monday, July 23, 2012

Pagi yang gelap kini sudah terang

Syukur, dapat sambut 1 Ramadhan sekali lagi.. Syukur nenek masih diberikan peluang untuk bernafas lagi, menikmati ramadhan tahun ini. Dan InsyaAllah dapat mengakhiri ramadhan dengan senang hati.. (Ok, cukup ayat bunga2).. 

Baru 2 hari puasa, tapi ramai dah sibuk dok cerita pasal raya. Baju raya tok sah cerita, start dua tiga bulan lepas orang dah mula hantar jahit baju raya. Semalam pun entah2 ramai yang dah start shopping raya.. hehee... Tak pe la, bagus la tu, buat persiapan awal. Nanti takde lah kelam kabut last2 minute nak raya. Semua dah ready. Tinggal tunggu raya je.

Dua hari puasa, nenek rasa bahagia sgt, sebabnya..... nenek tak payah sibuk2 masak untuk buka. Time puasa macam ni slalunya ayah nenek yang masak. Heaven gila! Kalau nak tolong sibuk2 pun, nanti ayah halau keluar dapur. Tak pe la ayah, ayah masak memang sedap. kalah masakan iza.. huhuu... Ayahh win!

Dan yang paling seronok, time2 macam ni la dapat siapkan tanda semua lab report, assignments student yang bertimbun, study untuk buat lecture notes & paling best, dapat habiskan baca novel2 yang dah banyak beli tapi tak menyempat nak baca..

** Bila masuk kelas je, mula la tak faham bahasa student. Maksudnya, nenek bukan tak faham bahasa Melayu, tapi tak faham loghat negeri lain.. kalau masa belajar dulu ada Thiyah boleh tolong translate, sekarang...? Tak pasal je jujur habis dengan student, "Awak cakap melayu standard boleh? Saya takut ssaya salah faham..." lol kat nenek & studenggg...

Tuesday, July 17, 2012

hidup ini indah

Mimpi yang indah kadang kala buat kita tak mahu bangkit dari mimpi. Bimbang mimpi yang indah akan pergi. Kalau boleh, mimpi itu mahu diulang-ulang setiap masa. Kalau boleh, setiap kali tidur, kita mahukan mimpi yang sama, mimpi indah itu.. Lalu, apakah erti hidup kita? Terlalu menyintai mimpi yang hanya fantasi, buatkan kita lupa sebenarnya kita ada sebuah kehidupan yang perlu didepani sendiri. Kenyataan hidup yang tak pernah lari dari realiti. Tak ada fantasi. Semuanya yang benar-benar belaka.

Disebabkan kehidupan ni kadang kala pahit untuk dijalani, ada segelintir yang lebih rela bermimpi, tak kira la di siang hari ke malam hari ke. Yang penting mimpi saja. Mimpi yang indah-indah, tak payah menyakitkan hati. Risikonya pun tak ada. Tapi, mimpi itu hanya mimpi. Angan-angan. Kosong. Bila kita bangkit dari mimpi, kita masih di atas katil, terbaring, lesu.. Kita tidak kemana-mana. Masih di situ.

       Jadi pilihlah, samada kita mahu meneruskan mimpi indah yang akhirnya kita masih lagi tidak ke mana-mana, atau kita bangkit dari mimpi indah dan hadapi kenyataan hidup yang penuh risiko yang akhirnya kita akan mendapat hasil yang setimpal dengan apa yang kita usahakan hari ini.. Pilihan di tangan kita sendiri. Yakinlah, hidup ini lebih indah dari mimpi indah yang hanya sekadar mimpi...



Monday, July 16, 2012

Nak menipu kenalah bijak..!

Kan? Kalau dah tahu nak menipu tu, bagi la 'faketa' yang dengar macam real, logikkkk gitu... Hahaa... Kesian la dekat kau. Lain kali kalau nak pedajal orang dengan cara yang halus, gi sekolah dulu cara-cara nak menipu yang super double trouble real kedevass!

Kesimpulannya, tak payah la nak menipu sebab tipu kan dapat dosa. Kalau ya pun kau sakit hati, tak puas hati, kecik hati dan lain-lain lagi penyakit hati dekat aku,, selesai elok-elok. Tak payah nak libatkan orang lain untuk menipu. Kau memang trollolol!

Monday, July 9, 2012

Their first test, my first trial

13 Julai... tarikh yang paling dinanti-nanti oleh (kami). Tarikh test 1 utk subjek Algebra.. Seronoknye dah nak test.. Cepat betul masa berlalu. Dah masuk minggu ke5 rupanya. Student nenek yang nak test, nenek pulak yang cuak terlebih.. Yela kan, result diorang nanti akan jadi kayu pengukur keberkesanan nenek mengajar dalam kelas. Kalau ramai yang tak perform, maknanya nenek tak pandai la bagi lecture.. Sem depan resign! kuang kuang kuang... Good luck semua......... \(^_^)/

>>> paling (tak sabar) nak interview untuk biasiswa yayasan Sultan Iskandar Johor 18 Julai ni... berdebarrrr......

Sebalang Hati

(Monday blues) lalalalaa.....







No, I can't take one more step towards you
'Cause all that's waiting is regret
Don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live half alive
And now you want me one more time

[Chorus:]
And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms
And I've learned to live half alive
And now you want me one more time

[Chorus:]

Dear, It took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
'Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back

[Chorus: x2]





diari nenek

kawan nenek