Sunday, December 28, 2014

1 2 3 lekuk

"Tengok si Ali tu, umur 5 tahun dah hafal sifir doblas. Kau asyik la nak hafal intisari rancangan tv."

"Kakak kau tu dulu masa sekolah seterettt A je kalau pekse. Kau A B C D semua kau kaut."

"Dalam seploh orang anak mak, kau la paling corot sekali dalam pelajaran."

Ini contoh sejenis kesalahan mak ayah yang kadang-kadang diorang tak sedar pun perkara ni salah. Suka nak banding-bandingkan tahap intelek anak-anak, tak  kira la bandingkan dengan anak sendiri atau dengan anak-anak jiran sebelah. Motif nak banding-membanding ni mungkin murni, sebabnya nak anak tu sedar ada orang lain yang lebih maju dan bijak dari dia, maka si anak akan lebih belajar bersungguh-sungguh. Tapi apa yang emak bapak tak sedar adalah kemampuan anak tadi. Mungkin minda anak tadi kurang cerdas, tahap iq dia tak sama dengan rakan sebaya lain yang bijaksanasini. Terlalu nak membanding boleh buat anak-anak ni stress dan kadang-kadang bosan nak belajar. Yelah, dah cuba yang termampu tapi tetap nak dibandingkan dengan orang lain. Bukan tak boleh langsung nak bandingkan, kalau dah masuk darjah enam tapi anak tu tak hafal-hafal lagi sifir dua, payah la. Emak ayah kena la tolong bagi dorongan untuk anak-anak belajar. Kurangkan pendedahan pasal gajet misalnya.
Satu lebihnya perbandingan ni, mungkin akan buat si anak rasa tercabar dengan kata-kata emak ayahnya. "Aku corot?" Jadi nak bukakan mata mak ayah supaya lebih luas terbeliak, si anak mungkin akan belajar lebih bersungguh, nak buktikan yang corot tu bukan tempat berteduh si anak selamanya. Cuma satu, moral anak mungkin akan selamanya terganggu walaupun dia dah berjaya buktikan yang dia bukanlah si corot. Sampai ke tua mungkin sifat nak membandingkan diri sendiri dengan orang lain akan terus berada dalam fikiran si anak. Sampai tua. Sampai mereput. Aku yakin. Sebab, akulah anak yang corot tu. PhD, semua orang mampu, tapi aku bukan yang terbaik.

K15

Berbaring

Merenung syiling

Terfikir

Apa akan jadi esok?

Kenapa hari ini begini?

Motif?

Tak mampu fikir

Capai sweater

Pakai sneaker

Aku perlukan udara.

_az

Wednesday, December 24, 2014

yang baru

Macam baru je semalam fikir apa nak buat sepanjang 2014. Tau-tau je dah tinggal berapa hari lagi nak masuk 2015 pulak. Tahun ni tak ada azam. Tahun depan pun rasanya tak rajin nak letak azam apa-apa. Cuma harap apa yang aku rancang, dipermudahkan.

Sepanjang tahun ni aku rasa pengalaman yang aku sempat kaut banyak tentang perhubungan. Hubungan dengan Tuhan, hubungan keluarga, hubungan kawan, hubungan sahabat yang bajet-bajet, hubungan sahabat yang tak pernah mengaku sahabat tapi sentiasa ada masa susah dan laju-laju je ada masa senang dan hubungan crush-till-forever. Pfffttt..

Mana yang aku rasa tak perlu bawak sampai ke tahun depan, lebih baik aku tinggalkan sekarang. Mungkin ada berbekas sikit rasa sakitnya dekat sini * sambil tunjuk dada tepat ke hati* tapi aku tak perlukan manusia yang tak perlukan aku. Banyak lagi hubungan yang aku patut jaga, yang patut aku hargai. Nak berhenti dah merungut. Fokus duniawi tahun depan, biarlah rahsia.. Huhuu..

Okbai

Friday, December 19, 2014

?

Nasihat percuma dari seorang makcik yang tak aku kenal, di sebuah shopping mall.

Nasihat ringkas,

"Jangan abaikan solat. Jangan lengahkan solat. Rajinkan diri buat solat dhuha. Minta murahkan rezeki (harta) dan jodoh."

Gulp!

Makcik,

Macam tahu-tahu je dua tu yang saya mintak tiap kalinya.

Siapa pun makcik, terima kasih atas nasihat.

Saya doakan makcik sekeluarga murah rezeki dan sihat tubuh badan.

=)

ipes

Lagaknya orang besar
Derai penuh tawa
Ke sana sini membawa canda
Dalam ramai
Dalam sendiri
Sebenarnya cuma sepi

Realiti
Atau cuma dongeng
Kisah sang puteri nampak indah
Dalam istana penuh bunga
Nampak berseri
Harum mewangi
Sebenarnya cuma sepi

Mungkin juga
Dia rasa inilah lumrah bahagia
Umpama aurora
Dalam sekelipan mata
Mula membara
Sedetik menghilang
Dan yang tinggal
Sebenarnya cuma sepi?

Biarpun sepi menjerit
Sepuluh jarak
Tetap takkan terbebas
Kerana sepi
Hanya sepi
Perlu apa dibelai
Kerana yang tinggal akhirnya
Cumalah sepi.



Sunday, December 14, 2014

selamanya

Jarang-jarang dapat berkumpul sekeluarga semua ada. 

Ayah Mak Kakak Ngah Kak Pidah Dayah Ayu Fahmi Zura Ika mutmut,Icha dan aku.

*senyum lebar

diari nenek

kawan nenek