Tuesday, February 25, 2014

AYAH

Lelaki paling digeruni masa aku kecik dulu. Garang macam rimau. Pantang bising sikit, main lari-lari terlebih, terjahanamkan barang, memang confirm kena bantai dengan ayah. Setakat tali pinggang rm10 cap pasar malam ayah tu, dah biasa sangat rasa. Aku kadang-kadang je rasa kena bantai, sebab selalunya abang aku back up. Dia pulak yang kena. Aku sempat nyorok bawah katil. Huhuu.. TQ abangku, heroku, juga merangkap penyelamat aku dari 'bantaian' ayah masa kecik dulu.

Tak payah cerita lebih, rasanya hampir semua ayah zaman dulu garang. Tak boleh nak mengada sikit, siap la kena jeling dengan ayah. Masa tu faham dah. Behave! Tak berani nak gurau-gurau dengan ayah.

Tu pengalaman masa aku sekolah rendah. Ayah memang garang, tegas, suka naik tangan tapi tak lah sampai lebam-lebam kitorang kena. Cukup la pukul untuk mengajar. Tapi masa tu tak rasa ayah macam nak mengajar. Kadang-kadang dendam la jugak. Iye la, masa tu kecik lagi. Tau nak memberontak je. Sori ayah! (smiley)

Sekarang ni, bila semua anak-anak dah besar panjang ayah dah tak garang lagi. Walaupun ada adik yang masih sekolah rendah, ayah langsung tak pernah naik tangan kalau dorang buat salah. Nak nasihat pun tak guna tali pinggang lagi dah. Cukup setakat tepuk-tepuk bahu. Untung la adik-adik. Tu yang manja terlebih. Cehhh, bukan jeles ok! Mungkin sebab faktor usia. Ayah dah tak larat nak garang-garang sangat. Penat kot dari umur 25 tahun dapat anak-anak yang 'buas'. Asyik kerja nak marah je. Dah lebih 30 tahun, tak mungkin ayah nak segarang dulu.

Walaupun sikap garang tu dah takde (sangat) tapi ayah tegas macam dulu jugak. Suara ayah. Tegas. Suara yang sama, sejak aku kenal alam persekolahan, setiap hari, suara yang sama yang akan kejutkan aku dari tidur.

"Za,  sekolah!"

Kadang sampai dua tiga kali kejut. Maklum la, nak bangun pagi memang liat sikit. Nak lagi kalau bangun sebab nak kena pergi sekolah. Alahaiiii... malasnye macam ada 10 ekor setan bertenggek atas bahu.

Sekarang, bila sekali-sekala ada di rumah, masih lagi suara yang sama aku dengar setiap pagi. Suara pertama yang aku dengar walaupun belum celik mata.

"Za, subuh!"

Tak payah pasang alarm.

Bila jauh dari ayah, bila aku dah kembali ke kampus, suara ayah jugak yang aku seakan-akan terdengar bila bangkit dari tidur. Terasa-rasa macam ayah ada sentiasa di sisi aku untuk kejutkan aku, sedarkan aku. Bila datang rasa malas pergi kelas je, mata layu je, badan berbungkus selimut je, suara ayah selalu suka muncul tiba-tiba.

"Za, bangun!"



*********

Ini bukan cerita tipu. Ini cerita aku. Tentang ayah aku. Dan tentang betapa aku sayang ayah aku. Terima kasih ayah, sebab sentiasa ada untuk 'kejutkan' iza. Sentiasa bagi sokongan dan dorongan. Sentiasa beri peluang untuk aku memilih dan buat keputusan sendiri. Biarpun ayah tau, kadang-kadang pilihan aku tu kelaut, tapi ayah sentiasa bagi peluang aku untuk nilaikan sendiri keadaan. Angin keras kepala dan ala-ala garang ni aku warisi dari ayah, jadi ayah kena reda dengan hakikat ini. Peace!

IZA SAYANG AYAH!

Tuesday, February 18, 2014

buwekk


Budak ni nama zura. First time kenal masa scholarship interview. Macam biasa, beliau tak terlepas dari negative first impression dari aku. Sorry to say, budak ni nampak poyo dok sebelah gua tak nak tegur. Ok, fine. (Kutuk dalam hati). Tah cane, bila nak sampai session kita kena interview, memasing gelabah nak hafal nama deans dengan segala current issues bagai. Time tu semua mula brain storming tanpa segan silu. Aku pulak, lari topik. Tanya umur budak ni berapa? Lepas je budak ni jawab, aku macam takde fikir perasaan orang lain main tanya je soalan cepu emas "27?! Dah kawen la ni?" Muka budak ni jelas sekali macam nak bagi aku makan penampar tapi boleh lagi gelak sakit hati. Hahaa! Dan sebab soalan takde insuran aku tu la kita jadi geng sampai sekarang. Dah dekat dua tahun kot. Kita kongsi banyak persamaan. Hari ni kita discovered satu lagi persamaan yang tak sepatutnya wujud dalam diri 'budak' phd. Huuuuuu..... 

Ya, hidup memang sekali. Mana kenangan yang kita nak ingat, kita simpan la sampai mati. Biar happy-happy (ada eh happy-happy dalam kamus?), tak payah nak tempel title bff kat dahi sangat. Support each other. Comfort each other. Berjimba together-gether. Tq beb!

eh, piha mana?

Saturday, February 8, 2014

Heii kenapa mesti ada tajuk....!

Bawak misi dayah jalan-jalan pasir gudang melawat alisha si mata bulat.

Dua hari suntuk.

Ramai, tapi masih ada yang kurang.

Ayu

Sunday, February 2, 2014

P f f t

Weekend

Eh, macam biasa... weddings. Ye, banyak wedding.

Eh, macam biasa jugak, nak atau tak nak, akan terserempak dengan kawan zaman hingusan dulu.

Eh, macam biasa lagi kita akan compare zaman dulu dengan sekarang.

Dah besar panjang.

Eh, dah kawen.

Eh, gendong anak!

Eh eh

Dan eh!

Stop la makcik dan kawan-kawan.

Stop asking me "Kau bila nak kawen?"

Bodoh

Only if I knew bila aku nak kawen, nanti aku tampal tarikh siap-siap kat atas dahi.

And to makcik and my kawan-kawan,

Yess, i loved being single. Belajar je sampai mati.

Bodoh

Of course aku ada perasaan untuk berpasangan hingga ke syurga sebab aku normal.

Dan jangan jadi bodoh sangat untuk cakap

"Cepat-cepat la kawen!" setiap kali kalau aku puji iri hati anak orang lain tu comel and I want it too.

Bodoh

Nak kawen cepat-cepat dengan siapa?

Aku tak pandai nak ramal orang masa depan aku.

Hari-hari aku doa untuk ini tau tak?

Kalau aku cakap rezeki aku bukan dalam bidang kawen-kawen tapi dalam bidang belajar-belajar, kau kata aku poyo pulak.

Tapi hey, it is true la!

Jangan jadi bodoh boleh tak?

Stop asking me that stupid question.

>> dan pagi ni aku balik jb sorang lepas habis semua majlis perkahwinan semalam. Jangan lemah sangat pliss

diari nenek

kawan nenek