Sunday, December 28, 2014

1 2 3 lekuk

"Tengok si Ali tu, umur 5 tahun dah hafal sifir doblas. Kau asyik la nak hafal intisari rancangan tv."

"Kakak kau tu dulu masa sekolah seterettt A je kalau pekse. Kau A B C D semua kau kaut."

"Dalam seploh orang anak mak, kau la paling corot sekali dalam pelajaran."

Ini contoh sejenis kesalahan mak ayah yang kadang-kadang diorang tak sedar pun perkara ni salah. Suka nak banding-bandingkan tahap intelek anak-anak, tak  kira la bandingkan dengan anak sendiri atau dengan anak-anak jiran sebelah. Motif nak banding-membanding ni mungkin murni, sebabnya nak anak tu sedar ada orang lain yang lebih maju dan bijak dari dia, maka si anak akan lebih belajar bersungguh-sungguh. Tapi apa yang emak bapak tak sedar adalah kemampuan anak tadi. Mungkin minda anak tadi kurang cerdas, tahap iq dia tak sama dengan rakan sebaya lain yang bijaksanasini. Terlalu nak membanding boleh buat anak-anak ni stress dan kadang-kadang bosan nak belajar. Yelah, dah cuba yang termampu tapi tetap nak dibandingkan dengan orang lain. Bukan tak boleh langsung nak bandingkan, kalau dah masuk darjah enam tapi anak tu tak hafal-hafal lagi sifir dua, payah la. Emak ayah kena la tolong bagi dorongan untuk anak-anak belajar. Kurangkan pendedahan pasal gajet misalnya.
Satu lebihnya perbandingan ni, mungkin akan buat si anak rasa tercabar dengan kata-kata emak ayahnya. "Aku corot?" Jadi nak bukakan mata mak ayah supaya lebih luas terbeliak, si anak mungkin akan belajar lebih bersungguh, nak buktikan yang corot tu bukan tempat berteduh si anak selamanya. Cuma satu, moral anak mungkin akan selamanya terganggu walaupun dia dah berjaya buktikan yang dia bukanlah si corot. Sampai ke tua mungkin sifat nak membandingkan diri sendiri dengan orang lain akan terus berada dalam fikiran si anak. Sampai tua. Sampai mereput. Aku yakin. Sebab, akulah anak yang corot tu. PhD, semua orang mampu, tapi aku bukan yang terbaik.

K15

Berbaring

Merenung syiling

Terfikir

Apa akan jadi esok?

Kenapa hari ini begini?

Motif?

Tak mampu fikir

Capai sweater

Pakai sneaker

Aku perlukan udara.

_az

Wednesday, December 24, 2014

yang baru

Macam baru je semalam fikir apa nak buat sepanjang 2014. Tau-tau je dah tinggal berapa hari lagi nak masuk 2015 pulak. Tahun ni tak ada azam. Tahun depan pun rasanya tak rajin nak letak azam apa-apa. Cuma harap apa yang aku rancang, dipermudahkan.

Sepanjang tahun ni aku rasa pengalaman yang aku sempat kaut banyak tentang perhubungan. Hubungan dengan Tuhan, hubungan keluarga, hubungan kawan, hubungan sahabat yang bajet-bajet, hubungan sahabat yang tak pernah mengaku sahabat tapi sentiasa ada masa susah dan laju-laju je ada masa senang dan hubungan crush-till-forever. Pfffttt..

Mana yang aku rasa tak perlu bawak sampai ke tahun depan, lebih baik aku tinggalkan sekarang. Mungkin ada berbekas sikit rasa sakitnya dekat sini * sambil tunjuk dada tepat ke hati* tapi aku tak perlukan manusia yang tak perlukan aku. Banyak lagi hubungan yang aku patut jaga, yang patut aku hargai. Nak berhenti dah merungut. Fokus duniawi tahun depan, biarlah rahsia.. Huhuu..

Okbai

Friday, December 19, 2014

?

Nasihat percuma dari seorang makcik yang tak aku kenal, di sebuah shopping mall.

Nasihat ringkas,

"Jangan abaikan solat. Jangan lengahkan solat. Rajinkan diri buat solat dhuha. Minta murahkan rezeki (harta) dan jodoh."

Gulp!

Makcik,

Macam tahu-tahu je dua tu yang saya mintak tiap kalinya.

Siapa pun makcik, terima kasih atas nasihat.

Saya doakan makcik sekeluarga murah rezeki dan sihat tubuh badan.

=)

ipes

Lagaknya orang besar
Derai penuh tawa
Ke sana sini membawa canda
Dalam ramai
Dalam sendiri
Sebenarnya cuma sepi

Realiti
Atau cuma dongeng
Kisah sang puteri nampak indah
Dalam istana penuh bunga
Nampak berseri
Harum mewangi
Sebenarnya cuma sepi

Mungkin juga
Dia rasa inilah lumrah bahagia
Umpama aurora
Dalam sekelipan mata
Mula membara
Sedetik menghilang
Dan yang tinggal
Sebenarnya cuma sepi?

Biarpun sepi menjerit
Sepuluh jarak
Tetap takkan terbebas
Kerana sepi
Hanya sepi
Perlu apa dibelai
Kerana yang tinggal akhirnya
Cumalah sepi.



Sunday, December 14, 2014

selamanya

Jarang-jarang dapat berkumpul sekeluarga semua ada. 

Ayah Mak Kakak Ngah Kak Pidah Dayah Ayu Fahmi Zura Ika mutmut,Icha dan aku.

*senyum lebar

Tuesday, November 11, 2014

Langkawi - GangJimba

Travel log kengkonon.

Plan yang mulanya main-main je, tengah dok tunggu wayang start kat panggung, Piha saja-saja check tiket Air Asia. Terus terbeli tiket. Murah la jugak. Pergi rm37, balik rm97.
Percutian 3 hari 3 malam dengan budget termasuk tiket flight, minyak kereta + tol dari JB ke KL, makan, chalet, sewa kereta, tiket-tiket, shopping baju, coklat, minyak gamat.. kurang lebih rm700 sorang. Ok ler tu.

 
Ni Q. Kawan zaman hingusan. Kitorang sewa kereta viva oren beliau. 3 hari rm120. Tq ustazah watermelonnn! 


Lepas ambik kereta, terus check in chalet. Pondok Muara Chalet, dekat je dengan Pantai Cenang. 3 malam rm300. Disebabkan kitorang booking dekat booking.com, tak dapek la nak dapat harga kurang sikit. huhuu..  Tq abang chalet sebab layankan je perangai kitorang yang banyak mintak itu dan ini.

 Bangun pagi je terus nampak permandangan sawah padi yang aman damai, disamping kerbau yang sedang berkubang dalam sawah ditemani bangau-bangau berterbangan. Serius desa!



Pagi pertama, tak payah pening-pening kepala nak kemana, laju-laju je kitorang gi skycab Langkawi. Tiket masuk rm20 sorang.


Mula-mula macam gayat, tapi sebab permandangan dia sangat superb ohsem gebebuss terus tak jadi nak layan gayat. Terpukau sangat dengan keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. 

Sebab happy sangat, kami posing yang bukan-bukan.

 Cantik view dari atas gunung ni. Rasa nak terbang... tapi gayat!


Petangnya, kami singgah ke makam Mahsuri. Tiket masuk rm10 sorang.

Pagi hari kedua, kami join island hoping. rm 25 sorang. Yang ni kena pandai-pandai pilih agent mana yang offer harga murah. Kitorang booking dengan Asthar Travel & Tours sdn. bhd., dok depan je dengan AB Motel kat cenang tu.

 First destination, Tasik Dayang Bunting. Jalan menuju ke tasik tu takde la jauh sangat. Kena panjat-panjat tangga. Macam jauh ke dalam tapi kita takkan sedar perjalanan tu jauh sebab permandangan hutan sangat memukau. Yang paling penting perlu diambil perhatian, JANGAN la bawa beg plastik, handbag warna terang-terang sebab banyak monyet kat dalam tu. Monyet-monyet ni suka serang orang-orang yang bawak beg plastik dan handbag terang-terang ni. Suka suki monyet ni je nak rampas barang kita. 

 Lepas tu, benti jap bagi makan helang. Akhir sekali baru pergi kat pantai beras basah. Main-main air, mandi-mandi. tak sampai setengah jam, hujan daaaa... Uhukk2..


Petangnya, siap-siap comel-comel, kami terjah pulak Underwater World. Tiket masuk rm30 sorang. Jenuh nak membaca semua jenis ikan-ikan, penyu, siput dalam tu.
 

Aku syak dorang ni gang penguin Madagascar. Serius naw meeting kat tengah-tengah batu tu. Panggil-panggil pun tak toleh.

Keluar-keluar akuarium, laju-laju shopping cekelet dekat Coco Valley, sebelah je dengan Underwater world. Rambang mata nak pilih coklat murah-murah. Minyak gamat pun beli kat sini je. Tak dan nak singgah kilang gamat. hewheww..

 Haaaaa... Ini acara perseorangan. Piha nak try parasailing. Hebatmu terbang dengan pakai skirt. Abang parasailing ni offer rm50 sorang tapi sebab Piha comel, dia dapat harga rm45 je. hehe

 Kami? Kami dok tepi jadi pompom girl je. Gayat!

Pagi ketiga sebelum balik, kami daki gunung menghala ke Telaga Tujuh. Gigih mendaki tangga sampai menggigil kepala lutut memasing. Kitorang ambil port telaga paling atas. Tak ada air terjun sangat kat belah atas tu. Paling penting, tak ramai orang. Maka berenang dan berendam lah kami dengan bahagianya sampai lupa nak ambik-ambik gambar. Panas bakhang kat atas nun, bila jumpa air terus tak ingat dunia. Syorga syorgaaa. Ok, yang ni over. ihikk!

Ok dah. Tu je acara jalan-jalan kitorang. Sangat tenang duk langkawi ni walaupun sekejap je. Untung la uols yang memang orang Langkawi. Makanan kat sini pun sedap. tak payah nak cerita rojak mahsuri, laksa power, pasembor semua tu, warung makcik-makcik tepi jalan pun dah sodapppp! Makan dengan penuh nikmat kasih sayang selama tiga hari di Langkawi. Seafood semua fresh! Inilah kebahagiaan sebenar.....

 

Rindu langit biru. Rindu pasir putih. Rindu nyanyian ombak. Next destination? Pulau Perhentian mungkin..?

Sampai jumpa lagi kita pantai.
Salam hormat..hormattt... hormaatttt.....

#Langkawi #GangJimba #CaptRazali #2014



Tuesday, October 14, 2014

j i w a

Kau penuh tapi kau kosong

Kau dekat tapi kau jauh

Kau kenal tapi kau asing

Kau faham tapi kau nafi

Kau kuat tapi kau rapuh

Kau biarkan semua jadi tanda tanya
dan kau sendiri yang tertanya

Biarkan kosong
Teruskan menjauh
Asingkan dunia
Nafi semua rasa
Rapuhnya jiwa

Tuesday, September 23, 2014

b i s u

Nak luahkan asyik mengguris hati. Tak boleh tegur, bergurau jauh sekali. Selalu merasakan yang diri menjadi mangsa keadaan. Tak ada siapa la nak menghina kau selamanya. Tapi kalau asyik terlalu mengungkit walau dah berkali juga minta maaf dan memaafi, apa gunanya? Ikhlas kah kemaafan itu?

Bukan rasa kasihan, bukan nak menunjuk yang aku ni baik nak menolong. Aku hanya menyokong. Mahukan kehidupan kau berjalan dari sudut yang berbeza dari sebelumnya. Merasakan adanya anjakan perubahan, jauh dari kepompong silam. Bina hidup yang baru. Jauhkan dari rasa sentiasa berdendam dan buruk sangka. Buruk sangka memang hanya selalu mengundang keji. Maki bukan lagi suatu yang luar biasa. Sangat terbiasa.

Ego. Untuk apa besarkan ego dalam dada tu? Menyalahkan orang lain, anggap semua orang sengaja cari kesalahan diri kau. Pernah kau tanya? Tak kan? Pernah kau tanya apa perasaan aku? Apa perasaan dia? Siapa yang sayang kau? Siapa yang akan sentiasa ada saat kau susah? Kau rasa kau sangat susah. Pernah tak terfikir dari mana datangnya kesusahan ni? Tak terfikir? Sini aku bagitau. Semua ni, dari masa silam kau. Cuba fikir, renung. Ingat-ingat balik. Apa yang kau buat dulu? Hebat kan? Lepas sakitkan hati semua orang, kau jaja cerita kononnya kami tak percaya kau lagi. Kami buang kau? Siapa yang buang siapa sebenarnya? Kau pergi macam tu je. Sampailah saatnya kau sedar dunia yang kau kejar tu tak seindah perkhabaran, kau pulang. Pernah kami membenci? Pernah kami ungkit? Pernah?

Kini, bila ada tersalah kata, kau maki. Kau kata kami benci. Pernah kami cakap benci? Pernah aku tak peduli? Sebab kau takut dengan bayang-bayang sendiri kau jadi terlebih defensive. Tapi dengan cara yang tak tentu pasal. Memberontak. Marah. Rasa benci. Rasa nak bunuh diri. Cakap macam orang tak ada iman!

Kami saja la yang perlu jaga hati kau. Pernah tak kau belajar dari silap lalu? Apa silap kau sebenarnya? Terlalu ikutkan hati. Hati rasa nak marah, kau marah. Hati rasa nak maki, kau maki. Tak pernah pun cuba nak pandang situasi yang kau hadapi tu dari sudut yang positif. Kau rasa satu dunia nak tentang kau. Kau, dengan dunia kau.

Matang? Aku tak rasa kau matang. Dari mana datangnya ego? Bagaimana wujudnya ego? Terlalu tebal setebal tembok besi. Cuba la ambik masa berfikir.

Kami tak minta kau berlutut minta maaf atau merendah-rendahkan diri kau. Kau masih manusia. Cuma satu, tegur tu tanda sayang, gurau tanda kasih, bersama tanda cinta. Janganlah sampai nanti semuanya bisu tak peduli.

Wednesday, August 20, 2014

Tukar

Rindu zaman tulis paper cuma ada dua nama je, sv dan aku.

Friday, August 15, 2014

Emak Emak

Bangun pagi dah kena fikir nak buat sarapan apa. Lepas siap-siap, pergi pasar pulak beli barang untuk masak tengahari. Siap solek-solek, pergi lab jap. Buat la pape yang patut. Gedebak gedebuk dah pukul 12. Tak sempat dah nak lunch sama-sama dengan lab mate dan skandel-skandel. Kemas-kemas beg nak balik sebabnya pukul 12.30 dah kena dok tercongok depan sekolah. Anak buah pun balik sekolah. Sampai rumah nak kena masak untuk lunch. Tunggu zohor. Kalau rajin melebih, pergi lab balik siapkan pape yang patut. Kalau kurang rajin, sambung writing thesis kat rumah (tapi biasanya dok terbongkang depan tv dengan anak buah tengok napkin man). Petang sikit dah kena masak untuk dinner sebab kakak balik dah nak dekat maghrib kesian pulak nak suruh dia masak. Malam... krik krik je sebab kena tidur awal sebab esok anak buah sekolah.

Tskk.. Tiada lagi berjimba dari pagi sampai malam, tiada lagi kehidupan single, tiada lagi skandel-skandel. Baru la aku tahu kenapa kak shima selalu tak ada dekat lab, selalu keluar lunch awal, selalu balik lunch lambat dan selalu mc. Bila ada komitmen dengan anak-anak ni rasa tanggungjawab tu lain macam sikit. Rasa risau dekat anak tu lebih. Rasa keutamaan untuk diri sendiri pun kurang. Hidupku kini umpama emak emak. Ini baru prektis jaga anak buah, kalau anak sendiri mungkin aku sanggup jadi surirumah sepenuh masa (dengan syarat laki aku bayar elaun level phd la ye.. Hehee).

Oppsss, dah pukul 12 kena masak tengahari. Okbai.

Friday, August 8, 2014

x

Satu sifat buruk aku yang susah nak diubah sejak lahir : kalau aku marah atau sedang marah, susah nak sembunyikan. Ekspresi muka je dah boleh menyakitkan hati orang lain yang menengoknya. Serius aku tak pandai nak cover marah ni.  Solusi aku : jauhi orang sekeliling. Sebabnya bila aku mula bersuara waktu marah, semua perkataan akan menyakitkan hati orang lain yang mendengar. F word belaka. Salah aku sebab tak pandai kawal emosi, lepas tu mula la rasa bersalah sebab tak sengaja sakitkan hati orang lain kesan dari tidak pandai mengawal emosi itu tadi.


Satu sifat baik aku sampai sering dipergunakan oleh orang lain : terlalu pentingkan orang lain, terlalu mementingkan persahabatan, terlalu memberi, terlalu "eh, tak apa.".  Solusi aku : cuba minimumkan jumlah teman rapat dan senarai hitamkan individu yang selalu mengambil kesempatan (walaupun hakikatnya selalu jugak putihkan balik mana yang dah hitam tu, UNLESS aku memang dah menyampah dan meluat sangat dekat kau). Salah aku sebab tak pandai nak seimbangkan antara memberi dengan menerima tu atau sebenarnya aku ni memang tak layak terima apa-apa?

Sunday, July 6, 2014

Engkau Pantai


Engkau macam pantai
Bila surut nampak tenang
Alunan engkau terbias damai
Bila pasang gelora mu membingitkan

Engkau macam pantai
Jadi pujaan hati ramai orang
Tempat untuk cari tenang
Tak kira lah betapa kuat angin bertiup
Kau tetap genggam damai

Dan kerana engkau macam pantai
Aku semacam jadi rapuh
Kerana aku suka pantai
Dan cuma lihat engkau dari jauh
Aku tak mahu kaki ku basah
Dan aku tak mahu pasir mu berbekas

Maafkan aku pantai

Ini bukan puisi, apatah lagi pantun
Ini kisah hatiku bila terlihatmu
Pantai


Friday, July 4, 2014

eh

Selalu muncul dalam mimpi nampak muka. Semalam cuma dapat dengar suara je, tapi aku cam sangat suara tu. Kegilaan apakah?

Monday, June 23, 2014

k s ng

Dari 2009 sampai la sekarang, dekat sudut ni la aku habiskan sebahagian masa aku. Buat eksperimen, tulis paper, tulis blog, tengok rm. Even nak 'bertukar-tukar' pendapat pun port aku ni la paling strategik.., paling hujung, tersorok sikit, tenang. Sudut ni bagi aku paling banyak nilai sentimental. Dari sudut ni jugaklah aku nampak, aku perhati, aku kenal banyak orang. Orang lain keluar masuk lab silih berganti, tapi aku setakat hari ni masih di sudut ini. Lepas ni.... semua takkan sama lagi. Semangatnya pun mungkin takkan sama. Aku pun tak harapkan perkara yang sama berlaku di tempat baru. Tempat baru, perasaannya baru. Aku perlu cari satu sudut yang baru. Yang dulu, walaupun dah berubah, nilainya masih sama dalam jiwa aku. Selamanya.

_Isnin_23Jun2014_

Sunday, June 22, 2014

orang bodoh selalu rasa dirinya pandai, orang sombong selalu rasa dirinya betul

Tak ada yang lebih sempurna dalam dunia ni, dalam setiap penciptaan, waima dalam apa jua bentuk sekalipun melainkan Dia.
Semua orang yang tak sempurna buat silap. Semua orang yang tak sempurna ada dosa. Tapi bukan disebabkan ketidak sempurnaan jadikan hidup kita tak bahagia. Carilah bahagia. Jangan asyik nak salahkan orang lain kalau kita tak jumpa bahagia. Jangan asyik nak sakitkan hati orang lain sebab orang lain lebih bahagia tapi kita tidak. Jangan asyik nak terasa diri ini jadi mangsa. Fikirlah. Maafkanlah. Hentikanlah.

Saturday, May 31, 2014

b a s

Tak ingat bila kali terakhir naik bas. Bila tiba-tiba perlu naik, rasa seriau la pulak. Dengan bunyi bas berkeriut-keriut ni buat jantung aku jadi nyilu! Aiyakkk, lagi dua jam. *pengsan*

Tuesday, May 27, 2014

Ulangan

Penyebab stress yang berulang ni kadang-kadang stress jugak nak hadapi. Puncanya sama je, tapi disebabkan aku tak boleh nak lari jauh dari punca stress, keadaan ni akan berulang-ulang. Mungkin sampai aku mati. (?) Bila aku rasa aku dah berjaya jauhi stress, aku bahagia, sangat-sangat! Sampai aku lupa nak buat persediaan kalau-kalau stress tu datang lagi. Jadi sekarang, bila dia datang, stress tu doubled! Kalaulah menyorok balik selimut boleh pisahkan aku dengan stress aku nak selama-lamanya ada bawah selimut ni.

Memang akan ada orang yang takkan senang lihat hidup orang lain senang. Lantas dia selitkan sedikit kesusahan yang dia cipta dengan harapan hidup orang lain akan jadi huru-hara. Barulah dia senang. Senang tengok orang lain merana. Atau sebenarnya dia salurkan ke'huru-hara'an hidup dia pada orang lain dengan harapan orang lain sanggup berkongsi rasa sengsara tu bersama. Dengan hanya mendengarkan nama cukup buat aku rasa nak muntah, apetah lagi kalau bersua muka. Tapi aku kagum sendiri sebab aku boleh berlakon dengan sangat natural, cuma mula meroyan sorang-sorang bila terfikirkan hidup aku akan terus jahanam, selalu berpura-pura, fake, dehel, sial, bodoh bukan untu sehari dua tapi mungkin bertahun lama lagi.

Mustahil semua orang yang kita kenal suka, hormat dan sayang kat kita. Mesti ada sorang dua yang bila nampak muka kita rasa nak bagi kita makan kaki. Jadi bahan umpatan bila ada masa terluang. Kalau ada M16 lama dah rasa nak tembak kita. Biar mampos, biar tak wujud lagi depan mata mereka esok lusa dan selama-lamanya. Begitu jugak aku. Tipu la kalau aku cakap, aku positif je dengan semua orang. Ada yang aku suka, ada yang aku rasa macam nak bagi makan cadbury. Semua terpulang pada cara layanan mereka, sikap mereka sendiri pada aku. Kalau dah perangai tu tak serupa manusia, to hell la kau. Meluat sampai rasa nak muntah okey? Aku bukan budak baik dan aku tak harap semua orang sayang aku. Sama macam aku rasa yang kau pun tak ada la baik mana dan aku pun harap kau jangan la sayang aku sebab the truth is, KAU ANNOYING B***H!

Monday, May 5, 2014

Budak kecik ni dah besar!

Cepat sangat masa berlalu. Dari jadi budak yang kuat tidur, sekarang dah bertukar jadi budak yang kuat perasan. Tak sedar diri tu kecik lagi, tapi tak mo baring macam baby.

Wednesday, April 30, 2014

a k u

Terlalu banyak mengeluh, tak puas hati sedangkan banyak hal dan insan yang aku punya yang patut aku syukuri.

Persetankan iblis yang menghasut!

senang hati hati senang

Baru mula merancang dah rasa teruja amat nak mulakan jelajah satu malaysia bak kata piha. Entah bilanya dapat wujudkan situasi sebenar. Harapnya ia lebih indah dari apa yang difikirkan.

Orang kata kalau nak kenal hati budi sahabat kita, ajaklah mereka sama-sama pergi merantau. Ok. Memang nak cuba sangat petua ni.

Suatu hari nanti... pasti....

Sunday, April 13, 2014

(ukur baju tapi tak reti)

Alkisahnya manusia,

Ralit sangat dengan harta.

Asyik benar dengan bahagia.

Berimpian setinggi menara.

Hajatnya di hati manusia, mahu menggapai sinar sekilau mentari di angkasa.

Tapi silaunya tak tertahan, menusuk pedih ke dalam mata.

Hendak dipalingkan muka, tidak sekali, kerna kilau mentari memukaunye dari pergi.

Hendak ditadah tangan menekup muka apatah lagi.

Hanya mengharapkan ada yang sudi menghalang sinaran menembusi penglihatan.

Berdiri di hadapan, menjadi sandaran.

Ego itu umpama makanan.

Hingga tak sedar sebati dalam kelakuan.

Mungkin manusia itu khilaf, atau mungkin sinar yang sangat bergemerlapan membuatkan manusia itu alpa, di bawah tapak kakinya sangat gelap tak bercahaya.


>> rasanya ayat paling femes minggu ni adalah " berfesyen ikut kemampuan diri". Bukan takat fesyen je, bab lain pun kena ambik kira. Kalau rasa diri tu malas dan tak ada usaha, cuma tahu nak senang je jangan la nak mimpi setinggi langit. Sedar diri please. Kalau rasa tak mampu, jangan buat. Tapi kalau degil jugak, usaha la. At least jangan menyusahkan orang lain dengan kedegilan tu.

Tuesday, April 8, 2014

T I O M A N

Plan udah makan masa berbulan-bulan, baru la sempat nak menyinggah tioman jumaat lepas. Tolak penat drive dari skudai ke mersing dengan penat menunggu feri, memang osem sangat pengalaman kali ni. Tak rugi rasanya pergi walaupun aku tak join aktiviti wajib kat tioman ni,, snorkeling! wuuuu~ cuak.


First day - Juara
tiket tiket!

Muka memasing hepi nak naik feri.. leborr senyum mek berdua ni.


Sampai dah! Dari tekek terus ke juara.

layan jiwang~

Acara praktis snorkeling dengan cikgu Amlah.

Hebat! (air cetek benor, 10 cm pun tak sampai ni. huu..





 Second day - Tekek

Tiba lah acara paling dinanti-nantikan oleh kak melah,,, snorkeling. Kami-kami cuma merati je dari atas bot uolss. fobia! huhuu..



Dok bincang harga lagi ni..


Tak ambik gambar la pulak masa teman kak melah snorkeling dengan harapan aku pun mampu nak terjun sama. Sekali hampeh sekali sebab rasa fobia aku mengatasi kemahuan diri.. huhuu... sadis betul gi cuti kat pulau tak main air. 







Baru balik semalam tapi dah rasa rindu sangat dengan tioman. Permandangan cantik, air jernih, banyak ikan dan paling bahagia sebab penduduk tioman ramah-tamah belaka. Terima kasih sangat-sangat pada semua.

Pak Su Ismail dan Mak Su yang sentiasa di hormati orang-orang kampung sampai kan kami dapat harga murah bila sebut nama pak su, Makcik Zainab yang sangat peramah, Mak Mi yang bagi kami sewa chalet dan sori sangat-sangat sebab tangga chalet mak mi terpatah di sebabkan kami..huhuu, Kak Mia yang sudi buatkan burgar special kami dan hantarkan kami ke tekek cari chalet.. dapatkan diskaun 100% untuk snorkeling dekat Rengis, memang kak Mia osem sangat deh (wink), Pak Cik Budu sebab bagi kami snorkeling free, Kak Ana yang sudi bagi sewa motor walaupun kami tak sempat nak sewa, Pak Cik Wan yang sudi ajak kami memancing tapi kami memang tak sempat nak mancing ni pak cik uiii, nak kejar masa sangat-sangat, next time kami datang berjaya akan kami sewa chalet pakcik deh.. Dan disebabkan jasa semua, badget percutian 3 hari 2 malam kami kurang dari RM 300 termasuk makan, sewa basikal, motor, taxi, shopping, tiket feri, dan sewa chalet!

Kak Mia

Pak Cik Wan
Gambar yang lain tak sempat nak snap. Lupa sebab terlampau eksaited. huhuu...
Terima kasih jugak untuk Syud sekeluarga sebab bagi kami tumpang rumah semalaman sebelum pergi bercuti ni. TQ, next time kami datang lagi cari remis kat mersing.

Sekian. Jumpa lagi Tioman.

diari nenek

kawan nenek