Thursday, March 27, 2014

Marah diam

Betul lah orang kata, kalau tengah marah meluap-luap tu eloknya diam. Nak nanges, nanges la. Tapi jangan biarkan emosi mengawal perbuatan kita, dan akhirnya bila dah terlajak segala percakapan dan perbuatan, nak menyesal pun macam bullshit je rasa.

Kita suka terima sesuatu dari seseorang. Dan perasaan bila menerima tu sangat awesome. Happy. Rasa nak loncat-loncat je. Jadi tak susah pun kalau kita nak buat orang lain happy. Memberi lah. Berikan kebahagiaan. Jangan asyik kitaaaaaaa je yang menerima. Dan lagi kalau orang dah memberi tu jangan pulak kita nak demand. Terima la seadanya yang orang tu mampu nak bagi.

Bila kita fikir balik apa yang kita pernah marah pada orang lain, yang berusaha nak memberi tapi tak mencapai tahap piawaian memberi yang kita jangka, mesti rasa noob amat. Sekurangnya, dia cuba. Kau ada? Pernah cuba?

Berbalik pada mukadimah tadi. Kalau nak marah pun berpada lah. Jangan sebab makan hati hari ni, esok lusa kita makan diri sebab kata-kata marah kita hari ni.

* aku memang selalu marah. Marah sampai tahap nak lempang sudut orang. Tapi setakat ni aku cuma mampu lempang dinding. Paling dahsyat pun, bila tak mampu nak tanggung sorang, aku kongsi dekat member. Mungkin la kata-kata amarah aku waktu tu buat orang yang mendengar tumpang rasa meluat, atau sebenarnya dorang dok meluat kat aku. Entah..

Benda-benda jadi kecik gini memang nampak cool tapi gua gayat

Tuesday, March 18, 2014

tak tak!

Lama tenung keyboard.. takde idea.. takde perasaan pun ye.. sebabnya lately ni rasa confused. macam-macam benda pelik jadi. macam-macam perasaan 'sengal-sengal ubi' menyinggah dalam hati. kadang rasa macam "aku ni ada super power ke apa? boleh rasa dan nampak benda-benda pelik? sixth sense?". bluwekkkk! mengarut je. kepala ni dah jadi bebal sikit kot. tu yang dapat rasa benda-benda karut ni. mungkin jugak sebab dah sampai hujung-hujung sem, aku rasa semua orang kecik besar kecik besar je.

ohhhh... lupa-lupa. misah nak kawen dah. terkejut, gembira, sedih. terkejut sebab tak sangka seganas-ganas misah ni, dalam hati ada taman. siap shy-shy cat bila announce kat kami dia nak kawen dah. gembira sebab akhirnya misah jumpa jodoh dia. sooooo sweettttt! sedih sebab lepas ni dah tak ramai kawan yang single, yang boleh gila-gila sesama.

entry ni cuma nak ngarut-ngarut je. sebab perut lapar tapi tak nak makan. sebab otak serabut tapi tak tau punca. sebab hati memberontak tapi luarannya aku behave.

pffttt..

diari nenek

kawan nenek