Tuesday, November 30, 2010

Muak tau tak?!

Warghhh... emosi ni...! Minggu ni dah la sangat busy, experiment tak sudah-sudah lagi, mesin asyik rosak, sample tak jadi, kena buat paper, buat poster, buat bodoh.. haiyaa... busy-busy... Esok dah masuk bulan 12.. Tinggal sebulan je lagi nak hantar spiral binding thesis ni.. Haishhh.. Sakit kepala nenek bila fikir pasal benda-benda ni...

Lepas balik lunch, bace berita harian .. Ingat saje nak relax sambil-sambil bace berita. Tapi rasenye bukan makin makin relax, makin serabut otak ni ha.. Mungkin silap nenek sebab baca pasal isu politik.. Drama dunia semua ni. Bila ada kuasa sikit, semua nak tunjuk. Semua nak conquer.. semua nak poyo.. haii.. tolong la.. Muak la.. muak sebab makan Mekdi, tambah dengan cerita 'korang' yang tak habis-habis ni lagi.. muak sangat.. plastik la 'mereka' ni.. Tak tau dah siapa yang betul, siapa yang salah.. Nampak 'sama je'.. Nenek nak cakap lebih-lebih kang kena saman plak.. Baik dok diam-diam je..

Monday, November 29, 2010

Azfar - Akan Ku Jumpa


Lirik- Akan Ku Jumpa

Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bila kaki kita penat berlari
Namun yakin ku kau kan ku temui
Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia
Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu
Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara
Cinta jangan sembunyi
Mataku ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini
Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu

Friday, November 26, 2010

5 Sebab Nenek- Part 2

Hai semua... hari ni nenek tersangat la busy.. Rasenye tak sempat nak jalan, lari je memanjang.. Ni baru dapat duduk, tu pun sebab dah masuk lunch hour a.k.a halfday! hehee... Jadi, fahamkan kenapa nenek rushing hari ni..? sebabnye mestilah nenek nak halfday.. hahaha!!! Tapi bukan nenek saje-saje nak half day ok.. ade sebab-sebabnya..

5 Sebab Kenapa nenek Half Day

1. Semua kerja untuk minggu ni dah settle.
2. Esok birthday adik nenek. Jadi kena balik awal carikan hadiah untuk dia..
3. Kawan nenek ada hal penting yang perlu di selesaikan di kampung. Dan memandangkan nenek tumpang kereta beliau (sebab nenek malas nak naik bas), jadi nenek 'terpaksa' balik awal jugak..
4. Untuk elakkan berselisih dengan banyak lori, bas, trailer dan yang seangkatan dengannya di high way pada petang jumaat.. Scary lorr...
5. Hari Jumaat memang Half day sedunia untuk nenek dan kawan-kawan.. hahaa...

Ok la, rasenye dah takde sebab lagi nenek nak menulis sekarang.. Perut dah lapar, kaki dah penat, otak dah lembab,, huhuuu...

Sampai jumpa.. daaa....

Thursday, November 25, 2010

5 Sebab Nenek- Part 1

5 Sebab Kenapa Perlu Belajar

1. Kita memang dituntut untuk belajar.. kan? lagi pun lumrah sbg manusia, kita pasti belajar sesuatu, samada secara formal ataupun tidak.
2. Supaya tak mudah kena tipu.
3. Untuk memenuhi pusat pengajian yang melambak-lambak kat Malaysia ni..
4. Supaya minda dan akal kita terangsang/aktif.. Guna 1% pun OK daripada tak digunakan langsung.. kan?
5. Belajar boleh mendisiplinkan diri? Benar! asalkan apa yang kita belajar tu adalah sesuatu yang positif. Kalau belajar meragut atau merompak, tu cari penyakit namenye!

>>belajar itu ibadah..


5 Sebab Kenapa Perlu Kerja

1. Untuk dapatkan duit. Takde orang akan bagi duit kat kita free2 je tanpa buat kerja.
2. Untuk sara diri sendiri dan keluarga.
3. Untuk bayar balik hutang (pinjaman)
4. Supaya ape yang kita belajar, tak sia-sia macam tu je. Ye la kan, blaja 4 5 tahun, takkan lepas tu nak menganggur je?
5. Untuk shopping!!

>> bekerja juga ibadah..


5 Sebab Kenapa Perlu Menulis Blog

1. Untuk menyokong kempen pelihara alam sekitar.. Sebab? Dengan menulis diari di blog, kita boleh kurangkan penggunaan kertas utk membuat buku.. hehee..
2. Untuk meningkatkan skill, terutamanya skill menulis/mengarang ayat..
3. Mencari kenalan...? ermm.. boleh juga kan?
4. Mengurangkan stress/tekanan.. Segala-galanya boleh diluahkan melalui blog.. Luahkan lebih baik dari pendam lama-lama.. Bahaya tuu....
5. Boleh bergosip secara ala-kadar.. Sebabnya, setiap entry atau komen yang kita post, semua orang boleh baca. Jadi kita perlu la cover-cover sikit berbanding dok bergosip kat tepi tingkap, semuanya lepas. Maklumlah, cuma ade kita-kita je.. Betul tak Cik Kiah?

>> menulis blog adalah riadah.. ehee...

Sekian dari nenek.. Sambung esok.. Adios.!

Wednesday, November 24, 2010

Selamat Semuanya....

Firstly, Happy belated birthday for my older sis (7/11) nora and her daughter (12/11) zulaikha.. plus happy becoming birthday to Ayu (27/11), my younger sister.. Selamat..selamat....





Lagi... selamat bertunang untuk abangku, Rahim a.k.a Mr. Crab.. Tema pink??? erkkk.. whatever... hehee..

Cik Lan (red shirt) and my abang (tunang orang k..) hehee...

Makcik belah ayah sarung cincin utk bakal kakak ipar nenek..Kak Rafidah... (yeah, u're really sweet in pink kurung, akak.. no wonder abg ngah terpikat habess..heee...)

Ermm.. sy nampak gemuk.. ciss..

Bakal ipar-duai..
hantaran dari pihak perempuan...

dari pihak lelaki...



Ok, the third event is Majlis persandingan anak sepupu nenek, Mahfuza dan Hazali... Semoga kekal hingga ke syurga.. ececehh... =D

Selamat Pengantin Baru...!!!











Tuesday, November 9, 2010

SHINee - The name i Loved..


Lyric - The name I Loved (내가 사랑했던 이름)


Soni siryeowa
Sarangae giyeoki chagapge dagawa aryeo-onda
Ijaeneun deoisang 
neoreul bujunghago sipji aneun Nareul algo itjiman

Gakkai itneun neol saranghal su eopneun geol algo itgiae
Nal balabol su eopneun neol gidarimi neomu himdeuleo
Ijaen gyeondil su eopso irweojil su eopgiae

c/o  Naega saranghaetdeon geu ireum
Bulleoboryeo nagalsurok neomu meoleojyeotdeon
Geu ireum ijae jeokeonokgo
Na oolmeokyeo naeanae soomgo shipeojyeo
 Neol saranghal su bakkae eopseotdeon
Geu naleul ijaen alajweoyo
 Irul su eopneun sarangdo sarang inikka

Honja hal su eopneun.Sarangiran neukkimeun naegae dagawa
Shijak hal sudo eopneun geulioomeun keojyeoman gago
Shirin gaseumhankyeonaen neoae hyanggiman nama

Naega saranghaetdeon geu ireum
Bulleoboryeo nagalsurok neomu meoleojyeotdeon
 Geu ireum ijae jeokeonokgo
Na oolmeokyeo naeanae soomgo shipeojyeo
Neol saranghal su bakkae eopseotdeon
Geu naleul ijaen alajweoyo
Irul su eopneun sarangdo sarang inikka

 Sucheon beoneul dolikyeo
Cheoeumae naro gal sunganae
Gaseum han guseokeul
Da asagal nae moseupingeol

c/o

 Neol saranghal su bakkae eopseotdeon
Geu naleul ijaen alajweoyo
Irul su eopneun sarangdo sarang inikka

Maknanya sila search sendiri ye.. hehee.. Annyeong!


Hadapi dengan senyuman....?

Ermm... dah lame nenek tak update blog nenek ni.. Bersepah-sepah je rase, sarang labah-labah pun banyak.. huhuu... Nenek busy sangat-sangat..( busy ke..?) Ermmm... banyak sangat masalah orang lain yang perlu difikirkan plus result project nenek yang belum kelihatan..

Anda-anda semua mesti biasa tengok drama kan? tak kisah la drama ape.. melayu, korea, jepun, cina, hindustan.. Bila kita tengok drama, secara automatiknya kita boleh fikir ape solusi untuk permasalahan yang timbul dalam drama tu.. Contohnya,

"Ape la bodoh heroin tu setia kat hero yang poyo & suka perkecilkan orang lain. Second hero punya la handsome, romantik, baik hati, kaya, hormat orang tua. Pilih je la second hero tu..!"

Contoh ok?

Ok, itu drama. Cerita yang dilakonkan oleh orang lain, dalam dunia khayalan, banyak yang tak logik dari yang logik. Dan kita sebagai penonton, dengan mudah boleh bagi idea, pandangan & kritikan dalam setiap masalah yang datang..

Tapi realitinya, bila 'drama' ni betul-betul terjadi dalam hidup kita, susah kita nak cari jalan penyelesaian. Kadang-kadang 'tak tercapai akalmu'.. Ceritanya bukanlah tentang si hero dan heroin spt contoh di atas. Banyak lagi drama dunia ni. Semuanya sandiwara.. Kita lah pelakon, kita lah penonton. Yang jadi pengkritik pun kita, juri pun kita juga. 

Chopp..chopp...

Kenapa pulak la nenek cerita pasal drama-drama ni..?ermm... sebabnya, nenek rasa sangat terbeban dengan 'drama swasta' yang sedang berlaku depan mata nenek ni.. Susah nenek nak kongsi cerita ni, ia melibatkan banyak pihak.. Hint-hint sket boleh la kot..

Dalam usia nenek sekarang, kebanyakan usia kawan nenek pun lebih kurang sama 23+-.. Jadi nenek sedia maklum keinginan & perasaan kawan-kawan nenek. Memang dalam usia awal 20an ni, macam-macam yang kita nak, macam-macam yang kita nak cuba. Kalau boleh, kita nak rasa semua benda yang ada depan mata. Pengalaman hari ni memang akan jadikan kita lebih dewasa esok hari.

Tapi percayalah, setiap yang kita buat ni ade risikonya. Mencuba tu tak salah. Tapi kita ni dikurniakan akal untuk menilai, mana yang buruk mana yang baik. Dalam usia kita ni, kita dah lancar membaca, kita tau guna internet, kita tau baca paper, tengok TV. Pendek kata kita sepatutnya tahu ape yang terjadi di sekeliling kita. Kita tau hubungan yang terlarang antara lelaki dengan perempuan tu salah. Tersilap langkah, memang tersangat la buruk padahnye! Kita dah tahu, tapi kenapa mesti buat jugak???

Tak terfikir ke kita pada dosa kita pada Tuhan? Mak? Ayah? Ok, kalau tak kisah tu semua, sekurang-kurangnya sayang lah diri sendiri. Susah ke nak sayang diri sendiri? tak, sangat tak susah. Kita cuma perlu makan makanan yang berkhasiat, berkawan dengan orang yang baik, jangan merokok, & kalau nak berpasangan, carilah pasangan yang baik. Senang kan? 

Hmmm... nak cerita panjang pun tak guna.. Sebenarnya, ini la gambaran 'drama' yang nenek sedang hadapi sekarang ni.. Memang berlaku depan mata. Nenek tak tahu nak buat apa. Walaupun ni kesalahan & kesilapan orang lain, akibat kejahilan orang lain jugak, 'diorang' tak sedar sebenarnya yang kesilapan 'diorang' ni sebenarnya menyusahkan orang lain..!

diari nenek

kawan nenek