Thursday, December 30, 2010

Selamat Ulang Tahun: Adik...!!!!



Happy birthday to you..!! Siti Zuraini / zurr / zura / Adik

hai adik akak yang paling manja..

Selamat hari lahir ke 7 tahun ye manja kak iza ni..

Minggu depan dah naik darjah 2, jangan malas-malas belajar..

Kak iza sayang zurr..


zurr 4 tahun

zurr 5 tahun

zurr 6 tahun

zurr 7 tahun...

Wahh.. dah besar dah dan semakin bergaya manja kak iza ni.. ^^

Short Story

I miss the old me..

i miss our sincere friendship.. 

i miss the sweet moments we had together.. 

i miss the innocent feelings..

i miss the childishness when we're together.. 

I miss all this because I hate the new negative side of me!

someone..,, save me....plz..!

LIFE is....

[from calendar]


Wednesday, December 29, 2010

Marathon - Siti Nurhaliza

Tekanan akibat membaca journal, nenek terasa nak buat rangkaian lagu2 popular CT.. hehee.. i'm Ur biggest fan la Dato' CT..! ^^


Lagu pertama nyanyian CT yang nenek dengar.. masa tu nenek darjah 3 (1996).. (1) Aku cinta padamu


Pastu kluar pulak lagu irama Melayu.. (2) Cindai.. nenek suka lagu ni, siap buat persembahan depan cikgu dan kawan-kawan sempena majlis hari jadi guru kelas nenek. Masa tu nenek darjah 5.. Malu sehhh.. huhuu...



Pastu lagu (3) Balqis pulak.. best lagu ni.. ngehee...



Skip


(4) Percayalah.. ye ye.. nenek percaye la ni.. =D



& lagu paling hot tahun 2006 (5) Biarlah rahsia.. rahsia ape?? sshhhh..



Lagu 2010? (6) Aku Wanita..



& banyak lagi lagu-lagu baru duet bersama KD.. Ini cuma antara lagu-lagu CT yang nenek minat.. Kalau nak di ikutkan semua lagu CT nenek hafal..hehee.. Opss.. sudah-sudah.. sambung membaca bahan ilmiah pulak...











Tuesday, December 28, 2010

Ingat mengingati..

Link 1 > semua orang sibuk bercerita pasal bola.. sane bola, sini bola.. siap dengan perang2 emosi kat facebook, twitter bagai.. tak habis-habis isu laser...dah macam nak perang.. haishhh...

Link 2 > sambutan tahun baru? tak lain tak bukan, CONCERT, pertunjukan bunga api, konvoi...bla bla bla... semua orang tgh berkira-kira nak celebrate new year kat mane2.. kebetulan, detik 1 Jan 2011 pada malam minggu.. joli sakan naa..?

Semua ni keseronokan dunia semata-mata.. nikmat yang sementara.. kalau rasa-rasa kita ni 'terlebih sudah', kembalilah mengingati pada Yang Maha Kuasa.. jangan terlalu syok sendiri dalam hidup yang hanya pinjaman..

Monday, December 27, 2010

Shinee - Y.O.U


~ nothing can stop me from loving yoU... ~ 



Lyric

Eojireo-oon shigan sogae neoreul manna eh
I meet you in a chaotic time
Amugeotdo al su eopdeon najiman
Even though I couldn’t understand anything
 Modu himdeuldago pogiharaneun malae hwana
I become angry at everyone,Telling me to quit because it’s hard
No girl, motnan moseupman hangsang boyeojujiman
No girl, I only show you my foolish side all the time

 Naye momi bushyeojeodo mami jjikgyeojyeodo
Even if my body breaks,Even if my heart is torn
 Neol jikindaneun yaksok
The promise to protect you
Geu yaksokeun youngweontorok same thing
That promise will eternally be the same thing

 Nothing can stop me from loving you, you, you
Naega soomeul shwineun geu iyu, you, you
The reason why I breathe is you, you
Naega norae haneun geu iyu, you, you
The reason why I sing is you, you
 Naega saraganeun geu iyu, you, you
The reason why I live on is you, you
 Nothing can stop me from loving

 Wae joeul ddaen gyeotae itdeon saramdeuli
Why is it that the people beside you when it’s good
Hanassik nappeul ddaen dwido boji ango ddeonaji, yeah
Leave one by one without looking back when it’s bad? Yeah
 Inganae mameun yurigatchi so weak
Like glass, a human’s heart is so weak
Geureon jakeun ilaedo neomuna apeunji gaseumi
A heart hurts so much from the little things

 Urin geureoji maljago, sileodo apado
Let’s not be like that,Even if we hate it, even if it hurts
Gyeotae itneundan yaksok
The promise to be by your side
Geu yaksokeun youngweontorok same thing
That promise will eternally be the same thing

 Nothing can stop me from loving you you you
Naega dallyeoganeun geu iyu, you, you
The reason why I run is you, you
 Naega choomeul chooneun geu iyu, you, you
The reason why I dance is you, you
 Naega saraganeun geu iyu, you, you
The reason why I live on is you, you

Years will come And years will go
Joeun nal, nappeun naldo
The good days and even the bad days
I’m yours (Gippeulddaedo)
I’m yours(When I’m happy)
I’m yours (Seulpeulddaedo)
I’m yours (When I’m sad)
I’m yours (I’m not just saying that)
I’m yours (I’m trying to show you)

Years will come And years will go
Eonjengan neulgeojyeodo
Even when we grow older some day
I’m yours (Gippeulddaedo)
I’m yours (When I’m happy)
I’m yours (Seulpeulddaedo)
I’m yours (When I’m sad)
I’m yours (I’m not just saying at)
I’m yours (I’m trying to show you, baby)

Geureon ileun eopgaetjiman
Something like that might not happen
Ni maeumi byeonhae nal ddeonanda haedo
But even if your heart changes and you leave me
Naneun neol itji mothandaneun geol ala?
Do you know that I won’t be able to forget you?

Cause I love you you you
 Norae haneun iyu, you, you
The reason why I sing is you, you
It’s you, you, you
Nae modeun iyu, you, you, you, you, you
My every reason is you, you, you, you, you

mereka Laser???

Wahh... tahniah ye buat pemain bola sepak Malaysia atas kemenangan mereka mengalahkan Indonesia 3-0 semalam utk piala AFF Suzuki 2010... memang terbaik..Tapi ni baru pusingan satu.. Mudah-mudahan game kedua yang bakal berlangsung di Indonesia rabu ni, Malaysia tak ade banyak masalah untuk menang.. & seterusnya menjulang piala ni buat pertama kalinya... Aminn...

Tapi macam biasa la, bila ada perlawanan pasti ada yang kalah,ada yang menang.. Yang menang tentunya gembira.. Yang kalah? ermmm... tak puas hati dan akan carik pasal.. tak gitu..? Macam la kes semalam tu.. siap bawak laser masuk stadium.. aiii.... Mercun takleh bawak masuk, laser boleh ke??? Ntah sape la punye angkara menyuluh2 laser tu ye?

Nenek rasa individu yang bertanggungjawab me'laser' smlm adalah individu yang dah buat kajian teliti pasal laser ni (macam edisi siasat la plak..) eheee... Biasanya kalau orang cakap pasal laser, kita akan bayangkan laser tu color merah. Tapi individu tersebut tak guna laser color merah ni. Dia guna green light laser instead of red light laser.. Bijak sungguh.. kenapa? sebabnya mudah, kita guna hukum fizik paling asas bagi hubungan antara Tenaga/energy (E) dan panjang gelombang/wavelength (lamdha); E = (hc)/lamdha 


Wavelength utk green light laser = 532 nm berbanding laser merah (=650 nm). Jadi kalau wavelength makin kecik, energy dia akan jadi lebih besar. Maka, laser hijau lebih 'bright' di sebabkan energy laser hijau jauh lebih besar dari laser merah. Dan sifat laser hijau, cahaya dia lebih mencapah, berbanding laser merah yang lebih menumpu (pointing). Oleh yang demikian, mata pemain bola sepak tersebut akan lebih mudah silau & sensitif jika terkena laser hijau..

Untuk bacaan lanjut >> klik sini

Chopp... apehal plak nenek sensitif pasal isu laser melaser ni?? ahhaaa..sebabnya semua ni dalam skop kajian nenek je sebenarnya.. Research project nenek pasal laser, jadi macam ade kena-mengena la plak kan..? tapi percayalah, kes kat stadium semalam bukan nenek yang buat..!sumpah! =P

Meh Melukis - Part 1

Hasil lukisan yang nenek siarkan ni 100% hasil kerja adik nenek yang minat betul melukis terutamanya anime ala-ala jepun gitu.. So, inilah first artwork Ayu @ Sho-yu yang nenek publish.. ade banyak lagi koleksi.. coming soon.. v(^_^)











Siap!!! same tak tang tangan tu?? kuikuii...

Friday, December 24, 2010

David Archuleta - Something 'bout Love


Lyric

Every night it’s all the same
You’re frozen by the phone
You wait, something’s changed
You blame yourself every day
You’d do it again
Every night

c/o There’s something ’bout love
That breaks your heart
Whoa oh oh oh
It sets you free
There’s something ’bout love
That tears you up
Whoa oh oh oh
You still believe
When the world falls down like the rain
It’ll bring you to your knees
There’s something ’bout love that breaks your heart
Whoa oh oh oh…
But don’t give up
There’s something ’bout love

When you were young
Scared of the night
Waiting for love to come along
And make it right
Your day will come, the past is gone
So take your time
And live and let live

c/o

Don’t fight, don’t hide
Those stars in your eyes (in your eyes)
Let em’ shine tonight
Let em’ shine tonight

Hang on, hang in
For the ride of your life
It’s gonna be alright
Hold on tight

There’s something ’bout love
That breaks your heart
Whoa oh oh oh

There’s something ’bout love
That breaks your heart
Whoa oh oh oh
It sets you free

There’s something ’bout love
That tears you up
Whoa oh oh oh
You still believe
When the world falls down like the rain
It’ll bring you to your knees (to your knees)
There’s something ’bout love that breaks your heart
Whoa oh oh oh…
But don’t give up
There’s something ’bout love

Thursday, December 23, 2010

5 Sebab Nenek- Part 3

Diet.. Kebanyakan orang anggap, diet tu bermaksud 'tahan lapar'. Asal diet je, tak boleh makan.. Hey, hello.. diet bukan tahan nafsu makan semata-mata.. Bersenam, makan makanan yang berkhasiat pun antara pengisisan yang penting untuk berdiet.. jadi, ape sebabnya diet ni perlu untuk nenek?

5 Sebab Kenapa Perlu Diet

1. Perlu kurangkan berat badan (akibat lemak berlebihan..citt..)
2. Baju yang sedia ada dah tak berapa nak muat.. Tak boleh nak beli baju baru sebab
    i) tak cukup budget
    ii) Tak nak rasa selesa sangat dengan bentuk fizikal yang sekarang kalau beli baju yang lebih besar.
3) Perlu kurangkan saiz 'pau' di pipi.. Aiyooo.. tembam gilerrr,,,!
4) Nak jaga kesihatan.. Terlampau banyak sangat makan dan kurang bersenam boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik.. bahaya tu.. Cegah sebelum parah!
5) Dah ramai yang complaint dan kutuk fizikal nenek sekarang., terutamanya kamu Dayah @ adik nenek.. ciss sungguh!

Tahniah Ayu Farhana..!!!

Tahniah untuk adik nenek yang baru je ambik result PMR pagi tadi.. 8A..!!!! wahhh.. sungguh tidak percaya sebab masa exam hari tu Ayu sangat malas nak study.. Inilah namanya rezeki.. Tahniah tahniah.. Nenek sangat gembira dan bangga.. Mak ayah mesti tengah timang-timang Ayu kat rumah ni.. hahahaa...!! Pape pon, weekend ni kena celebrate, ok? Dan tahniah jugak untuk semua adik-adik yang dapat result yang cemerlang. Kepada yang kurang bernasib baik, belajar dengan lebih tekun untuk SPM nanti.. Chaiyo..!!!

Peace no war from our Queen of The Year, Ayu @ ShoYu.. U did a great job dear.. luv ya..!!!!!

Wednesday, December 22, 2010

Jan? Jun?

Oppssss... masalah datang menyerang! macam kena heart attack gitu.. Nenek plan nak tamatkan segala pertapaan ni akhir Jan 2011 tapi tiba-tiba my beloved SV suruh hantar thesis bulan Jun 2011.. Aiyoo.. jauh benar bezanya.. Saya tak mau konvo bulan Ogos la prof.. saya mau bulan april jugak..! tak kira..!tak kira..!!!

Tuesday, December 21, 2010

1 + 2 + 3

December...!! pejam celik, pejam celik, dah masuk hujung tahun.. Hari ni pun dah 21 Dec.. lame sesangat nenek tak update blog ni.. Bukan sebab busy sangat pun, tp tak tau nak cerita ape. Cerita banyak je, tapi malas nak taip.. Hah, itu dia point penting yg pertama..MALAS..! ish ish ishk...

So, disebabkan kemalasan ini tiadalah ubat yang sangat mujarab, nenek putuskan untuk tak banyak menaip.. nak upload gambar je la ye...heee...


First, gambar kunci bilik nenek sbg tanda kenang-kenangan..Selama hampir 5 tahun nenek duduk kat kolej tun fatimah, utm ni, ni la kali pertama nenek melepaskan kunci bilik hostel buat selama-lamanya (konon-konon sedih)..huhuu..  So, sekarang ni nenek menyewa kat luar dengan kawan-kawan lain.. lebih seronok! yeahh..

annyeong ktf.. =D


Secondly, nenek nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kat kawan nenek, Mazlina Mohamed dan pasangannya yg selamat melangsungkan perkahwinan dia pd 11 Dec yang baru je lepas.. Semoga berbahagia selama-lamanya.. pang pang kompang kompang..gebing gebing gebing gebing.. (uhuu..kompang kulit biawak ni..)




Lastly, baru 2 3 hari lepas abang nenek berenti keje.. sebabnya beliau nak keje kat johor & kalau boleh taknak makan gaji lagi dah. Nak bisnes sendiri.. ermm.. ape-ape saje la ngah.. yang penting, sila cati keje cepat! & trimas arigato belanja kami-kami karoK.. hehee..

lagu search..?ehee...

miming je.. =D

Sekian la...





Sunday, December 5, 2010

breakdown..

December..december.. december.. Semua kerja perlu rush! Takde masa nak melagho.. buat graf tak jadi-jadi. Nak writing paper, tak ade idea. Nak start writing chapter baru, tak de raw data... T_T

Dah rasa macam nak give up, tapi nenek yakin inilah cabarannya nak menuju kejayaan. Banyak halangan...

"Ya Allah, permudahkan lah segala urusan hambaMu ini.. Amin..."

Thursday, December 2, 2010

Sahabat, Anda?

Dua tiga kali nenek taip, delete, taip, delete entry ni... Tak tahu sebenarnye nak mulakan ayat camne.. huhuu.. Ni la masalah nenek kalau nak post entry baru.. huhuu.. 
Sebenarnya nenek terasa nak buat topik pasal sahabat ni sebab nenek musykil samada nenek ni boleh jadi seorang sahabat yang baik ke tak.. Ni masalah nenek sebenarnye, tak ada kaitan dengan orang lain ok. Persoalan nenek adalah, perlu ke kita memilih sahabat? Maksudnya, bila kita mula-mula berkawan dengan seseorang, pastinya kita akan cuba cari keserasian dengan kawan baru kita. Dan tentunya kita akan cuba 'naik taraf' kawan kita tu kepada sahabat (pada pandangan nenek, 'sahabat' lebih dari sekadar kawan dan kawan baik)..  Jadi, jawapan nenek sendiri bg persoalan nenek sendiri adalah, YA kita perlu memilih sahabat. 
Banyak kriteria yang perlu di pertimbangkan untuk memilih sahabat. Kriteria2 ni pulak bergantung la pada cita rasa masing2, kan. Tapi pada nenek, tak kisah la kriteria tu camne pun. Yang penting nenek senang bersahabat dengan sahabat nenek tu.


Ok, mukadimah sangat panjang la pulak.. sori2.. Iklan jap...


- Sahabat sejati adalah insan yang sentiasa menyokong kita, memberi semangat, tak pernah mengeluh atau bermasam muka dengan setiap pertolongan yang diberikan, begitu juga sebaliknya. Andai kata kita merasa berat hati dan nampak tidak ikhlas dengan ape yang kita lakukan padanya, mungkin kita tak pernah anggap dia sebagai sahabat, tapi sekadar kawan biasa.
- There is no 'sorry' and 'thank you' in friendship.. betul ke? ermm...
- Sahabat takkan cari kita pada waktu susah sahaja. Kalau ada yang macam tu, bukan sahabat la tu..
- Nenek selalu nak cakap macam ni pada seseorang, "i'm not your dog. Call me when u are lonely, abandon me when u get bored." , "owh, mungkin kita ni cuma kawan biasa, jadi tolong la jgn terlalu bergantung dgn saya", "people always mistaken us as a good friend, but trust me, we are not 'that good' together.." dan akhir skali, "sy dah bosan..!!!"

Jadi kesimpulannya sekarang, nenek memang memilih untuk berkawan. Bukan masalah mereka kalau nenek kurang suka berkawan dan bersahabat dengan mereka, tapi percaya lah, ini masalah nenek. Bagi nenek, mempunyai seorang sahabat yang cukup memahami dan boleh nenek fahami lebih bermakna dari memiliki 1000 sahabat tapi akhirnya mereka semua hanyalah 'back stabber'..! Gunting dalam lipatan yang bertmbun adalah sangat-sangat berbahaya..

Sekian...

Tuesday, November 30, 2010

Muak tau tak?!

Warghhh... emosi ni...! Minggu ni dah la sangat busy, experiment tak sudah-sudah lagi, mesin asyik rosak, sample tak jadi, kena buat paper, buat poster, buat bodoh.. haiyaa... busy-busy... Esok dah masuk bulan 12.. Tinggal sebulan je lagi nak hantar spiral binding thesis ni.. Haishhh.. Sakit kepala nenek bila fikir pasal benda-benda ni...

Lepas balik lunch, bace berita harian .. Ingat saje nak relax sambil-sambil bace berita. Tapi rasenye bukan makin makin relax, makin serabut otak ni ha.. Mungkin silap nenek sebab baca pasal isu politik.. Drama dunia semua ni. Bila ada kuasa sikit, semua nak tunjuk. Semua nak conquer.. semua nak poyo.. haii.. tolong la.. Muak la.. muak sebab makan Mekdi, tambah dengan cerita 'korang' yang tak habis-habis ni lagi.. muak sangat.. plastik la 'mereka' ni.. Tak tau dah siapa yang betul, siapa yang salah.. Nampak 'sama je'.. Nenek nak cakap lebih-lebih kang kena saman plak.. Baik dok diam-diam je..

Monday, November 29, 2010

Azfar - Akan Ku Jumpa


Lirik- Akan Ku Jumpa

Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bila kaki kita penat berlari
Namun yakin ku kau kan ku temui
Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia
Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu
Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara
Cinta jangan sembunyi
Mataku ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini
Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu

Friday, November 26, 2010

5 Sebab Nenek- Part 2

Hai semua... hari ni nenek tersangat la busy.. Rasenye tak sempat nak jalan, lari je memanjang.. Ni baru dapat duduk, tu pun sebab dah masuk lunch hour a.k.a halfday! hehee... Jadi, fahamkan kenapa nenek rushing hari ni..? sebabnye mestilah nenek nak halfday.. hahaha!!! Tapi bukan nenek saje-saje nak half day ok.. ade sebab-sebabnya..

5 Sebab Kenapa nenek Half Day

1. Semua kerja untuk minggu ni dah settle.
2. Esok birthday adik nenek. Jadi kena balik awal carikan hadiah untuk dia..
3. Kawan nenek ada hal penting yang perlu di selesaikan di kampung. Dan memandangkan nenek tumpang kereta beliau (sebab nenek malas nak naik bas), jadi nenek 'terpaksa' balik awal jugak..
4. Untuk elakkan berselisih dengan banyak lori, bas, trailer dan yang seangkatan dengannya di high way pada petang jumaat.. Scary lorr...
5. Hari Jumaat memang Half day sedunia untuk nenek dan kawan-kawan.. hahaa...

Ok la, rasenye dah takde sebab lagi nenek nak menulis sekarang.. Perut dah lapar, kaki dah penat, otak dah lembab,, huhuuu...

Sampai jumpa.. daaa....

Thursday, November 25, 2010

5 Sebab Nenek- Part 1

5 Sebab Kenapa Perlu Belajar

1. Kita memang dituntut untuk belajar.. kan? lagi pun lumrah sbg manusia, kita pasti belajar sesuatu, samada secara formal ataupun tidak.
2. Supaya tak mudah kena tipu.
3. Untuk memenuhi pusat pengajian yang melambak-lambak kat Malaysia ni..
4. Supaya minda dan akal kita terangsang/aktif.. Guna 1% pun OK daripada tak digunakan langsung.. kan?
5. Belajar boleh mendisiplinkan diri? Benar! asalkan apa yang kita belajar tu adalah sesuatu yang positif. Kalau belajar meragut atau merompak, tu cari penyakit namenye!

>>belajar itu ibadah..


5 Sebab Kenapa Perlu Kerja

1. Untuk dapatkan duit. Takde orang akan bagi duit kat kita free2 je tanpa buat kerja.
2. Untuk sara diri sendiri dan keluarga.
3. Untuk bayar balik hutang (pinjaman)
4. Supaya ape yang kita belajar, tak sia-sia macam tu je. Ye la kan, blaja 4 5 tahun, takkan lepas tu nak menganggur je?
5. Untuk shopping!!

>> bekerja juga ibadah..


5 Sebab Kenapa Perlu Menulis Blog

1. Untuk menyokong kempen pelihara alam sekitar.. Sebab? Dengan menulis diari di blog, kita boleh kurangkan penggunaan kertas utk membuat buku.. hehee..
2. Untuk meningkatkan skill, terutamanya skill menulis/mengarang ayat..
3. Mencari kenalan...? ermm.. boleh juga kan?
4. Mengurangkan stress/tekanan.. Segala-galanya boleh diluahkan melalui blog.. Luahkan lebih baik dari pendam lama-lama.. Bahaya tuu....
5. Boleh bergosip secara ala-kadar.. Sebabnya, setiap entry atau komen yang kita post, semua orang boleh baca. Jadi kita perlu la cover-cover sikit berbanding dok bergosip kat tepi tingkap, semuanya lepas. Maklumlah, cuma ade kita-kita je.. Betul tak Cik Kiah?

>> menulis blog adalah riadah.. ehee...

Sekian dari nenek.. Sambung esok.. Adios.!

Wednesday, November 24, 2010

Selamat Semuanya....

Firstly, Happy belated birthday for my older sis (7/11) nora and her daughter (12/11) zulaikha.. plus happy becoming birthday to Ayu (27/11), my younger sister.. Selamat..selamat....





Lagi... selamat bertunang untuk abangku, Rahim a.k.a Mr. Crab.. Tema pink??? erkkk.. whatever... hehee..

Cik Lan (red shirt) and my abang (tunang orang k..) hehee...

Makcik belah ayah sarung cincin utk bakal kakak ipar nenek..Kak Rafidah... (yeah, u're really sweet in pink kurung, akak.. no wonder abg ngah terpikat habess..heee...)

Ermm.. sy nampak gemuk.. ciss..

Bakal ipar-duai..
hantaran dari pihak perempuan...

dari pihak lelaki...



Ok, the third event is Majlis persandingan anak sepupu nenek, Mahfuza dan Hazali... Semoga kekal hingga ke syurga.. ececehh... =D

Selamat Pengantin Baru...!!!











Tuesday, November 9, 2010

SHINee - The name i Loved..


Lyric - The name I Loved (내가 사랑했던 이름)


Soni siryeowa
Sarangae giyeoki chagapge dagawa aryeo-onda
Ijaeneun deoisang 
neoreul bujunghago sipji aneun Nareul algo itjiman

Gakkai itneun neol saranghal su eopneun geol algo itgiae
Nal balabol su eopneun neol gidarimi neomu himdeuleo
Ijaen gyeondil su eopso irweojil su eopgiae

c/o  Naega saranghaetdeon geu ireum
Bulleoboryeo nagalsurok neomu meoleojyeotdeon
Geu ireum ijae jeokeonokgo
Na oolmeokyeo naeanae soomgo shipeojyeo
 Neol saranghal su bakkae eopseotdeon
Geu naleul ijaen alajweoyo
 Irul su eopneun sarangdo sarang inikka

Honja hal su eopneun.Sarangiran neukkimeun naegae dagawa
Shijak hal sudo eopneun geulioomeun keojyeoman gago
Shirin gaseumhankyeonaen neoae hyanggiman nama

Naega saranghaetdeon geu ireum
Bulleoboryeo nagalsurok neomu meoleojyeotdeon
 Geu ireum ijae jeokeonokgo
Na oolmeokyeo naeanae soomgo shipeojyeo
Neol saranghal su bakkae eopseotdeon
Geu naleul ijaen alajweoyo
Irul su eopneun sarangdo sarang inikka

 Sucheon beoneul dolikyeo
Cheoeumae naro gal sunganae
Gaseum han guseokeul
Da asagal nae moseupingeol

c/o

 Neol saranghal su bakkae eopseotdeon
Geu naleul ijaen alajweoyo
Irul su eopneun sarangdo sarang inikka

Maknanya sila search sendiri ye.. hehee.. Annyeong!


Hadapi dengan senyuman....?

Ermm... dah lame nenek tak update blog nenek ni.. Bersepah-sepah je rase, sarang labah-labah pun banyak.. huhuu... Nenek busy sangat-sangat..( busy ke..?) Ermmm... banyak sangat masalah orang lain yang perlu difikirkan plus result project nenek yang belum kelihatan..

Anda-anda semua mesti biasa tengok drama kan? tak kisah la drama ape.. melayu, korea, jepun, cina, hindustan.. Bila kita tengok drama, secara automatiknya kita boleh fikir ape solusi untuk permasalahan yang timbul dalam drama tu.. Contohnya,

"Ape la bodoh heroin tu setia kat hero yang poyo & suka perkecilkan orang lain. Second hero punya la handsome, romantik, baik hati, kaya, hormat orang tua. Pilih je la second hero tu..!"

Contoh ok?

Ok, itu drama. Cerita yang dilakonkan oleh orang lain, dalam dunia khayalan, banyak yang tak logik dari yang logik. Dan kita sebagai penonton, dengan mudah boleh bagi idea, pandangan & kritikan dalam setiap masalah yang datang..

Tapi realitinya, bila 'drama' ni betul-betul terjadi dalam hidup kita, susah kita nak cari jalan penyelesaian. Kadang-kadang 'tak tercapai akalmu'.. Ceritanya bukanlah tentang si hero dan heroin spt contoh di atas. Banyak lagi drama dunia ni. Semuanya sandiwara.. Kita lah pelakon, kita lah penonton. Yang jadi pengkritik pun kita, juri pun kita juga. 

Chopp..chopp...

Kenapa pulak la nenek cerita pasal drama-drama ni..?ermm... sebabnya, nenek rasa sangat terbeban dengan 'drama swasta' yang sedang berlaku depan mata nenek ni.. Susah nenek nak kongsi cerita ni, ia melibatkan banyak pihak.. Hint-hint sket boleh la kot..

Dalam usia nenek sekarang, kebanyakan usia kawan nenek pun lebih kurang sama 23+-.. Jadi nenek sedia maklum keinginan & perasaan kawan-kawan nenek. Memang dalam usia awal 20an ni, macam-macam yang kita nak, macam-macam yang kita nak cuba. Kalau boleh, kita nak rasa semua benda yang ada depan mata. Pengalaman hari ni memang akan jadikan kita lebih dewasa esok hari.

Tapi percayalah, setiap yang kita buat ni ade risikonya. Mencuba tu tak salah. Tapi kita ni dikurniakan akal untuk menilai, mana yang buruk mana yang baik. Dalam usia kita ni, kita dah lancar membaca, kita tau guna internet, kita tau baca paper, tengok TV. Pendek kata kita sepatutnya tahu ape yang terjadi di sekeliling kita. Kita tau hubungan yang terlarang antara lelaki dengan perempuan tu salah. Tersilap langkah, memang tersangat la buruk padahnye! Kita dah tahu, tapi kenapa mesti buat jugak???

Tak terfikir ke kita pada dosa kita pada Tuhan? Mak? Ayah? Ok, kalau tak kisah tu semua, sekurang-kurangnya sayang lah diri sendiri. Susah ke nak sayang diri sendiri? tak, sangat tak susah. Kita cuma perlu makan makanan yang berkhasiat, berkawan dengan orang yang baik, jangan merokok, & kalau nak berpasangan, carilah pasangan yang baik. Senang kan? 

Hmmm... nak cerita panjang pun tak guna.. Sebenarnya, ini la gambaran 'drama' yang nenek sedang hadapi sekarang ni.. Memang berlaku depan mata. Nenek tak tahu nak buat apa. Walaupun ni kesalahan & kesilapan orang lain, akibat kejahilan orang lain jugak, 'diorang' tak sedar sebenarnya yang kesilapan 'diorang' ni sebenarnya menyusahkan orang lain..!

Saturday, October 30, 2010

2AM - Like crazy

Before start writing, nenek nak ajak layan lagu baru 2AM ni.. sangat sedih...

hari untuk membaca (saje)..


Hai semua, good morning..!

Ape kena mengenanya gambar ni dengan entry nenek ye..? ermm.. tak ade kaitan langsung.. Saje je snap sebab ni je permandangan yang terdekat dari tingkap bilik nenek.. Pagi yang agak mendung, sejuk... Amat sesuai untuk sambung tido.. huh.. itu la masalahnya.. Bila weekdays, mata ni ngada-ngada sangat nak sambung tido lepas subuh.. Siap plan jahat malas nak gi lab.. Tapi kalau weekend, mata ni lagi ngada-ngada nak bangun awal.. cett betol la...

Aktiviti hujung minggu (sensorang je kat JB ni) nenek kali ni adalah membaca dan menulis. Buat graf sket, meng'ayat' sket.. Dua bulan je lagi...... Tak sabar nak grad, tapi malas nak writing... cett lagi..


Wednesday, October 27, 2010

Enough...!

"cukup la za..  Stop craving for anything.. kejap2 nak spaghetti la, bigMc la, sate la... Udah2 la tu... Ur weight really exceeded the limit..!!"

T_T

Meatball Spaghetti.. nyum..nyum..


Jutaan terima kasih kepada cik Ezza atas tajaan lunch yang sangat sedap ni.. Memang nenek sangat-sangat mengidam makan spaghetti secret recipe yang di bayar oleh orang.. hehee... 
Trimas Arigato..!

Tuesday, October 26, 2010

Maulana - RSVP

Layaannnn.......


Kali pertama ku melihat
Hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan

Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya
Tapi di dalam realiti belum pasti

Chorus
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran
Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu

Andainya benar katakanlah
Agar dapat mengorak langkah
Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk

Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah isi hatimu

Nyawa.., dua Singgit...?!

Sabar-sabar... sabar ye semua.. bukan nenek nak permainkan nilai nyawa kita, tapi nenek rasa tak puas hati & marah dengan manusia-manusia yang tak tahu nak menghargai nyawa sendiri.. Baca dulu jap ye kat sini..

Ermm... sebab terlalu tertekan, seseorang tu suka buat benda-benda yang tak masuk akal.. Suka nak guna jalan pintas. Dan akhirnya, nak menyesal pun tak guna sebab nyawa dah terpisah dari badan.. Ape boleh buat kan kalau fikiran dah terlampau cetek.. Kepada yang masih bernyawa dan masih memiliki akal yang waras, berfikirlah guna akal. Jangan jadi macam haiwan yang ada otak tapi tak boleh menggunakan akal. Kepada mereka-mereka yang terlibat (telah pun membunuh diri masing-masing), RIP..

Committing suicide is not the only way to settle problems ok...?

Jadi kesimpulannya bagi kita yang masih hidup ni, tolong la peduli dengan keadaan sekeliling.. Kalau anda tak ada banyak masalah yang perlu difikirkan, lihat la insan-insan yang dekat dengan anda. Kalau nampak mereka macam ada masalah, ringankan mulut bertanya. Sharing is caring, right? Walaupun tak mampu nak tolong dari segi material, jadi pendengar untuk setiap masalah dorang pun dah cukup.. Dan sebaliknya, kalau anda yang bermasalah, carilah seseorang untuk luahkan apa yang terpendam. Jangan pendam sorang-sorang.. Shared grief is half the sorrow..  kan..?

Monday, October 25, 2010

Fikir dan JADI....?

Assalamualaikum.... hai semua (cehh, macam la ramai orang yang bace blog nenek ni... hehee..)

Nenek baru je sampai lab, straight keluar rumah dari BP pagi tadi.. Macam biasa la kan, hari Isnin memang waktu untuk bermalas-malasan... huhuuu... Tak terasa cuti dari hari Jumaat sebab dah selalu sangat balik rumah, jadi tak dapat nak menikmati cuti tu dengan sebaik mungkin.. mane taknye, hari Jumaat nanti kompom balik rumah lagi.. =D

Tapi minggu lepas nenek bukan saje2 balik. Ade test la a.k.a ujian personaliti untuk jawatan guru/pensyarah mara pada hari sabtu lepas.. Biasa la kan ujian personaliti ni.. Jawab YA / TIDAK je.. Secara tak langsung bila jawab soalan macam ni, tiba-tiba diri ni rasa hipokrit sangat.. Jawapan baik je memanjang.. huhuu...

Ok, tapi ini bukan topik yang nenek nak cerita.. Tapi ade sesuatu yang nenek nak kongsi.. Nenek tak tau la ni suratan atau kebetulan.. ececehh...

Ceritanya begini.. Pernah tak kita mengalami sesuatu yang bila kita terfikir pasal benda tu, tak lama lepas tu benda yang kita fikir tu betul2 terjadi.. pernahkan..? mesti pernah punya.. sebab nenek pun sedang alaminya, even sekarang ni..

Cerita pertama, hari sabtu, waktu nenek nak gi jawab ujian personaliti kat Melaka. Dipendekkan cerita, nenek gi sane dengan family nenek. Ayah nenek yang drive, nenek tukang baca sign board sebab tempat yang nak di tuju ni kitorang tak pernah pergi, Institut Kemahiran Mara, Jasin. Carik punye carik, siap sesat-sesat lagi akhirnya kitorang pun sampai la ke IKM tu.. Seperti yang semua sedia maklum, jalan kat melaka memang la tak besar mane. signboard pun ala-ala segan gitu. Jalan nak masuk ke IKM tu pun sempit, betul-betul kat simpang. Jadi bila nenek terpandang keadaan macam tu, nenek terfikir "bahaya betul jalan raya macam ni.. senang-senang je nak accident.."  Jadi habis je exam pukul 10.30am, kitorang pun gerak nak balik. Ngam-ngam, keluar je simpang tadi, ada motor terlanggar kereta.. tapi nenek tak sempat nak join tengok sama sebab tinggal serpihan kaca dengan darah je.. Terkilan tak dapat tengok accident? tak la.. Nasib baik tak nampak, kalau tak mesti dah lemah lutut.. Nenek cuma terkilan sebab bukan niat nenek nak mendoakan berlaku accident kat simpang tu. Nenek cuma terfikir je.. tu pun fikir gitu-gitu je.. tak sangka jadi betul.. harap-harap mangsa 'keadaan' tu tak apa-apa..

Cerita kedua, semalam hari ahad.. Tengah duduk-duduk melangho dekat rumah, tiba-tiba abang nenek tergesa-gesa keluar rumah.. Tak sempat nak tanye, beliau dah hilang dengan sekelip mata.. Ntah gi mana, siap bawak adik-adik lagi.. Tapi dalam hati nenek "kalau keluar gi beli aiskrim sedap gak ni.. Dah la cuaca panas.." Tak lama lepas tu, abang pun balik. tapi berlenggang je sebab beg plastik semua adik nenek yang jinjing... "kak iza, mari-mari.. abang ngah belanja ais krim..!" kata adik nenek tu..

Cehh, keluar rumah kelam-kabut sebab nak beli ais krim je... tapi takpe, rezeki... nyum nyum...

Cerita ketiga, pagi tadi, Isnin. Masa tu nenek tengah tunggu kawan nenek kat bus stop. Sambil-sambil tu berangan.. "Keje nanti aku nak beli kereta Swift kale biru la.. Macam comel.. hehee..." tup-tup ada kereta swift biru berenti depan bus stop tu ambil kawan dia. Abang driver tu sempat jeling keluar, senyum.. heheee... kompom COMEL (both...!d' blue swift car and d' Mr. driver..!..hahahaa...)

Ade banyak lagi yang nenek fikir dan terjadi sebenarnya tapi nenek malas a nak taip banyak-banyak.. Nanti anda-anda bosan pulak nak baca.. 

Ok, last story, berlaku pagi ni jugak.. Nenek fikir sambil berdoa seikhlasnya.. "harap-harap bila masuk lab nanti SV tak ada...kalau ada susah la pulak nak menjawab alasan-alasan ponteng hari jumaat..aisehh.."

Bukak je pintu lab... "Hahh, selamat ngko.. Prof baru je keluar tadi.." kata kak ruz a.k.a lab assistant..

Fuhh... selamat.......

Sekian...

diari nenek

kawan nenek