Monday, September 19, 2011

HAPPY BIRTHDAY AMBER ^^



HAPPY 19TH ANNIVERSARY to you, AMBER JOSEPHINE LIU... ^^ GOD BLESS..

should I sing a birthday song to U? I think this chipmunks sing better =D 


Wednesday, September 14, 2011

Selamat Hari Malaysia

16 September bukan setakat cuti umum, tapi pengertian yang lebih bermakna untuk kita semua rakyat Malaysia.. Ni nenek sertakan sekali info 'kat-en-pes' dari Mr Wiki.. hehee... Silalah baca sebagai pengetahuan umum kita bersama..

" Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perjanjian berkenaan dengan penubuhan perlembagaan Malaysia (dokumen)
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia."

Malaysiaku Tercinta Selamanya.....!

Hot Topik Raya...

Salam semuanya... Dah masuk 3 minggu kita semua menyambut syawal.. masih dalam mood raya kan? hehee... Bila tiba musim raya je, kawan-kawan yang belum berkeluarga sebuk nak arrange konvoi raya dengan bekas rakan sekelas... Zaman skolah rendah dulu konvoi raya naik basikal. Dah masuk sekolah menengah, naik motor. Bila masing2 dah masuk U & keje, bawak kereta plak... Itu antara perubahan ketara yang nenek nampak pada kawan2 nenek... Nenek? ermmm... dari zaman tadika sampai la nak masuk zaman 'kejatuhan dunai remaja' nenek, still buat benda yang sama, tumpang je kawan lain... hahahaa...!!! senang kan, jimat & tak bersesak dengan orang lain... =D

Dan kalau namanya berkumpul dengan kawan2 lama ni, tentunya ade je topik hangat yang dorang nak cerita and tanye.. Topik favourite tahun ni..'

1. Bila ko habes belajar?
2. Nak sambung belajar lagi ke?
3. Bila nak keje?

& topik yang paling 'tak boleh blah' ialah....

4. BILA KO NAK KAWEN??????

Hadoiiii... lemah betol kalo klua topik ni.. Almaklumlah, dah ramai kawan sebaya kitorang yang dah kawen and ade anak.. Tapi apekan daya, belum sampai seru... Tunggu la tahun Gajah ye kawan2 semua.. Nanti dapat la kad kawen nenek tu.. Dengan sape? ermmmm... calon takde.... Arggghhhhh.....!!!

Tuesday, September 13, 2011

Hazama - Cinta Teragung


Lirik

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

Thursday, September 8, 2011

Resepi Kerang Aneka Sos





Meh nenek nak share resepi... Ngade kan? tibe2 je post entry pasal masak2... hahahaa...

Ok, first thing first,, BAHAN-BAHANnya adalah;

1. 1kg kerang
2. Bawang merah, bawang putih, halia (semua tumbuk hingga lumat betul)
3. Sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap manis
4. Serai (sebatang je cukup)
5. Garam secukup rase

CARA-CARA memasak;

1. Tumis bahan (2) hingga naik bau. Jangan guna banyak sangat minyak ye.. kalau terlalu kering, masukkan air sket je.
2. Masukkan segala jenis sos & kicap. Kuantitinya bergantung kepada berapa banyak kuah yang korang nak.. Ikut suka.
3. Masukkan serai, kacau sket.
4. Masukkan kerang.. kacau2 sampai puas hati. Tutup dengan penutup periuk. Tunggu sampai yakin kerang tu dah masak.
5. Final touch, kalau rase sos kerang tu tak berapa nak masin, tambah la garam.. Tapi nenek suka tak berapa masin sebab rase sos tu lebih natural gitu..
6. Sedia utk di hidang..

diari nenek

kawan nenek