Saturday, October 30, 2010

2AM - Like crazy

Before start writing, nenek nak ajak layan lagu baru 2AM ni.. sangat sedih...

hari untuk membaca (saje)..


Hai semua, good morning..!

Ape kena mengenanya gambar ni dengan entry nenek ye..? ermm.. tak ade kaitan langsung.. Saje je snap sebab ni je permandangan yang terdekat dari tingkap bilik nenek.. Pagi yang agak mendung, sejuk... Amat sesuai untuk sambung tido.. huh.. itu la masalahnya.. Bila weekdays, mata ni ngada-ngada sangat nak sambung tido lepas subuh.. Siap plan jahat malas nak gi lab.. Tapi kalau weekend, mata ni lagi ngada-ngada nak bangun awal.. cett betol la...

Aktiviti hujung minggu (sensorang je kat JB ni) nenek kali ni adalah membaca dan menulis. Buat graf sket, meng'ayat' sket.. Dua bulan je lagi...... Tak sabar nak grad, tapi malas nak writing... cett lagi..


Wednesday, October 27, 2010

Enough...!

"cukup la za..  Stop craving for anything.. kejap2 nak spaghetti la, bigMc la, sate la... Udah2 la tu... Ur weight really exceeded the limit..!!"

T_T

Meatball Spaghetti.. nyum..nyum..


Jutaan terima kasih kepada cik Ezza atas tajaan lunch yang sangat sedap ni.. Memang nenek sangat-sangat mengidam makan spaghetti secret recipe yang di bayar oleh orang.. hehee... 
Trimas Arigato..!

Tuesday, October 26, 2010

Maulana - RSVP

Layaannnn.......


Kali pertama ku melihat
Hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan

Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya
Tapi di dalam realiti belum pasti

Chorus
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran
Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu

Andainya benar katakanlah
Agar dapat mengorak langkah
Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk

Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah isi hatimu

Nyawa.., dua Singgit...?!

Sabar-sabar... sabar ye semua.. bukan nenek nak permainkan nilai nyawa kita, tapi nenek rasa tak puas hati & marah dengan manusia-manusia yang tak tahu nak menghargai nyawa sendiri.. Baca dulu jap ye kat sini..

Ermm... sebab terlalu tertekan, seseorang tu suka buat benda-benda yang tak masuk akal.. Suka nak guna jalan pintas. Dan akhirnya, nak menyesal pun tak guna sebab nyawa dah terpisah dari badan.. Ape boleh buat kan kalau fikiran dah terlampau cetek.. Kepada yang masih bernyawa dan masih memiliki akal yang waras, berfikirlah guna akal. Jangan jadi macam haiwan yang ada otak tapi tak boleh menggunakan akal. Kepada mereka-mereka yang terlibat (telah pun membunuh diri masing-masing), RIP..

Committing suicide is not the only way to settle problems ok...?

Jadi kesimpulannya bagi kita yang masih hidup ni, tolong la peduli dengan keadaan sekeliling.. Kalau anda tak ada banyak masalah yang perlu difikirkan, lihat la insan-insan yang dekat dengan anda. Kalau nampak mereka macam ada masalah, ringankan mulut bertanya. Sharing is caring, right? Walaupun tak mampu nak tolong dari segi material, jadi pendengar untuk setiap masalah dorang pun dah cukup.. Dan sebaliknya, kalau anda yang bermasalah, carilah seseorang untuk luahkan apa yang terpendam. Jangan pendam sorang-sorang.. Shared grief is half the sorrow..  kan..?

Monday, October 25, 2010

Fikir dan JADI....?

Assalamualaikum.... hai semua (cehh, macam la ramai orang yang bace blog nenek ni... hehee..)

Nenek baru je sampai lab, straight keluar rumah dari BP pagi tadi.. Macam biasa la kan, hari Isnin memang waktu untuk bermalas-malasan... huhuuu... Tak terasa cuti dari hari Jumaat sebab dah selalu sangat balik rumah, jadi tak dapat nak menikmati cuti tu dengan sebaik mungkin.. mane taknye, hari Jumaat nanti kompom balik rumah lagi.. =D

Tapi minggu lepas nenek bukan saje2 balik. Ade test la a.k.a ujian personaliti untuk jawatan guru/pensyarah mara pada hari sabtu lepas.. Biasa la kan ujian personaliti ni.. Jawab YA / TIDAK je.. Secara tak langsung bila jawab soalan macam ni, tiba-tiba diri ni rasa hipokrit sangat.. Jawapan baik je memanjang.. huhuu...

Ok, tapi ini bukan topik yang nenek nak cerita.. Tapi ade sesuatu yang nenek nak kongsi.. Nenek tak tau la ni suratan atau kebetulan.. ececehh...

Ceritanya begini.. Pernah tak kita mengalami sesuatu yang bila kita terfikir pasal benda tu, tak lama lepas tu benda yang kita fikir tu betul2 terjadi.. pernahkan..? mesti pernah punya.. sebab nenek pun sedang alaminya, even sekarang ni..

Cerita pertama, hari sabtu, waktu nenek nak gi jawab ujian personaliti kat Melaka. Dipendekkan cerita, nenek gi sane dengan family nenek. Ayah nenek yang drive, nenek tukang baca sign board sebab tempat yang nak di tuju ni kitorang tak pernah pergi, Institut Kemahiran Mara, Jasin. Carik punye carik, siap sesat-sesat lagi akhirnya kitorang pun sampai la ke IKM tu.. Seperti yang semua sedia maklum, jalan kat melaka memang la tak besar mane. signboard pun ala-ala segan gitu. Jalan nak masuk ke IKM tu pun sempit, betul-betul kat simpang. Jadi bila nenek terpandang keadaan macam tu, nenek terfikir "bahaya betul jalan raya macam ni.. senang-senang je nak accident.."  Jadi habis je exam pukul 10.30am, kitorang pun gerak nak balik. Ngam-ngam, keluar je simpang tadi, ada motor terlanggar kereta.. tapi nenek tak sempat nak join tengok sama sebab tinggal serpihan kaca dengan darah je.. Terkilan tak dapat tengok accident? tak la.. Nasib baik tak nampak, kalau tak mesti dah lemah lutut.. Nenek cuma terkilan sebab bukan niat nenek nak mendoakan berlaku accident kat simpang tu. Nenek cuma terfikir je.. tu pun fikir gitu-gitu je.. tak sangka jadi betul.. harap-harap mangsa 'keadaan' tu tak apa-apa..

Cerita kedua, semalam hari ahad.. Tengah duduk-duduk melangho dekat rumah, tiba-tiba abang nenek tergesa-gesa keluar rumah.. Tak sempat nak tanye, beliau dah hilang dengan sekelip mata.. Ntah gi mana, siap bawak adik-adik lagi.. Tapi dalam hati nenek "kalau keluar gi beli aiskrim sedap gak ni.. Dah la cuaca panas.." Tak lama lepas tu, abang pun balik. tapi berlenggang je sebab beg plastik semua adik nenek yang jinjing... "kak iza, mari-mari.. abang ngah belanja ais krim..!" kata adik nenek tu..

Cehh, keluar rumah kelam-kabut sebab nak beli ais krim je... tapi takpe, rezeki... nyum nyum...

Cerita ketiga, pagi tadi, Isnin. Masa tu nenek tengah tunggu kawan nenek kat bus stop. Sambil-sambil tu berangan.. "Keje nanti aku nak beli kereta Swift kale biru la.. Macam comel.. hehee..." tup-tup ada kereta swift biru berenti depan bus stop tu ambil kawan dia. Abang driver tu sempat jeling keluar, senyum.. heheee... kompom COMEL (both...!d' blue swift car and d' Mr. driver..!..hahahaa...)

Ade banyak lagi yang nenek fikir dan terjadi sebenarnya tapi nenek malas a nak taip banyak-banyak.. Nanti anda-anda bosan pulak nak baca.. 

Ok, last story, berlaku pagi ni jugak.. Nenek fikir sambil berdoa seikhlasnya.. "harap-harap bila masuk lab nanti SV tak ada...kalau ada susah la pulak nak menjawab alasan-alasan ponteng hari jumaat..aisehh.."

Bukak je pintu lab... "Hahh, selamat ngko.. Prof baru je keluar tadi.." kata kak ruz a.k.a lab assistant..

Fuhh... selamat.......

Sekian...

Thursday, October 21, 2010

Trap - No Min Woo

My Girlfriend is Gumiho OST, satu lagi drama korea lakonan Lee Seung Gi (hero) and No Min Woo (2nd hero)... ermmm... heroin? kalau ada masa nanti nenek search la ye siapekah heroin2 cerita ni (IDC).. hehee... 
enjoy.!



Sunday, October 17, 2010

berpantang sebelum ajal..!

Susah hati................... T_T
Sebabnya semalam setelah seharian membuang masa, tenaga dan duit, nenek and d gang gi la meneruskan aktiviti membuang masa di Jusco. Sambil2 mencuci mata, kami2 ni pun gi la test timbang berat badan, ukur tinggi, ukur blood pressure, BMI dgn ape ntah lagi.. tak ingat..

Sorang-sorang naik kat mesin tu... bila turn nenek je, rase risau tu dah lain macam. Yela kan, sekarang ni konon-kononnye nenek tengah ON diet. Tapi.................. berat tak turun pun.. naik ade la.. Tu ok lagi, bile check BP... mak aiii.... tinggi..!!! dah melebihi had.. 

Gang kepoh nenek tanye, "Ko ade darah tinggi ke????"

"Ntah..ni first time check BP.."

Mula-mula nenek tak kesahkan sangat BP tu, yang nenek risau berat nenek ni tak turun-turun.. Tapi takde la risau sampai tak selera makan sebab lepas tu kami-kami bantai makan nasik ayam penyet pulak... adehhh... habis pulak tu sepinggan makan.

huhuu... itu cerita semalam.. Pagi tadi, celik je mata, nenek teringat nak bagitau Mak nenek pasal BP test yang nenek buat semalam sebabnye Mak nenek memang ada darah tinggi & mungkin boleh la dapatkan nasihat dari beliau. Bila nenek cerita je, punye la Mak terperanjat..

"Tak normal tu Za...! biasa kalo orang muda-muda ni 120/70 je tau.."

"huhh..? serius..?erkk..."

Nampaknye perkara ni memang tersangat-sangat serius. Nasihat yang nenek dapat dari Mak, DIET, JANGAN MAKAN BENDA YANG BERLEMAK, RAJIN-RAJIN BERSENAM, MAKAN MAKANAN REBUS-REBUS, SUP, KURANGKAN MAKAN AYAM.. Ayam...? tak boleh makan...? huhuuu... selamat tinggal ayam..!

Jadi kesimpulannya, berpantang la Aiza, sebelum 'ajal'.....!

Wednesday, October 13, 2010

Semalam yang kenyang~

Extra credit to gang makcik-makcik kepoh sebab akhirnya kita berjaya jugak masak spaghetti setelah menempuhi pelbagai halangan.. huhuu... 





Untuk cik Mazlini a.k.a Mok Mah yang 'berjaya' merosakkan rice cooker cik Piha semasa menggoreng keropok, TAHNIAH ye.. lain kali boleh cuba lagi... 

Untuk Cik Ezza yang bersungguh-sungguh masak kuah spaghetti, thank U arigato.. Sedap walaupun pedas sampai menangis-nangis kitorang makan.. 

Untuk Cik Noor dan Cik Piha yg bersungguh-sungguh masak and buat air teh, TQ.. manis-manis buah tu..

Untuk Cik Nani yang sudi turun makan (saje), lain kali kamu pulak basuh pinggan ye.. =P

Dan last skali untuk cik Mazni yang segan nak join, "kenapa nak segan dengan kami.? kami semua 'normal' ok?..huhuu... Tak kira, lain kali wajib join!"

Nenek..?ermm.. nenek tukang sedia bahan and jadi chef assistant... "Yes Chef..!"



Tuesday, October 12, 2010

sungguh.... sungguh tension..!

Sangat tension sebab rasenye tinggal 2 bulan lagi nak habis sem ni dan projek aku tak habes2 ade masalah.... rase macam nak terjun tiruk ni... =(

Monday, October 11, 2010

"wah, peramahnye dia..!"

Hahaa.. ayat yang selalu nenek guna bila berjumpa dengan orang-orang yang ringan mulut ni, walaupun baru first time jumpa. Nenek mengaku nenek sangat 'tabik spring' kat individu tersebut.. Pergi mana-mana pun tak payah risau sebab conform akan ada kawan baru.. Seronokkan jadi orang yang peramah ni...? Nenek teringin gak nak meramah-ramahkan mulut ni, tapi seperti biase, kalau first time jumpa orang yang nenek tak kenal, mulut ni rase macam kena gam.. Susah betol nak bersuara.. Tapi kalau dah jumpa dua tiga kali, harap maaf la ye, nak bergosip sila ajak nenek sekali... hehee....

Opss.. pukul 5 sudah.. jom balik..?

AISHA AISHA AISHA...!


Sori.. sori.. sori... Sori sangat2 babe...
To be frank, aku memang tak pernah lupa tarikh 10 Oktober.. It's Ur special day babe..
Kalau boleh, aku memang nak wish birthday kamu tepat jam 12am..
Tapi disebabkan tarikh tahun ni agak special, aku putuskan utk wish pada 10.10.10 jam 10.10.10pm (dengan harapan aku la orang terakhir wish birthday kamU)..
Tapi apekan daya, aku hanya merancang.. Alarm aku tak nyala pulak time tu.. 
Soooooo Sori..
Aku tak sengaja buat kamU kecik hati @ sedih...
& one more thing, sori tak dapat celebrate birthday kamU semalam..
Next time aku balik BP, kita keluar makan2 ok..
Soooooo Sori again...





So, dikesempatan ini, aku nak ucapkan 
SELAMAT ULANG TAHUN KE-23...
Uihh.. sudah 23 tahun la makcik..!
Tahun depan dah boleh la korban lembu buat kenduri kawen... hehee...

Semoga segala impian kamU tercapai,
Dimurahkan rezeki yang halal,
Diberikan kesihatan yang baik,
Dikurniakan akal yang bersih dan tajam,
Dipermudahkan segala urusan,
jadi anak yang baik dan bakal isteri yang solehah...
Amin...

& i hope we can continue supporting to each other till the last breath...
Really luv U fren...!!







Friday, October 8, 2010

f(x) - Spread its Wings

Lyric Spread Its Wings - Luna , Krystal feat. Amber

Na Ajik seotul jiman
Geokjung seulonpneunbit boda malopshina
pokeunhee annajumyun jokaesuh

Na joguem himdueljiman
Apeummyun jamshibu ajik maneun nali I
lugopun kkumi naleul dashi ileuhsuhgaehae

Nalgaeleulpyeogo
Juhhaneul wiaeh hwul hwul nalabga
Nunmuleun annyeong Ssangcheodo annyeong
Ijae euljianna

Nalgaeleulpyeogo
Saesangeul hyang aeh himkkut waecheobwa
Duhisang nan (nan) Uhjaeeh naegah anyah (anyah)
nuhwahamkae lamyun

Na Taeloneun Jicheodo
Pogihalsu opsuh
ijaeshijakiya, naleuljikuhbwajo
deuluhwo maja ijae

Nalgaeleulpyeogo
Juhhaneul wiaeh hwul hwul nalabga
Nunmuleun annyeong Ssangcheodo annyeong
Ijae euljianna

Nalgaeleulpyeogo
Saesangeul hyang aeh himkkut waecheobwa
Duhisang nan (nan) Uhjaeeh naegah anyah (anyah)
nuhwahamkae lamyun

Oh! Yo! Ijae neunmuldeul eun bye bye bye.
Igeuhnaesu itseo I don't cry
Haeneuleh nalaganeun saedul cheoleom
Bahaneul bitnaneun byuldeul choleom
Bosuk gwado gatteungeuh nae kkum, milae, himang, mideum.
Eut deon jigyupi wado I don't care
Hwanagae eutneungoya it's ok.

Hoohaeyeo naleulwiaeso
Naejyumbooleul dageulgo
naleul wiaeseo

Nalgaeleulpyeogo (pyeogo~)
Juhhaneul wiaeh hwul hwul nalabga (yah~)
Nunmuleun annyeong Ssangcheodo annyeong (annyeong~)
Ijae euljianna (euljianna~)

Nalgaeleulpyeogo (yah~)
Saesangeul hyang aeh himkkut waecheobwa (waecheobwa~)
Duhisang nan (nan) Uhjaeeh naegah anyah (anyah)
nuhwahamkae lamyun

Ileotgaenan (nan)
Woohsulgaitso (itso)
nuhwahamkae lamyun

Takde tajuk..

Selamat pagi semua.. & selamat bangun untuk menunaikan solat subuh...

Hah.. awal benor nenek post entry hari ni.. Ni semua sakit perut punye pasal... Semalam sakit perut sebab nak present paper, hari ni sakit perut sebab terlebih makan makanan pedas & sebab ehemm2... Petang tadi habis je conference, OK lagi.. sempat la tido sejam dua.. Masuk malam je, mata ni segar memanjang.. Nak writing thesis rasa malas teramat. Sudahnye melagho saje lah depan laptop...

Mula-mula try baca online paper, pastu masuk kat twitter, last skali melekat plak kat ruang forum (gosip) artis korea.. Nenek sangat tertarik dengan isu hangat 1 kumpulan wanita ni.. Dulu berlima, sekarang tinggal 4 je.. Tapi officially, group ni masih 5orang.. Tak lain & tak bukan..... f(x).. 

Baru-baru ni nenek memang addicted nak dengar lagu dorang.. memang best.. Boleh la nak kata lain dari group wanita lain.. Sekali imbas group ni macam ada 4 perempuan & 1 lelaki, tapi sebenarnye semua mereka tu pompuan..  Ok, cukup tu.. rasenye ramai pun dah tau kan... & isu hangat pasal group ni mesti si 'unnpa' Amber, rapper f(x).. Semua peminat die asyik dok tanya bila dia ni nak join balik f(x).. sakit kaki tak baik-baik sampai sudah.. 

Ok, malas nak cerita panjang sebab nenek pun tertanya-tanya jugak ape sebenarnye yg SME (recording company dorang) ni plan untuk Amber.. Album baru dah nak keluar tapi dia tak terlibat langsung.. Kalau dia dah keluar, kata saja dah keluar. Bagi official statement. Kalau betul masih dlm f(x) macam yg SME bagitau, at least suruh dia balik Seoul cepat.. 

huh.. emotional plak.. hahaa...

Thursday, October 7, 2010

H... Physics...

Borak dengan kawan lame....

"Ko ambik course ape mase degree dulu..?" kata kawan lame..

"health Physics..."

"uish... kot ye pun ko x suke fizik tu tak yah la kate gitu..."

"????..."

"ye la... ko cakap je la ko ambik fizik.. tak payah la kate HELL PHYSICS.."

"erkkk......."

Salah paham ke sound trouble? aiyarkk...

Tuesday, October 5, 2010

Good Luck to yoU...

PMR... PMR... PMR.... hari ni start dah exam PMR.. kepada adik-adik, anak- anak sekalian selamat menjawab soalan dengan tenang..

Untuk adik nenek, AYU FARHANA AB RAZAK, good luck sis..! I wish u all the best..!

zaman berubah................?

Orang perempuan belajar tinggi-tinggi pun, nanti akhirnya ke dapur jugak...

Haa.. selalu kan kita dengar dialog camni.. Biasanye orang-orang tua je yang kata gitu.. Nenek tak tau la ape maksud tersiratnye. Tapi kalau ikut makna yang 'direct to the point', memang betul la kan.. terutama sekali bagi perempuan yang dah berkahwin. Tinggi melangit mana pun belajar, besar jawatan mana pun disandang, tetap kena masuk dapur, masak untuk family.. Takkan semua nak harap kat orang gaji..?

Tapi nenek tersangat la hairan, kenapa orang-orang tua suka bangkitkan isu 'belajar tinggi-tinggi' dengan 'dapur' ni.. Perempuan tu layaknya duduk kat dapur saje ke..? duduk tempat lain, tak boleh? huhuuu... Sekarang ni pun orang sibuk BELAJAR TINGGI-TINGGI UNTUK DUDUK KAT DAPUR.. Yela kan, nak jadi Chef yang hebat, berilmu & mantop kena la belajar tinggi-tinggi.. Tak gitu..?

Jadi lepas ni wahai makcik-makcik sekalian, tak payah la timbulkan isu berbangkit ni kalau ada anak-anak sedara perempuan yang teringin nak sambung belajar.. Biarkan.. belajar tu kan ibadah.. Belajar la sampai ke negeri China.. kan kan..?

Dan lagi, tak payah risau dengan teori 'Perempuan belajar tinggi, gaji besar... BERAT JODOH...!' Semua manusia yang lahir di muka bumi ni dah ditentukan jodohnya.. Cuma cepat atau lambat je bertemu jodoh tu.. Kalau jumpa cepat, nikah cepat. Kalau jumpa lambat, SABAR.. Banyak lagi benda yang perlu kita fikirkan selain dari masalah bertemu jodoh ni..

Conclusion >> Perjalanan hidup setiap orang berbeza. Kejayaan yang kita kecapi pun berbeza. Setiap keputusan, ada risikonya. Kalau takut menanggung risiko, tak payah buat keputusan. Jadi je batu kat tepi jalan!

Monday, October 4, 2010

sudden thought...


Tengah dok mengapal script untuk presentation khamis ni, nenek tibe2 terfikir.. 


"Ape nak buat lepas habis belajar ni..?"

"Nak keje ape..?"

"Nak keje kat negeri mane? Johor ke, Melaka ke, KL ke, Pahang ke..?

"Nak beli kereta ape..?"

"Nak kawen mase umur berape..?"

"Nak sambung belajar lagi ke..?"

Ahhaa.. sambung belajar.. "Kat mane..?" "Jepun? Korea..?"

Wahh.... seronottnyerrr kalau dapat gi sane....! & sekali lagi nenek berangan.. korea.. korea.........





f(x) La cha Ta

rahsia vs kongsi..

Semua orang ade rahsia.. Rahsia besar, rahsia kecik, biarlah rahsia.. huhh.. macam-macam.. Tapi kalau ye pun sesuatu tu rahsia, jangan la buat sesuatu yang mencurigakan sampai menimbulkan syak wasangka orang lain.. Nak berahsia, terpulang la pada kamU, tapi disebabkan rahsia kamU ni, nenek sangat curiga dengan ape yang kamU rahsiakan.. Bukan niat nenek nak jage tepi kain kamU, tapi.... ermm... nenek cuma curiga.. gerak-geri kamU mencurigakan..! ok, i think it's enough to think 'bout u.. none of my biznez.. cett...

kisah ika dan tudung..

Bila budak kecik minat berfesyen... ermmm.... haru dibuatnyerr.. Mulut memang dah sedia maklum kepoh, bila masuk pasar malam, habis semua dia nak try... layankan aje la...

first try.. ermmm....

try selendang ct plak..


selongkar lagi.. carik color lain....

Akhirnya.... comel..? comel la tu....


diari nenek

kawan nenek