Monday, May 30, 2016

random

Manusia dengki ni, kalau orang tu tak berharta, tak ada nama, bukan anak orang besar-besar, bukan dari golongan "ada-ada", nampak tak setaraf dengan dia (entah apa kayu pengukur 'setaraf' dia tu?), tak pandai bodek, penampilan pun tak sehebat dan semahal dia.., cepat je nak buruk sangka, mahal terus senyuman dia. Macam lah dia akan jatuh papa kedana hanya kerana senyum.

Manusia.. Manusia...

Tuesday, May 17, 2016

akhir

untuk kali ni je, izinkan aku merintih. kali terakhir dalam diari sendiri. penatnya Ya Rabb rasa jiwa raga zahir dan batin ni. rasa macam "Ya Allah, dugaan apa yang Kau cuba sampaikan? Hikmah apa yang Kau selindungkan Ya Tuhan? Tabahkan aku supaya aku sentiasa dalam landasanMu."
sesaknya nafas bila setiap langkah perlu fikirkan orang lain. perlu timbang-timbang penilaian orang. sakitnya jiwa bila jasad ditikam tapi tak daya nak bersuara. rasa pekik lolong cuma bergema dalam rongga tapi tak siapa dengar.
peliknya rasa bila tak tahu nak gambarkan perasaan. bila otak dan kata macam orang gila, kadang sedih kadang ketawa. tangis pun sekadar menggogoi-gogoi bersama-sama canda. ada sesetengahnya percaya lakonan aku realiti aku. ada segelintir, aku tak mampu sorokkan rasa aku yang sebenar.
aku nak menangis tapi aku tak pasti apa yang perlu aku tangisi.
aku nak bersuka, tapi aku tak pasti perkara apa yang perlu aku rai.
aku nak lari jauh tapi siapa yang perlu aku hindari?
aku nak sembunyi tapi kenapa tak hadap saja realiti?
tapi realiti apa?
bingung.
sesekali, Ya Tuhan, izinkan aku pentingkan diri aku, untuk aku, dan fikirkan aku saja. waktu aku tak terdaya dahulukan mereka semua lebih dari aku, Kau bantulah aku Ya Tuhan.
sesekali, izinkan aku lena tanpa mimpi.

Saturday, May 7, 2016

Page berapa?

Eiiii lama sangat tak menulis ni!!!! *mukadimah bajet-bajet blogger hangat-hangat karipap sardin. Adoi apa aje la yang sibuk benar sampai lama tak sempat luahkan perasaan dalam diari sendiri agaknya. Ada je perkara yang berlaku setiap hari, tapi hal yang kecil-kecil. Rasa macam tak perlu semua nak dok simpan dalam diari. Tapi tadi *sambil golek-golek fikir esok nak buka puasa apa* bila fikir-fikir balik, benda-benda yang kecil yang berlaku hari-hari ni la akan jadi sesuatu yang besar maknanya suatu hari nanti. Kan?

Jadinya, aku putuskan untuk tulis jugak dalam diari, sebagai kenangan aku sendiri nanti.

Pertama, 'cinta hati' baru aku.. Remy.. Kehkehhh.. Kemain nama Remy. Ini bukan takat remy ishak.. Tapi merangkumi semua waktu, subuh zohor asar maghrib pakej dengan dhuha sekali! Hehee.. I love u Remy. Banyak dah melabur dan terlebur dekat awak tu, jangan cari pasal pulak.

Kedua, penat yakinkan dan janji macam-macam akhirnya kakak akan menamatkan 'zaman bujang' sekali lagi. Alhamdulillah akak pun dah jumpa cinta hati dia. Harap-harap semuanya akan baik-baik saja. Semoga kekal till jannah bak ayat pickup line cheyacheya tu. *tangan kat bahu mata ke atas*. Ada bau-bau macam pelamin muat untuk empat orang sekali sanding. Kalau betul pun apa salahnya kan? lalalalalaaa....

Ketiga, tahniah dayah nak sambung belajar. Biar lambat, asal selamat perjalanan menuju destinasi.

Keempat, pengalaman tak best. Pengalaman kerja. Malas nak elaborate panjang-panjang. Cukup dengan satu perkataan akan buat aku teringat sampai bila-bila. Saka. Aku doakan semoga ada kesempatan untuk belajar dari kesilapan dan ketepikan keegoan. Aku juga doakan semoga Tuhan lembutkan hatimu wahai 'kawan'. Aminnnn... *Ya Allah, makbulkanlah doa hambaMu ini.*

Dan terakhir, aku pun belajar sesuatu. Selalu sangat meminta-minta. Minta dijauhkan, minta didekatkan. Dan aku rasa doa-doa aku telah pun ditunaikan. Walaupun apa yang aku bayangkan menyimpang dari apa yang aku doakan, tapi aku yakin itulah jawapan yang Tuhan nak tunjukkan. Cuma aku je sebagai manusia yang lambat nak sedar dengan hikmah ni semua. Ampunkan aku Ya Allah. Aku redha. InshaAllah.

Ok. Selamat malam.

#page128

diari nenek

kawan nenek