Wednesday, October 31, 2012

dua tiga



Semua orang (mungkin) ada nombor bertuah. bertuah ke, kesukaan ke, tak kisah la mana-mana. pun boleh. 23 pada nenek sangat unik. 23 selalu di kaitkan dalam banyak perkara. dalam bidang numerology, astronomy, biologi, matematik, muzik, waima sejarah-sejarah dulu pun dikaitkan dengan tarikh 23 atau mana-mana nombor yang hasil tambahnya =23. kepercayaan illuminati pun dikaitkan dengan nombor ni. Semakin banyak baca pasal 23 ni, semakin nenek rasa celaru.

Dalam salah satu artikel ada menyebut "when you start looking something you tend to find it." memang betul la tu. tengok jam, nampak 23. kat traffic light nampak 23. tengok nombor plat kete orang lain, 23. siap kira & tambah semua nombor jadi 23. even tweet timeline pun selalu dah masuk 23 tweets baru la teringat nak baca.  mungkin sebab terlalu fikir nombor ni. huhuu.. rase macam misteri nusantara pulak.tapi macam seorang teman kata,

"cuba fikir pasal nombor lain pulak, mesti kau akan selalu jumpa jugak." ya, dan percubaan itu berjaya. bermula dua minggu lepas, nenek cuba fikir tentang nombor 12 (kenapa? tak ada sebab. trial je kan..). dan-dan selalu la sangat jumpa nombor tu dekat mana-mana. single number 12 or sum number equal to 12. hah, maknenye tak ada la misteri dan berhantu sangat nombor 23 ni. nombor apa-apa pun sama je. as long as kita fikir atau mengharapkan yang kita akan lihat nombor tu.

So, tak ada conclusion hari ni. fikir lah sendiri. Lepas ni nak fikir pasal research je dengan harapan diri akan lebih bermotivasi dan mampu memotivasikan orang lain.

sumber : why is no.23 so special neurology:23 enigma illuminati code weird facts about the 23 the cosmic secrets of 23



>>Nak suka boleh, tapi jangan percaya la.

CT

cuba untuk mengerti



bila harus memilih




cinta tak berganti



tanpa dendam


bisakah



Tuesday, October 30, 2012

S.E.R.I

Aku pandang kanan, aku pandang kiri,, kosong. aku berjalan setapak lagi, ku lihat sinar. jauh, berbalam-balam. jalan menuju ke sinar berliku-liku, agak mencabar. aku tak pasti samada aku mampu untuk berdiri di tengah-tengah sinaran megah itu. Ala cak pong cak pong!

-

Janganlah jadi orang yang pentingkan diri sendiri. cuma nak dengar apa yang kita nak dengar. cuma nak kata apa yang kita nak kata. cuma fikirkan apa yang kita nak fikir. cubalah sekali sekala berikan ruang dan peluang untuk orang lain pulak berkata-kata. dengarkan tutur mereka. fahami fikiran mereka. hanya tahu nak marah saja bila ada yang tak kena pun tak guna juga. tak kan ada masalah yang akan selesai kalau kita asyik nak marah. bukan tak boleh marah, tapi ada batasnya.
semua orang ada buat silap. silap kita sendiri mungkin kita tak sedar sebab terlalu asyik menghukum orang lain. lalu, apakah kesalahan kita ini, orang lain tiada hak untuk marah?
wajah yang tenang, aku selalu lihat wajah dia yang tenang. senyum selalu dan pandai mengambil hati. tapi dalam hatinya, terbuku keresahan, mungkin. kami rapat tapi kami jauh. dia bukanlah seseorang yang suka meluahkan apa yang di rasakan, jauh sekali menghukum orang yang telah menghukum dirinya. setiap kali ada yang 'marah', wajahnya tiada ekspresi. aku tak tahu samada dia turut marah, sedih, kecewa, atau dia mengakui kesalahannya. aku tak pandai membaca isi hati orang lain. kalau kau ingin luahkan isi hati kau, luahkan saja, aku sudi mendengar. jauh tak beerti kami tak peduli. jauh tak beerti akan dilupakan. jauh inilah yang akan lebih mengeratkan hubungan.

-

Minggu lepas, dengan semangat waja dan berkobar-kobar, nenek beli ubat mujarab untuk turunkan berat badan. belum lagi sempat mencuba keberkesanan produk tersebut, nenek dikejutkan dengan beberapa artikel mengenai produk tersebut yang dikongsikan melalui laman2 sosial. (wahh, ayat reporter sudah).. Apa lagi, disamping perasaan terkejut tersebut, nenek pun jadi sedikit was2 dengan kesahihan berita terbabit. sebelum membeli, nenek cuma baca testimoni pengguna2 produk saja. semuanya beri komen yang positif. berat badan turun dan macam2 lagi yang positive comments hendaknya. tapi lepas je baca artikel yang dikeluarkan dr kkm, nenek rasa baiklah nenek tidak meneruskan niat nenek yang berkobar-kobar tempoh hari. Nanti dibuatnya, mula-mula je berkobar, akhirnya malap. tak ke naye tu. tak pe lah, dah terbeli. rm90 melayang takpe, jangan nyawa melayang. nak kurus punya pasal, tak fikir panjang. ishk kamu ni..

-

>> mengidam steamboat & grill kat tebrau...

Wednesday, October 24, 2012

semalam yang lalu, kami di uni..

Mengemas  folder yang bersepah dalam external hard disk.. Oh, sekarang waktu lab tapi tak buat keje lab. huhuu.. (tak rajin).. Sambil2 tu selak balik gambar lama-lama, terjumpa beberapa keping gambar dengan kawan-kawan masa degree dulu.



Masa ni kami first year degree. Hidup happy je. Petang-petang main futsal, handball, badminton, ping pong.. Kalau dah bosan sangat, kami main bola beracun. Heaven la sangat masa ni. Assignment pun tak banyak.


Gambar kat tangga HEP ni paling nenek sayang. Fikes nite, organized by our senior. Masa ni still happy-happy lagi. Tak banyak masalah. First year la katakan. Freshie lagi.. hehee

Bila masuk second year, semua dah start jadi tak normal. huhu.. Kelas banyak. Pagi petang. Kurang sikit masa nak balik kampung. Tapi masih enjoy lagi walaupun banyak assignment. Maklumlah, jusco tmn U dekat sangat. Tak elok la kalau kami tak pergi melawat ke Jusco nan sekangkang kera tu. kan kan?


oh, masa ni nenek kurus. Pernah kurus. hahaha!


Masa tu baru 2008.
Dah third year. Mula la kami busy. Bukan busy dengan final year project, tapi busy dengan lawatan. Asyik cancel kelas semata-mata nak gi lawatan bagai. huhuu.. sabo je la.. Pernah sekali tu, buat lawatan ke Putrajaya, kononnya nak dengar conference pasal tenaga nuklear, tapi sampai-sampai dah tengahari, kami terus gi lunch. Lepas lunch, lecturer suruh balik. huhuu.. Takde input berguna yang kami dapat kecuali 'posing2 ambil gambar je'.. ^^




Waktu ni terasa diri sangat senior. hehee.. Kenangan paling tak ley blah, masa bulan puasa semester akhir. Boleh plak kami bantai main mercun dan bunga api dalam kolej. Dah senior sangat la tu. Tengah seronok2 baling mercun bola, kami dengar orang jerit kat kami, 

"Oiiii! korang buat ape tu hah?!"


Dah tentu2 dengar bunyi mercun, mesti la kami tengah main mercun. Takkan main masak2 pulak.
Ape lagi, sebelum pengetua sampai, kami pun,,

"Cabuttt!!!"

heh..

Akhirnya, viva..



Penasihat akademik belanja makan sempena kejayaan kami setelah tamat viva.


Dah dekat nak habis final exam, bersungguh ambil gambar dekat tasik dengan gang2. Maklumlah, lepas ni masing2 dah nak grad.


>> ..dan kini, aku masih di uni, sendiri, mencipta kenangan aku sendiri. Hari ini akan dijadikan kenangan 'semalam yang lalu, aku di uni..'


SixthSense - Altar Cinta


Lirik : Altar Cinta

Luruh hatiku
menjadi puing-puing yang tandus
kala terjatuh saatku jalan dalam kehidupan
deras merayu kepada satu cinta abadi
malam menjadi altar cinta
yang lebih mendalam

c/o Kesal bukan satu jawapan
hanya cintaMu beri sayap
Tak mampu ku hidup tanpaMu
ku lemah jauh dari cintaMu
saat pedang takdir menghunus
Hanya Engkau sayapku

Monday, October 22, 2012

have no specific post title

"puts on a happy face to hide your sadness."

Nenek tak pandai buat macam tu. bila nenek nak marah, nenek marah (dalam hati), bila nenek bad mood nenek tak senyum. bila nenek rasa nak nangis nenek nangis. bila nenek kecil hati nenek diam.

Yang pastinya, bila nenek tak happy nenek tak akan pura-pura buat muka happy. Apa yg terbuku dalam hati nenek ni orang lain senang nak teka. Facial expression nenek je dah menjelaskan semuanya. Tak macam segelintir orang yang sangat bijak mengawal perasaan diorang. Bila sedih, senyum saja. Bila banyak masalah, semakin kuat dia ketawa. Bila jiwa kacau, makin banyak lawak yang keluar. Kita pun kadang-kadang tak sedar mereka sebenarnya dalam kesedihan.

Bagi nenek, bila sedih, kita sedih la.
berkongsi kesedihan dengan orang yg benar2 tahu apa itu kepedihan.

Bila bahagia, kita tersenyum & ketawa.
berkongsi kegembiraan dengan sesiapa saja. sebarkan rasa gembira itu.

begitu ke?

i will stop thinking about  'problems' when i stop breathing

LOL

>> to make it less serious post, i'm purposely put that 'lol'. end

Wednesday, October 17, 2012

12:34 pm

Berlari-lari anak dari car park ke lab. Dalam kepala, macam-macam yang nenek fikir. Banyak betul kerja belum selesai. Dengan assignment yang tiba-tiba membukit. Kerja lab, tak usah cerita. Satu apa pun tak buat lagi.. Banyak plan, tapi tak mengikut plan yang dah dibuat. sigh. aiza aiza...

Tak ada siapa nak tolong motivate diri. Motivation dari diri sendiri? ermm ermm emmm.... Semangat yang datang macam angin bertiup. Sekejap je kencangnya. Bila dah tak ada angin, sunyi sepi,, panas. Mula la rimas dan rasa bosan.

Seriously, tolong la fikir pasal masa depan kau, aiza!

>> 12.34 tu masa nenek mula menulis, tapi baru sekarang selesai menaip sebab banyak sangat iklan 'racun perosak' tadi. Orait, kelas! ting tong!!

Monday, October 15, 2012

Tahniah!

Seronok tengok kawan2 konvo beramai-ramai. Nenek sensorang je hari tu.. huhuu.. Takpela, dah lepas pun. Buat semua yang bergraduasi sabtu lepas, nenek ucapkan tahniah sekali lagi. Lepas ni berjuang habis-habisan untuk PhD pulak.. Gambate!

Cik Muni sponsor kek pre-konvo.

Pre-convo pic tepi tasik.. skali hujan daaa....

dgn kak theya

theya, ila sabri, maz & aween..

dgn ezza

Lepas makan, semua muka happy je..

kak melah & puzi

puzi & kak pah..

Ngam2 sampai hostel, hujan lebat mencurah-curah.. Siap angin bagai. Apa lagi, hibernate la. Kesian kat depa yg konvo seisi petang..

Malam, gi pesta konvo plak. 

Ada pulak kolam2 macam ni. Dah macam Running Man pun ade.. hehee.. tp syg, budak2 je boleh main.. sigh!

Sekian. Tahun depan berpesta lagi.. ^^

>> Belum sempat nak lawat semua gerai kat pesta konvo. Tunggu last day, harap2 ada jualan murah. hehee...


Thursday, October 11, 2012

Nenek Kebayan

Sila tumpukan perhatian anda semasa di dalam kelas. Abaikan segala gangguan. Jika tidak, inilah natijahnye. 

Ermm,, patutlah sejuk semacam. Hujan lebat rupenye.. ZzZzzz
addicted dengan  benda polka dot neh..


Nota ni boring sebab banyak nombor, equation, tulisan lecturer yang sangat berseni dll..


Member sebelah tekun melukis.. tapi ini bukan kelas melukis, adv. condenced  matter kot..



Wednesday, October 10, 2012

Masih di Lab..

Pukul 6.45 pm, masuk lab semata-mata nak emailkan markah final pada penyelaras. Nenek lupa plak nak buat soft copy markah yang dah siap kira semalam kat dalam pendrive. Padan la muka.

 Dari pagi, celik mata je, aktiviti nenek penuh dengan agenda yang tak berfaedah (berkaitan pengajian). Ke hulu ke hilir je dgn kwn. Sudah la tak masuk lab pagi ni. Busy memanjang. Sampai sakit kaki & kepala.

Pagi,
> Gi pusing taman U survey harga bateri kereta.
> Tolong sibuk2 tukar bateri kereta kwn, dalam uni.
> Gi taman U balik, trade in bateri lama tu

Petang,
> Gi produa nak servis kereta kwn, tp lunch hour time la plak.
> Jalan2 kat angsana, temankan kwn carik kasut utk konvo
> bayar bil
> servis kereta

sampai bilik dah lambat. Carik hard copy, soft copy markah tapi tak jumpa. Dah kalut sebab esok meeting penyelarasan markah. Telan liur 3 saat. Siap2, trus gi lab. La ni, lepas email markah, update blog jap. Maghrib dah. Nak balik hostel. Lepas Isya' kang nak sambung lagi aktiviti tak berfaedah kat padang kawad.
Malam ni ada perasmian konvokesyen ke 49. Ade Dato' CT oo.. mesti datang ni.




Orait.. Maghrib...

Tuesday, October 9, 2012

U are 25 dear!

[Warkah buat BFF]

Assalamualaikum. Kehadapan BFFku, semoga hari ini BFF happy macam selalu. BFFmu ini jauh di JB, BFFku pulak jauh diBP (mcm jauh sgt la kn).. nampaknya sambutan ulang tahun BFF kali ini, kita sama2 sambut jarak jauh ajelah ye..

Pejam celik, pejam celik, sebenarnya dah hampir 10 tahun kita berBFF, sejak kita sama2 umur 16 tahun. Sekejap betul masa berlalu. Rasanye macam baru semalam aku tegur kau dalam kelas masa first day kita masuk tingkatan 4. Ayat first aku, "meja sebelah kau ni kosong kan? aku duduk sini la ye." Kau pun dengan muka blurr bagi je aku duduk sebelah kau. Maklumlah, tempat duduk aku mula-mula berhimpit 3 orang dengan  Am dan Goku. Lagipun aku kesian tengok kau duduk sorang2. hahaa!

Sejak hari tu, bermula la episod BFF kita. Sorry BFF, first impression aku pada kau memang negatif. Mula2 aku ingat kau ni skema & poyo sikit. Ye la kan, kau kan pemegang takhta Setiausaha kelas sejak form 1 lagi. Baju pun kemas je. Dari form 1 sampai form 5 asyik dok kelas Z je. Harus la aku fikir kau ni skema. Tak macam aku yang asyik naik turun kelas T & Z.. huhuu... Tak sangka pulak perangai kita serupa. Cuma aku ni behave sikit, kau behave sangat. Ye la kan, budak skema. Hahaha! (jangan marah BFF, ni pengakuan jujur dari BFFmu..)

BFF,
Aku rindu la zaman belajar dulu, zaman kita sama2 kejar impian, compete sesama sendiri. Masa sekolah, aku selalu emo kalau markah aku rendah dari kau. huhuu.. Childish sgt. Sori! Lepas SPM, terpisah setahun sebab masing2 pilih kolej matrikulasi yang berbeza. Sedih time tu. Rasa macam kena tinggal pakwe. Masing2 jiwa kacau. Nasib baik la kita dapat harungi waktu kritikal tu dengan tabah. Habis matrik, kita sama2 apply UPU, dari pilihan 1 sampai la pilihan 8 semua nak sama. Dah rasa fobia kena harungi hidup sensorang macam kat matrik. And miracle happened. Kita terpilih sambung course yang sama di uni yang sama. Mana taknye, result matrik pon lebih kureng je. hehee... Masa degree, kita compete lagi. Waktu tu, aku cuma ada kau, kau cuma ada aku. Persetankan orang lain. Akibatnya, banyak la update yang kita tak tau. hehee... 3 tahun, sekejap je kita dah grad. Konvo sama2. Naik pentas sama2. Dan tahniah sebab final sem kau dapat dekan.. (aku tak.. sobsob.. betul kata Dr Jasman, 0.1 tu membezakan A dengan B. Padan muka aku.. huhuu)

Sekarang, 
Kau hampir berjaya dengan sarjana. Kau bakal pendidik. Aku baru nak bermula sekali lagi. Aku pun bakal pendidik. Suatu hari nanti, kita sama2 mendidik anak bangsa. Bidang yang kita pilih ni tak jauh beza kan? Betul apa org kata, "kawan akan mempengaruhi kita. Sama ada kita menjadi seperti mereka, atau mereka menjadi seperti kita.."
Sekarang, kita lebih jelas dengan apa yang kita mahukan untuk masa depan. Masing-masing mulakan langkah dan bawa haluan. BFF tak semestinya kita perlu bersama sampai bila2. Cukuplah selagi kau masih ingat aku sbg BFFmu dan aku akan tetap sayangkan kau sbg BFFku. Impian aku, semoga kita sama2 berjaya mengejar impian kita dan andai suatu hari nanti kita masing2 dah berkeluarga, aku harap kita dapat 'turunkan' persahabatan kita ini pada anak2 kita. hahaa!

Aisha,
Selamat ulang tahun ke 25. Semoga pengajian kau berjalan lancar, dimurahkan rezeki yang halal, berbahagia bersama orang2 tersayang, jodoh berkekalan dengan bakal suami tercinta.. Maaf, kali ni juga tak dapat nak sediakan kek yang visible. hehee.. One fine day, kita celebrate birthday kau, aku & pape saje lah  special day anniversary kita. InsyaAllah..

HAPPY BIRTHDAY SHA!

makan sama

ko-q sama

gi jusco sama

kelas sama

buang masa sama

lab sama

bisnes sama


Friendship isn’t a big thing – it’s a million little things.

>>aku tak tau nape aku sebak tulis entry ni utk kau. Mungkin sebab dah banyak hal yang kita lalui sama2. 10 tahun bukan tempoh yang sekejap... sobsob...

Monday, October 8, 2012

..scarecrow..

Hey you
standing there
alone,,
doing nothing
but staring the stone

Hey you
crow might afraid of you
once,,
they thought that you're real
then realize
that you are nothing
but fake human
standing alone

Hey you
nothing special
no joy
no soul
but just standing there
alone
like a fool..

Friday, October 5, 2012

Semoga dirahmati...

Holy Friday..  kelas lagi macam biasa. super busy, terasa kembali ke alam first degree dulu.. Kehidupan hari ini dan seterusnya, moga ada anjakan paradigma (ecehh..!) & di permudahkan segala urusan. Amin

Thursday, October 4, 2012

Kelly Clarkson - Dark Side



There's a place that I know
It's not pretty there and few have ever gone
If I show it to you now
Will it make you run away

Or will you stay
Even if it hurts
Even if I try to push you out
Will you return?
And remind me who I really am
Please remind me who I really am

Everybody's got a dark side
Do you love me?
Can you love mine?
Nobody's a picture perfect
But we're worth it
You know that we're worth it
Will you love me?
Even with my dark side?

Like a diamond
From black dust
It's hard to know
What can become
If you give up
So don't give up on me
Please remind me who I really am

Everybody's got a dark side
Do you love me?
Can you love mine?
Nobody's a picture perfect
But we're worth it
You know that we're worth it
Will you love me?
Even with my dark side?

Don't run away
Don't run away
Just tell me that you will stay
Promise me you will stay
Don't run away
Don't run away
Just promise me you will stay
Promise me you will stay

Will you love me? ohh

Everybody's got a dark side
Do you love me?
Can you love mine?
Nobody's a picture perfect
But we're worth it
You know that we're worth it
Will you love me?
Even with my dark side?

Don't run away
Don't run away

Don't run away
Promise you'll stay

Don't trust me coz I'm not going to trust u either..

Sikap manusia ni pelik. lagi pelik kalau ada manusia pelik. nampak kelemahan orang lain, tapi tidak pada diri sendiri. memang, nenek pun ada banyak kelemahan. orang ada kata "rate yourself first before rating others".. nenek taknak 'ukur' orang lain, nak 'ukur' nenek,, silakan. kadang-kadang mulut ni memang ada tersasul, tersasul pada benda2 yang tak berkenaan. masalah orang, akan jadi masalah sendiri. dan masalahnya diri nenek, sama macam masalah kebanyakkan orang negara ni. susah nak berterus terang. memang sikap kita, suka nak pendam. nanti lama-lama, mula la ada yang terasa.

Hidup dalam kongkongan manusia yang tak ada kena-mengena (dari segi pertalian darah waima kekasih) dengan diri kita pasti buat kita rasa rimas. macam nak invisible. hilang terus dari hidup manusia pengongkong. manusia yang mengongkong mungkin tak sedar dia ni mengongkong hidup orang lain. atau sebenarnya sedar, cuma buat-buat tak sedar. ingat la, terlampau baik dengan orang lain, kita akan di pijak. dan paling sadis, orang lain akan rasa menyampah dengan sikap 'terlampau baik' tu..

Orang lain akan fikir, "haiikkk, jadi baik pun salah? Itu pun nak menyampah?"

Yessssss! memang nenek tak suka. memang nenek menyampah. tolonglah jangan jadi terlampau baik yang melampau. baikmu ada agenda rahsia. jangan kongkong nenek. nenek tak suka. dan,,, tak semua benda yang nenek lakukan, nenek perlu dapatkan kebenaran darimu. tak semua benda kita perlu bersaing. dan tak perlu iri dengan nenek sebab nenek tak ada apa yang perlu di'iri hati'kan.

Cukuplah.. nenek dah letih.

Wednesday, October 3, 2012

Tuesday, October 2, 2012

Stacy - Pelangi Senja


Pagi lagi, lambat lagi nak tunggu senja...
Layannn....!


Ku bermimpi engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta
Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Ku terjaga dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...
Merintih perasaan ini,
Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...
Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Kini hanya, tinggal kenangan,
Hanya waktu menentukan,
Kita kan bersama...

Monday, October 1, 2012

Now or Never

Semester baru! Haipp!!! Lab penuh dgn student baru. Skali register bukan nak beragak, masuk ramai2. Akibatnye, work place nenek dah kena 'rembat'.. Baru la plan nak merempat gi lab lain, tapi masuk2 je pagi tadi junior tegur, "kak aiza eh? nanti sy kemas barang saya kt meja akak ye.."
Wahh..! nenek tak halau ye, junior tu yg rela nak beralih meja. hehee.. The power of senior. Haha! (gelak jahat) Dalam lab ni nmpaknya nenek la paling senior tp syg, nenek cuma reti guna laser nenek je. Laser lain, operator lain. Nenek tak blaja semua. huhuu... rugi2..

Anyway, dah start sem baru, dah start sibuk. First thing first, nenek nak kena settlekan edit paper ni, buat paper baru & try hantar paper baru. Yang pastinya sem ni nenek nak memburu seberapa banyak impact factor yang boleh.! Yakin boleh! Aiza boleh!



Conclusion >> cepat2 siapkan project. Dah sem 2 ni, buat sekarang atau kau akan menyesal sem depan.

diari nenek

kawan nenek