Wednesday, December 14, 2011

Lady Antebellum - I Run To You


Lyric

I run from hate, I run from prejudiceI run from pessimists, but I run too lateI run my life or is it running me, run from my pastI run too fast or too slow it seems

When lies become the truthThat's when I run to you

This world keeps spinning fasterInto a new disaster so I run to you, I run to you babyWhen it all starts coming undoneBaby, you're the only one I run to, I run to you

We run on fumes, your life and mineLike the sands of time slippin' right on throughAnd our love's the only truthThat's why I run to you

This world keeps spinning fasterInto a new disaster so I run to you, I run to you babyWhen it all starts coming undoneBaby, you're the only one I run to, I run to you

Whoa, oh, I run to you

This world keeps spinning fasterInto a new disaster so I run to you, I run to you babyWhen it all starts coming undoneBaby, you're the only one I run to, I run to you, I run to you, yeah

Whoa, oh, I run to youI run to you girl, whoa

I always run to youRun to you, run to you


Friday, December 9, 2011

Terima Kasih Sayang-sayangku

Buat ayah yang selalu sabar & tenang menghadapi kerenah anakmu ini., terima kasih banyak2.. segala pengorbanan ayah dari segi masa, tenaga dan wang ringgit amatlah di hargai sepenuh hati.. InsyaAllah kalau 'semua'nya dah stabil, ayah tak perlu bazirkan lebih banyak masa, tenaga & wang ayah untuk anakmu yg sorang ni saja. boleh la lebih fokus pd anak2 yg lain.. huhu...

Buat emak yang ku kasihi.. terima kasih sebab selalu tolong selesaikan kerja2 rumah yg tak terbuat oleh anakmu ini di sebabkan kekangan masa anakmu ini yg agak melampaui batas.. terima kasih sebab mak sudi masak, tlg basuh baju, lipat baju & kadang2 kemaskan bilik anakmu ini..TQ mak..

Buat mak dan ayah.. terima kasih sebab faham keadaan anakmu ini yg 'tak terurus' & fikiran yg selalu 'serabut'. Jiwa kacau la mak, ayah.. Maklumlah... baru nak 'mulakan' hidup..

Buat adik2.. Trimas arigato sbb sanggup 'bagi lebih' perhatian mak ayah yg sepatutnya korang dapat pd kakakmu ini yg mmg perlukan 'perhatian'.. takpe, bila semua dah OK, kakakmu ini akan 'pulangkan' balik perhatian yg berlebihan tu pd korang2 ya.. banyakkan bersabar. Kakakmu ini perlukan sikit masa lagi. Sebulan dua mungkin.. Buat kakak & abg, thanks sis & bro for your 'help'.. korang dah rasa kan macam mana azabnya membina kehidupan, jd tq krn sudi memahami situasi adikmu yg baru kenal erti 'hidup ini indah'..

Buat yg tersayang.. ops.. belum ade.. tak pe..relax je.. Buat Mr. Boogie, tuan mu ini akan segera mendapatkan kamu kembali.. jgn 'sedih' ya..

Akhir kata, terima kasih untuk semua yg menjayakan kehidupan saya pd hari ini, esok dan akan datang. Syukur kepada Tuhan..

Friday, December 2, 2011

Kerja VS Study

Dah masuk hari ke4 nenek datang kerja hari ni. Hari2 masuk opis kol 8am. Hari2 dok mengadap jalan jam pergi balik. Tapi x kesah sbb stakat hari ni bkn nenek yang drive. Tiap2 pagi kena bangun awal gile, masak air, buat air, buat mandi air panas sbb kat rumah takde heater.. huhuu... Tiap2 hari kena migrain sbb student banyak 'bunyik'.. Ni belum start kelas betul2 nih. Masuk next week rasenye huru-hara lah hidup nenek. Betul lah kata kawan2 yang dah keje, 'jadi student lg sronok'.. Mmg pun. Zaman nenek study, (ceh, mcm dah berzaman je habis blaja. padahal baru last month 'resign' jd full time student) takyah fikir nak datang lab/class awal. kalau stakat kol 8, badan still berbungkus dgn selimut lg. Kol9 baru la bangun. Itu pun kalau rajin. Kalau malas, lepas Zohor baru kluar rumah gi lab. Kalau malas lagi before Asar dah balik rumah. Seronok je time tu. Ikut suka hati nak buat apa. Tapi sekarang....... ermmm..... Nak buat cane kan? Makan gaji. Kena la buat keje. kalau tak nanti tak berkat plak duit gaji tuh...Kalau tak keje tak dapat duit pulak.. Hadoilaa.... Sabar2...

SELAMAT BEKERJA KEPADA SEMUA... Dah hari Jumaat pun. Esok cuti naaa... Yipppiiieeeee!!!!!!

Selamat Pengantin Baru Awien&Zam

Sorry for the late update dear.. Neh aku letak gambar korang bersanding atas pelamin..



TAHNIAH2 ^^

Saturday, November 26, 2011

My First Masterpiece In The Making

Lame dah nenek tak mengarut dalam diary ni. Busy le konon2nya. hehe...
Next Tuesday dah start keje. So minggu ni kira final week nenek boleh membesarkan badan dengan sesuka hati. Well, that's not the story i wanna share lah. Setelah hampir dua minggu gedebak gedebuk, nenek hampir siapkan 'karangan kisah dongeng' nenek. Rasa macam tak caye ilham datang mencurah-curah. Tapi tengah syok2 menaip, dah sampai klimaks, rupa2nya pages belum sampai pd jumlah yg di kehendaki. huhuu... terpaksa alter balik. Tak ape, pelan pelan kayuh. Nanti dah siap nak hantar kat pihak yg sepatutnya. Ada rezeki, publish lah, kalau tak, nenek baca sendiri. Huahuaa...

Ok, nenek nak siap2. Lepas ni kena jadi pengapit kawan nenek sejak kecik lagi. Dulu panggil Awin je, sekarang kena panggil Puan Awin. huhuu... Congratz babe. Nanti aku update pasal story kau ok.

Wednesday, November 9, 2011

Ding Dong...!!!

Huargghhhhh.... ade terasa hari ni sedikit hampeh menguasai diri... semua serba-serbi tak kena.. Apekehe le..?!

Friday, November 4, 2011

Opssssess!!!

Masalah besar bila nenek dah start obsess meng'obsess' ni... Ni dah kira I'm in big trouble dah ni sebab duit pun dah makin surut, tapi nafsu tak surut2..huhuu.. Apekah mendenya yang nenek nak obses gila bagai ni...? hahaa... Nilah, nenek tiba-tiba terminat warna merah.. Habes segala benda nenek nak tukar jadi merah.. Nak kena guna duit tu.. Lagi satu, penyakit 'angau' nak baca novel dah datang balik. Asal on surf tenet je, nak beli novel. Lalu sebelah kedai buku je, nak survey novel.. Duit lagi.. Ni baru obsess dengan Merah and Novel.. Esok2 kalo ter'obsess' dengan gadget canggih2 ke, DSLR ke, mau kurus kering la nenek.. Bagi makan kat nafsu obsess je, diri sendiri kena diet... Haisshhhhh... tak ley jadik!

Selamat Hari Raya Aidiladha 2011

Buat semua muslimin muslimat, nenek nak mengucapkan selamat menyambut hari raya haji, yang jatuh pada hari ahad (6/11/11) ni.. Hari ni jalan besar & jalan kecik mesti penuh dengan kereta motor segala bagai.. Yela, nak balik beraya kan.. Nenek pun same.. hehee...
Mak ayah kat kampung dah sibuk plan nak buat BBQ la, sate la.. Nampak gayenye, gemuk la nenek balik nanti.. huhuu...
Encik Lembu pun mesti tengah duk menghitung hari je ni.. hehehee..

  
Nenek tak tau la lembu sape ni.. main google je & edit sket.. hehee....

Korban, korban jugak.. Sate, sate jugak.. Tapi apekah pengertian Hari Raya Aidiladha tu sebenarnye? Kita dah belajar mase sekolah dulu kan, saje je nenek nak review sket kasi ingat.. Jadi, inilah masanya untuk kita tanya kepada En. Wiki

Sekian..

To My Mr. Boogie ~

Rindu la kat kamu... sangat-sangat...! dah lame I tak belai2 U.. Busy sangat.. Sori ye, hari-hari U kena tido bawah katil.. I bukan kejam, tapi memang tak sempat nak sentuh U langsung.. Lain kali kalau I tak busy, kita 'dating' macam slalu ye cyg.... ^^

  
my love~

   
my Mr. Boogie~ 143 ~
ngehehee.....

Thursday, November 3, 2011

Selena Gomez -Love U Like A Love Song


Lyric

It's been said and done
Every beautiful thought's been already sung
And I guess right now here's another one
So your melody will play on and on, with the best of 'em
You are beautiful, like a dream come alive, incredible
A centerfold miracle, lyrical
You've saved my life again
And I want you to know baby

[C/o]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat (2X)

Constantly, boy you played through my mind like a symphony
There's no way to describe what you do to me
You just do to me, what you do
And it feels like I've been rescued
I've been set free
I am hypnotized by your destiny
You are magical, lyrical, beautiful
You are... And I want you to know baby

[c/o]

[Bridge]
No one compares
You stand alone, to every record I own
Music to my heart that's what you are
A song that goes on and on

[c/o]
I love you...like a love song...

p/s : nenek keep hitting repe pe pe peat sampai penat.. LOL

Eyhaaa....!!!

Untuk menunaikan kewajiban nenek terhadap minat membaca (novel) yang makin mengganas skg ni, nenek pun beli la novel Bini Aku Tomboy Ke karya Arisa Eriza.. Baru beli semalam, dah habis baca semalam.. hehee... memang berbaloi la beli & nenek suka gaya penulisan author ni.. Respect sama U la...

terbaekkkk!!!

Welcome November \(^.^)/

I guest it a little bit late to say this to u Mr. November..hehee.. Lewat 3 hari.. Just anything la aiza.. I'm sooo excited to meet this November sbb bulan ni nenek akan start bekerja and further study. 2 in 1 gitu.. hehee... Nampak gayanya, nenek bakal terlebih letih la start bulan ni. And hopefully, nenek dapat mem'busy'kan diri.. I want to a very busy 'hard working' woman from now on.. Yeahh...!!

Thursday, October 20, 2011

Aishah - Janji Manismu


Suke lagu ni.. evergren ^^

1+1

"Saya mahu kerja dan belajar pada masa yang sama..." ade bran?
Of coz.. why not.. belum cuba blom tau kan.. Saya nak cuba! Yakin boleh...!!

Tuesday, October 11, 2011

Halwa betik

Opss... nenek bukan nak kongsi resepi halwa betik ni.. Serius, memang tak pandai nak buat.. Halwa ni mak nenek yang buat.. Rasenye sebijik macam halwa betik arwah nenek nenek.. ermmmm.... rindu plak pada arwah nenek... sob sobb.....

Monday, October 10, 2011

Amalan Diet Style Rasulullah

Tadi nenek terbaca kat FB pasal ni.. Saje nak post balik kat blog nenek ni, nak buat rujukan.. Patut la nenek try diet macam mane pun tetap 'tak jalan', rupa-rupanya style pemakanan tu salah! Main ikut suka je nak makan ape.. huhuu... Ok, antara tips diet atau pantang-larangnya ialah;

JANGAN MAKAN
* susu + daging
* ikan + susu
* ayam + susu
* ikan + telur
* ikan + daun salad
* susu + cuka
* buah + susu (contoh yg diberi kat sini : koktel)

ermmmm.... sekarang baru tahu.......

Penat!!!

Seriously, aku dah rase bosan dgn semua ni.....!!!!!

Monday, September 19, 2011

HAPPY BIRTHDAY AMBER ^^



HAPPY 19TH ANNIVERSARY to you, AMBER JOSEPHINE LIU... ^^ GOD BLESS..

should I sing a birthday song to U? I think this chipmunks sing better =D 


Wednesday, September 14, 2011

Selamat Hari Malaysia

16 September bukan setakat cuti umum, tapi pengertian yang lebih bermakna untuk kita semua rakyat Malaysia.. Ni nenek sertakan sekali info 'kat-en-pes' dari Mr Wiki.. hehee... Silalah baca sebagai pengetahuan umum kita bersama..

" Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perjanjian berkenaan dengan penubuhan perlembagaan Malaysia (dokumen)
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia."

Malaysiaku Tercinta Selamanya.....!

Hot Topik Raya...

Salam semuanya... Dah masuk 3 minggu kita semua menyambut syawal.. masih dalam mood raya kan? hehee... Bila tiba musim raya je, kawan-kawan yang belum berkeluarga sebuk nak arrange konvoi raya dengan bekas rakan sekelas... Zaman skolah rendah dulu konvoi raya naik basikal. Dah masuk sekolah menengah, naik motor. Bila masing2 dah masuk U & keje, bawak kereta plak... Itu antara perubahan ketara yang nenek nampak pada kawan2 nenek... Nenek? ermmm... dari zaman tadika sampai la nak masuk zaman 'kejatuhan dunai remaja' nenek, still buat benda yang sama, tumpang je kawan lain... hahahaa...!!! senang kan, jimat & tak bersesak dengan orang lain... =D

Dan kalau namanya berkumpul dengan kawan2 lama ni, tentunya ade je topik hangat yang dorang nak cerita and tanye.. Topik favourite tahun ni..'

1. Bila ko habes belajar?
2. Nak sambung belajar lagi ke?
3. Bila nak keje?

& topik yang paling 'tak boleh blah' ialah....

4. BILA KO NAK KAWEN??????

Hadoiiii... lemah betol kalo klua topik ni.. Almaklumlah, dah ramai kawan sebaya kitorang yang dah kawen and ade anak.. Tapi apekan daya, belum sampai seru... Tunggu la tahun Gajah ye kawan2 semua.. Nanti dapat la kad kawen nenek tu.. Dengan sape? ermmmm... calon takde.... Arggghhhhh.....!!!

Tuesday, September 13, 2011

Hazama - Cinta Teragung


Lirik

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

Thursday, September 8, 2011

Resepi Kerang Aneka Sos





Meh nenek nak share resepi... Ngade kan? tibe2 je post entry pasal masak2... hahahaa...

Ok, first thing first,, BAHAN-BAHANnya adalah;

1. 1kg kerang
2. Bawang merah, bawang putih, halia (semua tumbuk hingga lumat betul)
3. Sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap manis
4. Serai (sebatang je cukup)
5. Garam secukup rase

CARA-CARA memasak;

1. Tumis bahan (2) hingga naik bau. Jangan guna banyak sangat minyak ye.. kalau terlalu kering, masukkan air sket je.
2. Masukkan segala jenis sos & kicap. Kuantitinya bergantung kepada berapa banyak kuah yang korang nak.. Ikut suka.
3. Masukkan serai, kacau sket.
4. Masukkan kerang.. kacau2 sampai puas hati. Tutup dengan penutup periuk. Tunggu sampai yakin kerang tu dah masak.
5. Final touch, kalau rase sos kerang tu tak berapa nak masin, tambah la garam.. Tapi nenek suka tak berapa masin sebab rase sos tu lebih natural gitu..
6. Sedia utk di hidang..

Thursday, August 18, 2011

143

Impian saya adalah

1. Menjadi orang yang bijak, tak kira la dalam apa2 hal pun. Bijak buat keputusan, bijak mengurus wang, bijak mengawal emosi dll.
2. Jadi orang tua.. ermm, maksudnya, orang dewasa, yang dah berumur dalam lingkungan umur 50++, kulit dah berkedut & dah mempunyai cucu dan keluarga bahagia.. Sebabnya, saya suka tengok warga tua ni, setiap kedut yang ade pada wajah dan tangan mereka menceritakan setiap pengalaman hidup mereka.. Saya tak sabar nak tua! (serius)
3. Novelist...? hahahaa...
4. Buka cafe.. Zaralini Cafe...? ermmm.....
5. Selain Mekah (InsyaAllah, suatu hari nanti), saya sangat2 nak jejakkan kaki ke Jin Hae, Korea... bile ye agaknye dapat pergi sane....????
6. Huhh... banyak lagi ni impian (angan2 ku di langit biru), tapi malas la nak tulis)... Sebab esok saya dah cuti raya... Bagaimana pula dengan anda? hehehee....

Selamat hari raya. Maaf Zahir Batin ^^

NK > title, intro, ending, semuanya takde kaitan... Raya raya..

Thursday, August 11, 2011

Happy Birthday LUNA f(x)


Stay health and be strong girl..!

Wish all your dreams come true.. ^^


12th August 1993



Sincerely, your biggest fan
nenek Kebayan

Monday, August 8, 2011

Keliru Kuasa 80jutaX

Haa... konfius x?konfius x? nenek lagi la konfius ni.. Macam-macam benda tak best yang jadi sekarang menyebabkan keputusan yang nenek dah buat sedikit goyah.. Nenek pun tak pasti samada nak teruskan semua ni atau tak.......... Sangat konfius...!!!

Friday, August 5, 2011

T_T

Dah tension tahap gaban........!!!! Ya Allah, permudahkanlah jalan utk ku......

Wednesday, August 3, 2011

Tips Berdiet Dibulan Ramadhan

Alhamdulillah, syukur kpd Allah sebab nenek & kawan2 semua masih lagi diberi peluang menyambut Ramadhan tahun ni.. Syukur sangat2... Dah nak masuk 3 hari kita berpuasa.. Amacam? OK lagi?? hehee... 

Bila masuk bulan puasa ni, semua orang sure tertunggu-tunggu bazar Ramadhan a.k.a BaRam kan? Mesti hari2 dok mencongak-congak menu berbuka ape yang nak di borong kat BaRam.. Baru lepas sahur, dah plan menu untuk berbuka.. Bukan korang je, nenek pun kadang2 macam tu jgk.. kuikuii...

Tapi topik nenek kali ni bukan la pasal juadah kat BaRam tu tapi pasal program diet di bulan puasa ni.. Al maklumla, sehari suntuk tak makan ape2 mesti nafsu makan jadi terlebih tinggi dari biasa.. Ye tak? Bila masuk waktu berbuka, mula la nak tibai semua jenis makanan yang ade. Kalau boleh, 1 BaRam dia nak beli.. Uishhh, jangan gitu.. Bulan puasa ni kan bulan untuk menguji kesabaran kita. Jadi cuba bawak2 bersabar bab makan2 ni... Jangan terlampau ikut perasaan. Takutnya, bukan je berat badan bertambah, penyakit pun ikut sama bertambah.. Mintak dijauhkan...

OK, tips diet mudah lagi ringkas dari nenek.. Seelok-eloknya, amalkan program MINUM AIR 8 Gelas sehari sepanjang bulan puasa ni.. Kalau waktu tak puasa dulu, nenek amalkan minum air 2 gelas waktu pagi, 2 gelas tengahari, 2 gelas petang & 2 gelas malam..



Tapi disebabkan bulan puasa ni, waktu untuk makan di limitkan pd waktu lepas maghrib hingga sblm subuh, jadi kena la tukar jadual.. Senang je, waktu berbuka minum lah 2 gelas, balik terawih minum lagi 2 gelas & 2 gelas lagi waktu bersahur.. Selebihnya lagi yang 2 gelas tu, sesuaikan nak letak kat mane, samada masa berbuka, malam ataupun masa sahur.. Bila kita banyakkan minum air, secara automatiknya, kita akan kurangkan kuantiti makanan yang kita ambil sebab perut cepat rasa kenyang.. Secara tak langsung, boleh la kita teruskan program diet tu di bulan puasa.. Senang kan???

p/s : Lagi satu cara mudah, jangan la beli banyak sangat makanan untuk berbuka. Beli sekadar yang perlu je.. Di samping dapat mengawal kuantiti makanan yang kita ambil, kita jgk dapat jimatkan duit & kurangkan kadar pembaziran.. Pendek kata, kawal nafsu tu. Takde sape yang dapat tolong melainkan diri kita sendiri.. Yakin boleh..!!!

Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan buat semua (official)


Ramadhan,

Bulan keberkatan, bulan keampunan,

Di dalamnya terdapat malam seribu bulan,

Malam Lailatulqadar yang dinanti,

Tingkatkan amal ibadah, sucikan hati,

Semoga setiap satunya diberkati,

InsyaAllah di beri ganjaran seperti yang dijanji....



Wednesday, July 27, 2011

Salam Ramadhan....

Alhamdulillah.. tinggal beberapa hari je lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan. Rase seronok dan berdebar-debar sket.. Andai ini Ramadhan terakhir untuk kita, cubalah lakukan ibadah sebanyak-banyaknya.. Tapi jangan la pulak sibuk puasa je,  solat yang utama tak buat langsung. Takde maknenye la puasa kite tu cucu oii....

Kepada sesape yang tak habis lagi bayar hutang puasa tahun lepas, cepat2 la 'bayar' ye. Tinggal 2 3 hari saje lagi..

Haa, bile sebut je pasal puasa ni, nenek yakin ramai yang terfikir pasal baju raya, kasut raya, beg raya, tudung raya, & pendek kata semua barang-barang raya nak kena beli. Mak nenek pun dah sibuk dengan tempahan baju raya. Bertimbun-timbun atas meja. Baju raya kitorang 1 family pon tak sempat nak jahit lagi.. Bermakna, raya tahun ni, baju kami sepasang aje lah.. huhuu... Apekan daya, nak tolong mak jahit baju, nenek ni mane la reti menjahit.. Tolong jahitkan butang baju bole la.. kuikuii.... Nampaknya, cuti raya tahun ni kena mintak panjang sikit la, dengan alasan "kesian kat mak saya, tak ade sesape nak tolong kat rumah..."

hehee...

Papepon, selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran, kuatkan iman jangan  lupa niat puasa sebulan...

Wednesday, July 20, 2011

Bruno Mars - Talking To The Moon



Lyric

I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

c/o At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

c/o

Do you ever hear me calling?
Cause every night
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away

Tuesday, July 19, 2011

Nasi lemak, milo panas

Akibat rajin melampau pd pagi hari.... Breakfast hari ni, kenyang sampai petang.. ^^

Thursday, July 14, 2011

Doa

Doa 'Aisyah R.A

Ya ALLAH! Sesungguhnya aku bermohon kpdM segala kebaikan yg berlaku sekarang, yang akan datang, juga yang aku tahu dan tidak tahu. Aku berlindung dgnMu drpd segala kejahatan yang berlaku sekarang, yang akan datang, juga yang aku tahu dan tidak tahu. Aku bermohon kpdMu syurga dan setiap amalan kebaikan yang boleh menghampirkan diriku kpdnya samada berupa perkataan atau perbuatan. Aku berlindung dgnMu drpd neraka dan setiap amalan yang boleh menghampirkan diriku kpdnya samada berupa perkataan atau perbuatan. Aku memohon kpdMu segala kebaikan yg telah dipohon oleh hambaMu dan RasulMu Muhammad s.a.w. Aku memohon perlindungan dgnMu drpd segala kejahatanyang telah dipohon oleh hambaMu dan RasulMu Muhammad s.a.w. Aku bermohon denganMu, apa-apa ketentuan yg tlh ditetapkan bagiku, natijah kesudahannya adalah dgn petunjukMu.

Doa Abu Al-Darda'

Ya ALLAH! Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yg berhak disembah sebenar-benarnya melainkanMu, hanya padaMu aku menyerah diri dan Engkaulah Tuhan yg mengusai Arasy yg Maha Besar. Sesuatu yg dikehendakiNya pasti akan berlaku dan sesuatu yang tdk dikehendakiNya pasti tdk akan berlaku. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dgn kehendak Allah s.w.t. dan izinNya yg Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku meyakini bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas tiap2 sesuatu dan ilmu Allah meliputi segala sesuatu. Ya Allah! kami memohon perlindungan dgnMu, drpd kejahatan nafsuku dan diriku, juga drp segala kejahatan setiap makhluk yg melata (iaitu jin, syaitan, manusia, dan binatang). Engkaulah yg Maha Berkuasa sepenuhnya ke atas semua makhluk ini. Sesungguhnya Tuhan kami sentiasa di atas jalan yg benar.


Dipetik dari : Hizbu Al-Bahri, Hizbu Al-Nawawi, Al-Ma'thurat dan doa munajat pilihan

Cuma 3 Pesanan Nenek

Tidur umpama mati yang sementara. Bila kita telah 'dimatikan' pada malam hari, dan terjaga pada siang hari, bersyukur lah kerana Tuhan masih beri kita kesempatan untuk terus bernyawa pd hari ini..

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami dikembalikan."

Jangan lupa solat subuh.
 
Jadi, kenapa ade yang dah terjaga pd waktu pagi, suka sangat sambung tido & sengaja melambat2kan bangun? Tak pernah terfikir ke, kalau lah sebenarnya saat kita terjaga pd pagi hari, itu sebenarnya peluang terakhir kita menghirup udara Tuhan. Lalu bila kita berasa malas & sambung tidur, sesungguhnya kita benar2 rugi... Ambil peluang sementara kita masih diberikan peluang...
 
Kepada sesiapa je yang susah sangat bangun pagi, cuba lah disiplinkan diri.. Belajar bangun pagi.. Kalau masih sekolah, fikirkan tanggungjawab kamu sbg pelajar. Perlu pergi sekolah, tuntut ilmu.. Itu amanah kamu.. Kalau sudah bekerja, bangun awal, bersiap, pergi ke tempat kerja awal.. Itu amanah kamu.. Kalau amanah ni saje dicuai, diabai, diperlekehkan.., jadilah kamu macam orang yang tak bertanggungjawab, sentiasa rase malas & sentiasa rase terbeban.. 
 
Pesanan ni untuk diri nenek jugak..

kata nenek, "orang yang tak pernah rasa susah takkan dapat faham kesusahan orang lain.."
 

Monday, July 4, 2011

Indahnya dulu...

Masa zaman sekolah, nenek pernah berangan nak jadi S/U a.k.a setiausaha.. Maklom la, kebanyakkan jawatan nenek dlm persatuan & kelab adalah S/U.. tp sekarang baru la nenek sedar, tak best sgt pon jdk S/U ni...Pening palo den..!!! nenek harap nenek ada seorang S/U skg ni... help....!!!

Tuesday, June 21, 2011

Moga dipermudahkan olehNya...Amin...

Nenek harap keputusan nenek ni tepat... PhD ye... InsyaAllah, yakin boleh...! \(^_^)/

Thursday, June 16, 2011

cari kesalahan orang lain untuk tutup kesalahan sendiri..ape kejadahnye..?

Yeahh.. ntah hape-hape la masyarakat sekarang.. Nenek cuma nak bawa satu isu je hari ni.. khas utk muslimah, tak kira yang bertudung ataupun tidak.. Nenek percaya dengan yakin, setiap muslimah yang pernah mendapat pendidikan agama Islam kat sekolah pasti tahu hukum menutup aurat itu WAJIB.. Salah satu aurat wanita adalah rambut. Untuk menutup rambut, kita perlu bertudung. Tatacara bertudung adalah, tudung yang sah2 dapat melindungi rambut kita drp dilihat oleh orang lain, dan yang pastinya tudung tersebut TIDAK JARANG!..

OK, itu pasal kriteria tudung yg harus digunakan.. Cane pulak dengan ciri-ciri orang yang memakai tudung tersebut? Wahai muslimah sekalian, kalau dah pakai tudung tu, sila lah jaga adab anda.. Kalau ade boipren, tak payah tunjuk mesra kat orang awam.. bukan anda sorang je ade boipren.. Kadang2 nenek rimas tengok gelagat wanita yang bertudung tapi gi dating kat tempat yang 'tersembunyi' kononnya.. Heyy, korang nyuruk2 tu, kitorang yang lalu lalang ni dah boleh agak la korang buat ape.. Itu kalo yg nyuruk, kalo yg selamber badak je mesra2 depan awam? Na'uzubillah...

Disebabkan perangai SEGELINTIR kaum hawa yang bertudung tapi berperangai tak senonoh ni la menyebabkan ramai muslimah cabut tudung dorang.. Alasannye, "Buat ape pakai tudung? orang yg pakai tudung tu bukannye baik sangat pon."
Dan disebabkan segelintir muslimah bertudung yg tak dapat mengawal nafsu, emosi dan adab mereka, KAMI muslimah bertudung yang menjaga tertib, adab, maruah diri, keluarga dan agama turut menjadi mangsa.. Berdesing telinga nenek kalau ade orang kate "I tak pakai tudung tp perangai I tak la sejahat org yg pakai tudung tu.."

p/s : hari kiamat itu pasti, pasti akan tiba..bila? Hanya Tuhan saje yang tahu.. kalau mengharapkan Syurga Allah, insaf dan bertaubatlah segera sebelum terlambat.. peringatan utk diri nenek sendiri jgk...

Wednesday, June 15, 2011

sejenak berfikir...

kena buat keputusan dgn teliti either nak kerja betul2 atau nak sambung blaja....... ermm... o_O

Tuesday, June 14, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU... NGAH!

Tarikh keramat utk ngah & kak ngah, 5 Jun 2011.. ehemmm... jadi laki orang sudah... congratz bro..! smoge d murahkan rezeki lepas kawen ni.. AMinnn.....



Majlis Persandingan 1 - 5 Jun 2011

pak klepak klepak.. (bunyi kompang)

ruang sebelah ngah reserve utk dayah (tiada dlm gambar)..hehee...

menepung tawar... turn ayah..

turn mak plak...

nenek pon amek turn.. ^^

rombongan cik kiah dr BP..

Malam Berinai - 11 Jun 2011

sebut 'sukeee...!'

"Pakai inai ni biar canteekk..."kate kakak



Majlis Persandingan - 12 Jun 2011

Pakngah and makngah.. ehee... <3

kami-kami... ^^

dengan muka senang hatinya Ngah menabur gule2 & duit syiling kat sepupu-sepapat..tabur taburrr.....

Wednesday, June 1, 2011

Seram (ke)

Semalam baru la nenek sempat gi tengok filem Karak tu... Ade yang kata cerita ni seram, takut, terkejut2.. Tapi bagi nenek, nenek still tak rase keseraman cerita ni.. kenapa ye? mungkin teknik CGI yang canggih sgt buat nenek tak berapa nak feel dgn kedatangan 'hantu-hantu' dlm cerita tersebut.. Tapi semua orang ade pendapat masing2 kan.. Nenek takde la kata cerita ni tak best, BEST la, cuma kurang seram utk nenek. Utk orang lain mungkin SERAM GILER la cerita ni...


p/s : nenek bukan ape, nenek harap sgt tak jumpa hantu dalam kehidupan sebenar, cuma berani tengok dalam filem je. Jadi nenek harap sangat2 dapat tengok cerita seram yang betul2 seram sampai nenek rasa nak tutup mata pakai bantal..tapi stakat hari ni, tak pernah lgi tengok cerita seram kat panggung sampai tutup mata.. belum lagi....

Tuesday, May 31, 2011

tarik upih

Pertama kali dalam hidup nenek tengok permainan tarik upih live depan mata, biase tengok kat TV je... Ni semua gara-gara abang nenek yang nak cuba try test main benda ni.. Al maklom la, weekend ni kang dah jadi 'suami orang', kena la jaga standard kurangkan sifat keanak-anakan tu lepas kawen.. So, time gini la nak lepaskan semua gian yang ade... hehee...

warm up dengan muatan kecil dulu..

"ika plak tarik pak ngah.."

"auntie Rara pon nak join.."

turn fahmi plak.. sampai 3orang tarik..

ni la akibat terlebih muatan... berat btol fahmi... huhuu...

sudahnye, habes batu putih kat laman atok.. "cepat kemas, nanti atok marah..!"

Testing2...

Ehemm... sound check.. 1 2 3 ... Adehh.... Dah seminggu nenek demam, kali ni pakej dengan sakit tekak, batuk, selsema... ='(

Wednesday, May 25, 2011


Saje je upload gambar ni..Bosan plak buat correction..







focus.. aim....pukk..! masuk longkang...kuikuii...



kami main bowling dlm keadaan lapar.....!

Location : JB sentral & Danga City Mall..

Monday, May 23, 2011

Selangkah lagi... ^^

Akhirnya.... perguruan nenek hampir tamat..Seronok rasenye dah lepas viva pagi tadi.. Tak sangke sangat boleh pass! huhuu... mane taknye, sepanjang dok present tadi, nenek macam tiba2 hilang fokus sebab terberangan kejap.. Tibe2 terfikir, "eh, aku tengah viva rupenye..".. Ntah pape la nenek ni.. Sampai kaku & kelu lidah nenek nak menjawab soalan dari panel.. huhuu.. Hilang segala scientific term ke, theory ke.. English pon berterabur.. Gigil punye pasal.. huhuu.. Itulah pentingnye English Education tu..hehee..

Tapi lantak lah.. Walau pape pon, skrg ni nenek tinggal buat correction, so kena lebih focus.. !

Friday, May 20, 2011

Salam Jumaat

Jumaat, hari yang penuh keberkatan untuk kita semua, InsyaAllah...

& selamat menunaikan solat Jumaat kpd kaum Adam.. jangan malas2..!

countdown....

 Tinggal lebih kurang 2 hari setengah lagi nak viva.... adehh... sakit perut nenek bile fikir pasal ni, tapi still tak rajin nak bace buku...





-today my life begins-

Wednesday, May 11, 2011

Status : Idle ^^

Hurmmm... tak tau la ape yang nenek buat sekarang... asyik bermalas-malasan tanpa faedah 24 jam, 7 hari berturut-turut.. Bukan takde keje, banyak je keje kena buat tapi tak tau la, macam takde mood nak buat semua keje2 nih.. Masih belum ada kesedaran sivik di lubuk hati nenek lagi kot.? Fikiran ni sentiasa berserabut, ntah ape je la yang nenek fikir.. Mungkin sebab sejak dua menjak ni asyik terima jemputan kawen kawan2 sebaya, and asyik kena tanye bila nak kawen.. Mula2 tak terfikir pon pasal kawen2 ni. Tapi kalau dah hari2 orang sekeliling asyik cerita pasal kawen, tension la nenek... adoaiii... Pasal ni ke yang nenek risaukan? haishhhh... Bosan la.. So, ape plan??

Acai kata lepas habes je belajar, nak keje and then kawen.. Tapi kalau takde jodoh lagi, nak sambung belajar kat oversea nun, Australia.. nenek rase tu satu plan dan cadangan yang baik.. nampak cool je plan nak study abroad  tu.. Good plan Acai.. nenek nak follow la.. Sekurang-kurangnya boleh la 'melarikan' diri dari topik2 yang nenek tak berapa gemar nak dengar ni....




hmm.... menarik? menarik menarik.... ^^

Alyah - Kisah Hati


Lirik

Hatiku hatimu menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir...
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

diari nenek

kawan nenek