Wednesday, September 19, 2012

Dear Diary..

- Macam-macam perkara yang jadi lately ni.. Hal yang menyenangkan, menyusahkan, semua blend jadi satu. Serabut kepala otak kejap. Asyik rushing itu ini. Entry raya pon tak sempat nak buat sampai bulan Syawal pun dah belalu.

- Tanggungjawab pada kerja dah nak selesai. Minggu depan study week. Rasanya nak balik la ke 'pangkal jalan' yang dah lama ditinggalkan. Tanggungjawab pada pelajaran tak selesai lagi. Banyak lagi langkah perlu diatur. Jauh lagi perjalanannya.

- Sekarang perlu jarakkan sikit kehidupan ni dengan famili. Tak mau la asyik bergantung harap pada ayah mak.

- Masalah semester baru belum selesai. Subject registration, hutang, hostel, scholarship, paper, conference.... hmmmm.... tiba-tiba rasa nak jadi budak skolah. Hahaa! tak mau tak mau.. Jangan begitu. Kan dah cakap kat entry yg lepas, kena hadapi kenyataan dengan tabah.. huhu... (ohhhh...tidekkkk!)

- Kawan ketawa, berpoya-poya, berjimba, memang senang nak carik. Duduk lepak kat shopping complex pon bole jumpa. Tapi kawan yang betul-betul setia waktu kita susah dan senang? tak tau la nak carik katne.. Aku ada tak kawan susah dan senang?? ermm... ade la sorang dua. Terbayang-bayang wajah mereka. Aku ni kawan susah senang diorang ke? Rasanya setakat ni, aku dah cuba yang termampu untuk jadi kawan yang terbaik untuk diorang, bukan waktu senang je aku dengan diorang, susah pon aku ada jugak. InsyaAllah.
       Semua orang ada life sendiri. Ya, aku tau dan aku sedia maklum. Walau bff camne skali pun, tak mungkin la semua benda kita dapat share. Faham sangat. Sangat2 faham..

- New lesson semalam, dari seorang teman, "jangan percaya 100% pada orang lain", "kalau tak mampu tunaikan, jangan berjanji", "jangan buat keputusan terburu-buru".. MASALAHnya, aku ni ada sikap 'jangan' yang tiga tu.. Walaupun tak selalu sikap tu datang, tapi rasa menyusahkan orang dan diri sendiri.

- Ada lagi aku nak tulis ni diary. Tapi tak pela. Esok2 je.

off-

Tuesday, September 18, 2012

'..dalam kasut kamu..'

Pendengar yang baik? Yess, nenek mengaku nenek dalam kategori pendengar yang baik. Nenek sanggup, mampu dan setia nak dengar ape saje luahan rasa sahabat nenek. tapi kalau nak mintak kaunseling,, sori! nenek bukan kaunselor yg baik. Nenek tak pandai nak bagi nasihat. Kata-kata nenek cuma mampu terngiang dalam hati je. Nak luahkan pun hanya dalam blog ni. Memang nenek berat mulut sebab nenek risau kata-kata nenek akan memburukkan keadaan.

Lagipun nenek lebih senang kalau nenek ada masalah, dan rasa nak luahkan pada seseorang, nenek akan luahkan dan tak nak mangsa luahan perasaan nenek tu bagi ulasan apa2. cukuplah dia jadi pendengar sahaja. Mungkin sebab tu, kalau ada sesiapa yang meluahkan 'duka terpendam' pada nenek, nenek lebih senang diamkan diri dan bagi dia cakap semahunya. Nak nanges, nanges la. Nak jerit, jerit la. Nenek tengok dan dengar je. Nak komen? tidak sama sekali. Tak berani nak komen 'masalah hidup' orang. Untuk cakap 'sabar ajelah' pun nenek tak mampu. Sebab nenek tahu, kalau seseorang tu penyabar, dia takkan luahkan isi hati yang terpendam tu pada nenek. kan? Kita cuma pandai cakap SABAR, REDHA, bla bla bla.. Tapi yang menanggungnya, orang lain. Kita takkan faham situasinya melainkan kita berada 'dalam kasut diorangd'..

Nan luahkan rasa sakit hati, bolehlah cari nenek. Nak minta pandangan, ermmm.... mungkin nenek kena fikir tiga hari tiga malam dan tulis pandangan nenek dalam blog ni jah..

Tuesday, September 11, 2012

...as u grow older.

Masa kecil;

 "lepas upsr, masuk skolah menengah, taknak masuk asrama penuh sebab tak sanggup jauh dengan famili. Lepas spm, keje. kumpul duit, beli rumah, beli kereta, kawin.."

Bila dewasa;

   "apa nak buat lepas ni? nak kerja apa? macam mana nak bayar hutang? Kahwin??ermm, belum ada saving.. sambung belajar, kena ade sponsor. mana nak carik?.... rumah? kereta? bla.. bla.. bla.."

>> banyak benda nak kena fikir rupanya bila dah jd dewasa ni. Emosi selalu je tak stabil bila mula fikir pasal hal 'remeh-temeh' ni..

Kadang-kadang, jumpa kawan yang nampak tenang dan sentiasa happy, gelak-gelak, buat lawak tak ingat.. terlintas dalam hati nenek, diorang ni takde masalah ke? Hidup bahagia & terurus? Hmmm... luaran je, dalaman tak siapa tahu melainkan yang empunya diri dan Maha Pencipta saja yang memegang rahsia hati.

Ya, memang hidup ini indah untuk mereka yang mampu merancang dengan baik. Sudah terancangkah masa depan nenek? ermm... Rancangan je, bila nak menjalankan semua rancangan, kadang-kadang rasa nak give up. Bila stress, rasa nak jadi budak kecil semula. Tak mau jadi dewasa. Tapi sampai bila asyik nak lari dari kenyataan. Tak mau tak mau pun, kena mauuuu jugak!

Berusahalah aiza. Dah separuh jalan & kau pun dah dewasa!

diari nenek

kawan nenek