Tuesday, January 31, 2012

Pantai dan Air Mata..

Bila sedih je teringat dekat pantai.. Rasa sakit hati je, terbayang pantai.. Bad mood? Lagi la, rasa nak pergi pantai sekarang jugak!! Hurmmm... Hidup memang penuh dugaan, harapan, impian, kejutan...asyik terkejut-terkejut je recently.. Ok, ayat dah nak macam keling... Pantai.. Pantai..

when i was thinking of U,
I feel happy,
When i was thinking of U,
I am worried,
when i was thinking of U,
I am a little bit sad,
'cause whenever i am thinking of U,
i wonder
if U ever thinking of me..?
Honestly,
I really want to stop thinking about U..

Monday, January 30, 2012

Sampai Jumpa...

Hari ni hari terakhir nenek kerja jd demo dekat (sini).. Nearly 3 months jgk jd sebahagian dr staf uthm.. Pengalaman kerja tak banyak beza macam masa jadi teaching asisstant kat utm dulu.. yang bezanya, student kali ni 'manja' sket.. huhuu.. manja ke?

Btw, keje pon dah habes, bermakna gaji pon dah takde.. Harapnya dapatla sambung kontrak utk sem depan. (Aminn...) & yang paling penting plan untuk 4 bulan akan datang haruslah sentiasa ON.. Semoga semua berjalan lancar...

\(^_^)/

Friday, January 20, 2012

2nd Anniversary NKD


Pejam celik pejam celik, dah dua tahun blog nenek ni.. Blog tak seberapa tapi tabah jugak nenek nak meng'update entry.. huhuu..
Happy anniversary to my self la..
Nenek berharap tahun ni akan membawa lebih makna dan keberkatan dalam hidup nenek, keluarga nenek & orang-orang terdekat dengan nenek.. 
Aminn...

 -potong kek-

\(^_^)/

Monday, January 16, 2012

Ke Hujung Dunia

Bila perasaan itu hadir, kita sendiri tidak menyedari.. Bila ia menjauh, kita mula mencari-cari.. Sehinggalah ianya lenyap dari pandangan mata hati, untuk menyesali sudah tiada erti...


Lirik

Bila kudengar lagu cinta
Tentang sepasang anak manusia
Yang sedang hanyut dibuai asmara
Beradu di dalam syurga loka
Yang amat indah

Pasti kukenangkan dirimu
Yang masih jauh di rantau orang
Lantas ku teringat kata-katamu
Yang kau ucapkan tika saat-saat
Kita berpisah

Takkan bisa hatiku berubah
Bila di timpa dugaan dan badai melanda kita
Teguh berdiri cinta yang ada

Takkan bisa sekali-kali kasihku berubah
Bila bertindanan halangan tiba
Kesetiaanku tetap serupa
Kasih tak kan berubah

Ku percaya cinta harus bersama
Bukan terpisah ke hujung dunia
Ku cuba menanti
Walau lebih lama lagi
Andai kau benar-benar menyintai ku

Bila kukenangkan dirimu
Yang masih jauh di rantau orang
Pasti ku teringat kata-katamu
Yang kau ucap tika saat-saat
Kita berpisah

Seriously,
This is for You

Wednesday, January 11, 2012

Happy Birthday Siti (11Jan)!!!



Selamat Hari Lahir ke-33 buat Dato' Siti..

Nenek doakan semoga Siti terus success dalam kerjaya.

Dan yang paling penting, semoga cepat2 dapat 'Siti Junior'.. ^^

Aminnnn...



p/s : nenek minat Siti dari nenek umur 9 tahun sampai la sekarang.. ^^




Luv ya <3 <3 <3

Tuesday, January 10, 2012

Tips Mengurangkan Kebosanan di Tempat Kerja

Disebabkan kebosanan yang melampau, nenek terfikir nak tulis pasal 'tips mengurangkan kebosanan' ni.. Masa mula-mula start kerja memang rasa bosan sikit sebab tak tau nak buat apa. Bila dah lama-lama kerja, dah tahu kerja apa yang perlu di buat, timbul pulak rasa bosan sebab asyik ulang-ulang kerja yang sama. Tak gitu? Gitu kan? sebab nenek rasa jugak benda yang sama. Jadi nenek nak kongsi sikit petua yang nenek amalkan untuk hilangkan rasa bosan semasa bekerja.

1. Perkara pertama yang nenek buat, nenek suka dengar muzik masa kerja. Kalau kerja yang jenis relax dan duduk-duduk macam nenek ni amatlah sesuai mendengar muzik sambil kerja. kalau jenis yang perlukan tumpuan 24jam, seeloknya janganlah pasang muzik kuat-kuat. Cukup sekadar dapat merasakan 'ketenangan' muzik itu je.

2. Berkawan dan jadi peramah dengan teman sekerja. Pendek kata, jangan sombong-sombong dekat tempat kerja sebabnya kalau tak ada kawan kita akan lagi mudah rasa bosan. Sekurang-kurangnya kalau ada kawan, boleh jugak kita ajak borak sambil buat kerja. Ini lebih baik dari tido semasa kerja. Tak gitu? Tapi janganlah asyik borak sampai kerja tergendala. Berpada-pada, ok?

3. Lakukan senaman ringan. Cuba gerak-gerakkan kaki, kepala, tangan dan badan kalau dah bosan sangat. Paling praktikal, kalau berjalan ke toilet, cuba guna jalan yang jauh. Cuba jalan lambat-lambat hingga ke toilet. Disamping dapat buat regangan badan, kita pun dapat hilangkan rasa ngantuk. 

4. Hiaslah ruang kerja anda tu secantik mungkin. Letak bunga atas meja ke, letak gambar mak mertua ke.. Atau buat je apa-apa asalkan ruang kerja anda nampak menarik. Barulah semangat nak buat kerja.

5. Yang paling penting, sentiasa rasa kerja yang anda buat itu adalah tanggungjawab anda. Kalau dah namanya tanggungjawab, mestilah kena tunaikan. Kalau tak 'makan gaji buta' namanya tu. Tak berkat!

& tambahan untuk nenek sorang aje..

6. Kalau ada masa terluang, buat cacatan dalam blog. hehe...


Yang paling penting, jangan tido masa kerja walaupun anda merasa sangat bosan... Nak tido, balik rumah.!

Wednesday, January 4, 2012

Welcome 2012 ^^

Dah 4 Jan 2012 tp baru hari ni nenek sempat nak post entry ni.. kuikuii... 'busy body' la skrg.. So, hari ni nenek nak buat summary sikit pasal kenangan 2011. Macam2 perkara berlaku tahun lepas. Event paling bermakna bg nenek tahun 2011...,
- Oral examination/viva bulan Mei
- Lepas tu buat correction, gedebak gedebuk.. dalam masa 2 minggu siap correction.. tapi nak tunggu abstract masuk meeting jabatan, meeting senat lagi makan masa sampai b'bulan-bulan.. jenuh tunggu..
- Bulan Jun, abang nenek kahwin.. Dah jadi laki orang dah dia skrg & bertambah ahli keluarga kami.. Alhamdulillah..
- & kenangan plg indah tp dramatik bg nenek, kawan2 dah mula bagi wedding card masing2.. sobsob.. tiap2 minggu kena kumpul duit nak bg wedding present dekat member.. huhuu..
- bulan 10, pass lesen kete lps 2thn simpan L.. kuang3..
- bulan 11 start keje sambilan tp rase mcm full time plak.. hr2 jadual 8-5.. humak aihh..
- bln 12 dapat surat senat, dpt kete.. happy2
-31/12, kete yg baru guna sehari dah kong plak bateri die.. rase mcm kena tipu.. huwaaa!!! takpela, sabar jela kan Minho cyg..

Okey, itulah aje summary nenek. sikit je event penting thn lepas..

Azam tahun baru?? yang paling penting dan utama... ialah.... cari kerja tetap!!!

diari nenek

kawan nenek