Monday, April 20, 2015

Geng jimba: Tg. Leman

Melayankan miss hana yang nak carik pantai dan meraikan hari 'kemenangan', sepatutnya ke tioman tapi sebab masa singkat sangat sempat jejak tanjung leman je. Tak kisahlah. Janji kemaruk angin pantai terubat.

Nak jugak letak itinerary kat sini. Hehe
- Sebab gerak dari skudai je, duit minyak dalam rm50 skudai-mersing-batu pahat (siap kira balik rumah)
- tido kat Felda Residence Tg Leman satu malam RM240 (weekend) untuk bilik superior. Kalau weekdays RM190.
- kalau nak gi pulau sibu RM 70 utk dewasa. Tapi kitorang tak gi pun sebab tak cukup masa.
- tambah makan-makan 2 hari 1 malam dalam RM50.
- total semua bahagi dua (sebab pergi berdua je) ada la dalam RM 170 sorang.

Jimat sangat gi cuti kali ni. Gi pusing-pusing dalam Johor je cukup. :)

Tuesday, April 14, 2015

Akhirnya lagi tiga langkah

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat dah lepas stage paling seriau dalam hidup. Lepas ni nak kena siapkan pembetulan laju-laju, kejar tarikh meeting senat, carik keje!

Weehuuuuu!

Saturday, April 11, 2015

meh

Mintak relationship advise dari orang yang tak pernah ada relationship ni macam nak suruh kucing bergolek. Dia tahu kita nak main-main dengan dia, tapi dia tak faham bahasa kita nak suruh dia bergolek. Last-last dia cuma meow meow buat muka manja. Sorang happy, sorang lagi happy tapi tak puas hati.

* tolong jangan mintak nasihat dari aku. aku bukan dokte cinte.. uhuuu

Wednesday, April 8, 2015

tiktoktik

Stress la jugak nak mengadap hari selasa minggu depan. Macam-macam probability yang boleh jadi. Lulus gagal b1 b2. Paling seram kalau ter'malukan' sv depan semua orang. Benci betul la kena present cakap lama-lama sorang-sorang. Serius benci. Tapi macam mana pun kena lalui jugak. Kalau tak selagi tak lalu, selagi tu lah takde ending. Kalau tak viva, sampai bila-bila la tak dapat holiday. Em em emmm...

Thursday, April 2, 2015

Page : 91

Terlebih fikir boleh bikin stress. Fikirkan risiko dan penyelesaian sekaligus buat fikiran makin serabut. Fikir banyak dah, terbelit-belit, bersimpang-siur, akhir sekali tak jumpa permukaan, lemas sesak nafas sorang-sorang.

Tindakan? Hey, bertindak la aiza!

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget