Wednesday, November 28, 2012

NG





hate it!

hidden(me)

"Nak sangat... saat ini, waktu ini, dan bukan sejak dua menjak, malah dah lebih sembilan sepuluh menjak ni aku nak sangat menghilang dari orang-orang tertentu. atau lebih elok lagi, aku harap dengan tidak semena mena, kewujudan aku terhapus seketika oleh orang-orang tertentu tersebut. boleh tak? boleh tak bagi aku hidup dalam ketenangan yang hakiki? anggap je aku ni, antara ada dan tiada. fuhhhh.... aku harap pesanan aku ni akan terbang ke pemikiran kau bersama angin lalu beraroma bunga anggerik yang sedang kembang mekar sekarang."

Tuesday, November 27, 2012

saya mahu sihat

Pengaruh iklan. pantang ada iklan pasal nak kurus badan, nenek nak try. bulan lepas, nenek terpengaruh dengan iklan dari fb kawan, tauke segala macam ubat, ubat kurus, ubat gemuk, ubat jerawat, ubat cerahkan kulit, semua beliau ada. nenek pun cuba la satu. ubat kurus. nak turunkan berat punya pasal. ngam2 lepas beli je, terbaca artikel pasal risiko & kesan negatif akibat dari ubat kurus tu. seriau gak membaca. lama jugaklah nenek peram tak mau makan ubat tersebut. dua minggu lepas, nenek contact balik tauke tu, mintak kepastian pasal artikel tu. beliau kata, "artikel tu semua tipu, ubat yang berbahaya tu made in china, bukan hong kong.." eh, boleh ea gitu? di tambah lagi, beliau dah guna ubat tersebut habis satu botol dan kesannya memang ketara. dari saiz xl sekarang dah saiz m. saiz s pun boleh muat rasanya. okeh, akibat pengaruh rakan sebaya, nenek pun telan sebiji. Kesan pertama yang nenek rasa, cepat haus. dalam erti kata lain, kita perlu minum banyak air untuk bersaing dengan kesan ubat ni. selang sehari, nenek telan lagi sebiji. kali ni, rasa tak sedap badan. rasa macam nak demam. minum la air banyak mana, memang tak rasa surut. jantung ni rasa berdebar-debar je. kepala pening. tak selera makan. susah nak tidur tapi badan letih. so, keputusannya, nenek bakar je ubat tersebut. baru 2 biji rasa dah sengsara. kalau makan satu botol macam mana la agaknya ya?

Jadi konklusinya di sini adalah, nenek nak sihat, bukan nak kurus. nenek nak kurangkan berat badan, tapi tak nak nampak kurus macam orang sakit.

 + 


Petua paling berkesan dari emak, minumlah air asam jawa di campur dengan kunyit hidup. bukan setakat boleh turunkan berat badan, boleh jugak membersihkan sistem peranakan dan melancarkan darah. bahan semula jadi gitu, kalau tak memberi kesan positif, ianya jugak tidak akan mendatangkan mudarat. baru seminggu cuba, nenek turun 1 kg..  ^^

Saturday, November 17, 2012

Semoga tabah

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungilah saudara-saudaraku dari kekejaman musuh yang tidak berperikemanusiaan. Ya Allah, Kau berikanlah mereka kekuatan untuk menempuhi kehidupan yang penuh dengan dugaan. Sesungguhnya ganjaranMu di akhirat itu pasti untuk mereka yang beriman.
Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!




>> Syukur, di sini kita masih lagi terjaga dari tidur di sebabkan bunyi jam loceng, bukan kerana bunyi ledakan bom. kirimkan lah doa buat saudara kita di Gaza agar mereka juga memperoleh rasa keamanan yang sama.

Friday, November 16, 2012

Selamanya Sahabat Baik (gelapku)

".. saya ada beberapa 'selamanya sahabat baik'. I would never mention about my 'selamanya sahabat baik' infront of my other 'selamanya sahabat baik' sebab ia pasti akan mengecilkan hati 'selamanya sahabat baik' kita if they knew that they are not the one and only 'selamanya sahabat baik' kita. and yes, i would probably feel the same way when someone claims that my 'selamanya sahabat baik' is theirs. no way! hahaa!!..


Wednesday, November 14, 2012

rindu sangat!

Kucing kesayangan pertama nenek nama dia Michi. cantik, patuh, comel. bulu warna hitam pekat & pakai stoking putih.. sayang sangat Michi sampai la suatu hari, Michi hilang tanpa jejak. sedih sangat! masa tu nenek umur 9 tahun. Lepas Michi tak ada, nenek tak pernah 'sayang sangat' mana-mana kucing. takut nanti 'sedih sangat' bila dia tiba-tiba hilang. 

Sampai la tahun 2010, nenek umur 23. Kukun tiba-tiba muncul bawah pokok nangka kat belakang rumah. comel sangat. masa tu mungkin kukun baru umur sebulan. bila emak panggil ajak dia masuk rumah, dia lari terkedek-kedek datang pada emak. meleset-leset manja kat kaki emak. emak jatuh kasih pada kukun. terus ambil jadi anak angkat.



Sebelum kukun dapat nama KUKUN, macam-macam nama yang adik-adik nenek bagi kat kukun. tapi akhirnya nenek menang dalam acara pemberian nama sebab kukun nampak suka dan excited bila kami panggil die kukun. senyum je kukun bila orang panggil dia. 

Kukun ni budak baik. kalau lalu depan orang, dia suka tegur. "miyekk.." je dia mengiau. tak reti nak explain cane bunyi dia. tapi comel. peramah la katakan. tapi sayang, kukun takut dengan kucing betina. huhuu.. jadi, kami ni dok la pakat panggil dia ni bapuk. tapi kukun tak marah (kot). 


Kukun suka tido terlentang. kat mana-mana port pon boleh sebab kukun ni kucing asal boleh je. huhuu.. bawah meja, bawah kerusi, tepi pintu, semua jadi tempat parking dia. makan paling tak cerewet. bila nenek nak bersihkan ikan, kukun pun datang meleset-leset kat kaki, nanti mulalah 'hulur tangan' dia mintak sisa ikan tu. siap bersihkan ikan, nenek letak sisa ikan bawah pokok kelapa belakang rumah. kat situ la port biasa kukun breakfast, lunch & dinner. kukun ni tak cerewet, dia tak suka makan guna pinggan. biskut kucing pun dia tak suka. paling dia suka, sisa ikan dengan nasi berkuah. kenyang sampai petang. dah kenyang, dok termenung tepi tingkap. ushar burung pulak.


kami selalu buli kukun. suruh dia posing sambil pakai spect, pakai rambut palsu, pakai baju. tapi kukun layankan je. patuh sungguh. kadang-kadang nampak muka kukun macam boring je kena buli. huhu.. kami bukan buli sangat pun, saja nak manja dengan kukun sebab sejak kukun membesar ni dia dah malas nak main. duduk, baring, tidur je kerjanya. tak pun termenung tepi tingkap. tapi ada satu benda yang kukun paling rajin nak buat, tangkap tikus kat kebun sayur ayah. kukun memang terbaik.



Ha, comel kan kukun posing? macam model gitu. hehee..

Banyak lagi gambar kukun yang nenek simpan. tapi tak sampai hati nak post semua. sedih sangat bila tengok balik. paling nenek ralat, nenek tak sempat nak snap gambar kukun hulur tangan tiap kali nak mintak sisa ikan. emak selalu pesan suruh ambil gambar tu sebab kami tak pernah lagi bela kucing yang sopan macam kukun. siap hulur tangan kalau nak mintak makan. kukun la satu-satunya. 

Sekarang kami dah bela boboi untuk ganti tempat kukun. nenek pun dah sayang boboi macam nenek sayang kukun. selalu jugak la tersasul panggil boboi 'kukun'....

 ermm... emosi pulak.



Sayang kukun sangat-sangat.. selamanya.


>> terbaca status kawan kat fb,, dia kata "bila kucing peliharaan kita dah nak sampai ajal, dia akan bawa diri jauh-jauh sebab dia tak nak mati depan tuan dia."  Kalau betul kukun dah tak ada, maafkan nenek sebab selalu buli kukun. tapi pada nenek, kukun sentiasa hidup dalam hati nenek..




Monday, November 12, 2012

Happy Birthday Zulaikha ^^

Dah 6 tahun dah umur Ika skg. cepat betul masa berlalu. auntie zaza rasa macam baru je dukung-dukung budak kecik yang tak reti diam ni. hehee..

Selamat ulang tahun Ika. auntie zaza doakan ika jadi anak yang baik, dengar cakap mama, atok & nenek. Jangan malas nak belajar & kurangkan berangan barbie, jangan malas sembahyang, jangan kepoh sangat & jangan nak berdrama sangat la ikacerrr... =P














>> hadiah mintak kat mama ye.. ><

Wednesday, November 7, 2012

makan-makan

@Steamboat and Grill Cottage, Mount Austin, JB

bila kebosanan dan stress melanda, banyak sangat kuiz utk kelas yang tak sepatutnya ade kuiz, eloklah kami mereleaskan tension dengan memenuhkan perut.. puas hati.






Masa tengah makan hilang stress. OTW balik kolej, teringat balik pasal kuiz masing2 stress balik.. hahahaa.. whatever lerr...

diari nenek

kawan nenek