Monday, December 28, 2015

Semarak Kasih

kemain tajuk nak semarak bagai.. Hehehee.. Letih woi cuti 4 hari. Tu pun tak berapa nak tenang bercuti sebab student galak tanya pasal macam-macam topik. Maklum je la dah nak final exam.

Dok cuti berkumpul satu famili ni asyik mengunyahhhhh je. Rasanya balik rumah memasing dah tambah berat badan.

Happy birthday Icha & Zura!

Monday, December 7, 2015

page 340

ada beberapa minggu lagi sebelum menjelang 2016. banyak lagi perkara tak tercapai, bukan azam tahun ni tapi perkara yang aku azam nak capai lepas perkara lain tercapai sebab tahun ni azam cuma satu.. cuba jadi lebih baik. pembuka awal tahun nampak manis tapi penuh dengan perkara tak pasti. bukan nampak lagi, tapi memang terasa manisnya. awal tahun banyak benda jadi. banyak kenangan suka duka. struggle siapkan research sampai kerah semua orang tolong temankan aku buat experiment. email good luck yang selalu aku baca kalau rasa down nak writing thesis. adik-adik yang selalu support aku walaupun aku selalu garang-garang dekat lab. supervisor pun Ya ampun teramatlah ambil berat dengan progress aku. dan sahabat sejati yang tak boleh tengok aku stress terpaksa tolong aku writing. bersyukur sangat dikelilingi dengan orang-orang yang sealiran yang faham aku. masa tu rasa "Oh my God, I'm so blessed!" (huhuu.. teringat dialog anak buah kalau dia berangan princess-princess dengan makcik kecik dia).

pertengahan tahun rasa sesak sangat. terlalu banyak bermain dengan emosi. terlalu banyak marah, rasa tak puas hati. sampai tahap nak memberontak sangat. dalam masa yang sama beriya jugak habiskan belajar. lepas viva dan siapkan semua correction adalah jeda waktu yang sangat kritikal aku rasa. semua rasa lost sebab semua benda nampak samar-samar. tak tahu dah arah tuju nak kemana. aku istikharah. aku tekad nak ikut gerak hati aku sebab aku yakin, Tuhan akan sentiasa pandu arah aku selagi niat aku baik. aku keluar dari zon selesa dengan harapan aku boleh move on dekat tempat lain, tempat baru kononnya. tapi sebenarnya aku berharap kalau ada yang rasa kehadiran aku ni penting untuk dia, dia akan cuba dan berusaha untuk faham dan cari aku. tapi tak, tak ada pun usaha. aku dah nampak tu, tapi hati aku ni keras sangat yakinkan diri sendiri yang dia perlu masa. kelakar jugak aku ni, suka nak menidakkan perkara yang dah pasti. istikharah, aku nampak suasana yang asing sangat. aku pun dah tak mimpi sangat yang 'bukan-bukan'. entahlah, kadang-kadang perjalanan hidup ni rasa kompleks sangat, sampai tak kenal dengan diri sendiri. sampai kawan-kawan tegur, "ini bukan aiza yang aku kenal." entah macam mana lah aiza yang mereka kenal tu. aku pun tak tahu.

bercuti, berhibur, lepak dengan kawan-kawan adalah perkara yang jarang aku buat tahun ni. hidup sekarang dikelilingi dengan orang yang fokus kerja, kelas, kursus, kerja, meeting, kelas. semuanya serius. tak ada dah manusia nak aku meluahkan rasa, tak ada dah manusia nak komen aku bila aku kuat drama. tak ada. cuma kadang-kadang cakap sorang-sorang sebab penat sangat tanggung sendiri dalam hati. tak ada manusia nak dengar, tapi aku tahu Tuhan sentiasa dengar dan tengok drama aku, aku sendiri. penghujung tahun macam hectic sangat. siap konvo. aku dah dapat sasaran 'kepuasan peribadi' aku sendiri. dah ada phd. bab kerja dan mendapatkan kerja rasanya perjalanan aku lancar sangat. selesai hantar thesis, kerja dengan bekas supervisor sebulan, berhenti dan bercuti dekat rumah dua minggu, kerja sambilan dekat pasir gudang satu semester, sambil tu interview sana sini, habis kerja part time terus masuk kerja dekat parit raja dan sekarang ni sibuk nak habiskan silibus sebab tinggal seminggu sebelum study week. tak ada masa rehat yang betul-betul rehat. bercuti kononnya dekat tioman hari tu pun bos sibuk tanya pasal kerja. fiuuhhh... apapun aku syukur, Alhamdulillah dengan rezeki kerja yang macam ni. syukur sangat!

penghujung tahun ni macam sentap sikit sebab ada hal yang terjadi tiba-tiba. hal yang sedih. cukup dah rasanya satu hari aku berfikir sendiri, meroyan, meluahkan rasa pada yang sudi mendengar, menangis pun dah cukup. "orang yang tak yakin je jawab soalan dengan soalan" and I always did. tapi sekarang aku yakin, pilihan aku untuk balik semula ke daerah lahir memang sangat tepat. orang yang sayang kita akan selalu sokong cita-cita dan impian kita. itu yang aku tak nampak dulu. terlalu nak menyokong orang lain sampai aku lupa nak motivate diri sendiri, sampai lupa aku tak perlu jadi orang lain untuk sentiasa visible depan orang lain 'itu'. sampai aku lupa orang yang sepatutnya aku perlu jaga hati dan kasih mereka adalah mak ayah aku, adik beradik aku yang selalu sangat faham dan bertolak ansur untuk aku. aku ni, selalu sangat tak hargai apa yang ada depan mata. selalu sangat terkejar-kejar perkara yang tak munasabah untuk diri sendiri. sikap yang macam ni yang perlu aku tinggalkan dalam tahun ni. tak perlu nak carry forward tahun depan. tak perlu. cukuplah setahun ni aku banyak buang masa dengan perkara tak pasti yang ghaib dan halimunan macam ni. cukup!

perkara yang aku belajar tahun ni;
1. lebih menyayangi orang yang selalu tunjukkan sayang pada kita.
2. jangan tunggu atau tangguh azam kita hanya kerana nak tunggu orang lain yang 'tak penting'
3. jadi diri sendiri
4. mak ayah selalu sayang aku walaupun aku ni banyak menyusahkan diorang.. huwaaaa!!!

jadi tahun depan aku seharusnya lebih menghargai orang-orang terdekat. jangan fikir terlalu complicated. bagi peluang dan sayang diri sendiri. belum terlambat nak jadi insan yang baik. semoga dipermudahkan segala urusan. Amin ya Rabb.



*saja je nak tulis summary tahun ni awal sikit sebab tahu esok lusa mesti super duper busy tak sempat nak online tulis diari.

Tuesday, December 1, 2015

Disember..

.. dan kelas ambil alih pun bermula. Kau bayangkan.. ada empat kelas, tinggal satu topik akhir, tapi semua benda student tak faham. Minggu kuliah tinggal dua minggu je, tolak satu minggu untuk presentation tinggal seminggu je nak buat revision... semua topik. Kau rasa kau nak buat apa? Dari semalam dah rasa senak perut aku melayan students datang melawat ofis bawak berbondong-bondong soalan terperap. Terpaksalah ajar satu-satu dari awal, basic yang entah ceruk mana punya basic dengan harapan tiba-tiba terbit ilham dekat pelajar tu nak faham dengan jelassssss. Aku dah seram ni. Sangat bijak nak handover kelas di saat akhir. Tapi sebenarnya aku rasa mujur jugak aku 'dapat' kelas-kelas ni. Kalau tak sampai bila-bila la tak tahu apa masalah diorang. Harap sangat dengan masa yang singkat ni aku diberi ilham dan kekuatan untuk motivate semua orang. Dannnn aku berharap sangat lepas ni semua cikgu, pensyarah, guru yang dah diberi tanggungjawab mendidik dan mengajar, mengajarlah dengan bersungguh. Jangan sambil lewa dan syok sendiri je, cukup bulan dapat claim pergi shopping. blergghhhh...

diari nenek

kawan nenek