Monday, December 28, 2015

Semarak Kasih

kemain tajuk nak semarak bagai.. Hehehee.. Letih woi cuti 4 hari. Tu pun tak berapa nak tenang bercuti sebab student galak tanya pasal macam-macam topik. Maklum je la dah nak final exam.

Dok cuti berkumpul satu famili ni asyik mengunyahhhhh je. Rasanya balik rumah memasing dah tambah berat badan.

Happy birthday Icha & Zura!

Monday, December 7, 2015

page 340

ada beberapa minggu lagi sebelum menjelang 2016. banyak lagi perkara tak tercapai, bukan azam tahun ni tapi perkara yang aku azam nak capai lepas perkara lain tercapai sebab tahun ni azam cuma satu.. cuba jadi lebih baik. pembuka awal tahun nampak manis tapi penuh dengan perkara tak pasti. bukan nampak lagi, tapi memang terasa manisnya. awal tahun banyak benda jadi. banyak kenangan suka duka. struggle siapkan research sampai kerah semua orang tolong temankan aku buat experiment. email good luck yang selalu aku baca kalau rasa down nak writing thesis. adik-adik yang selalu support aku walaupun aku selalu garang-garang dekat lab. supervisor pun Ya ampun teramatlah ambil berat dengan progress aku. dan sahabat sejati yang tak boleh tengok aku stress terpaksa tolong aku writing. bersyukur sangat dikelilingi dengan orang-orang yang sealiran yang faham aku. masa tu rasa "Oh my God, I'm so blessed!" (huhuu.. teringat dialog anak buah kalau dia berangan princess-princess dengan makcik kecik dia).

pertengahan tahun rasa sesak sangat. terlalu banyak bermain dengan emosi. terlalu banyak marah, rasa tak puas hati. sampai tahap nak memberontak sangat. dalam masa yang sama beriya jugak habiskan belajar. lepas viva dan siapkan semua correction adalah jeda waktu yang sangat kritikal aku rasa. semua rasa lost sebab semua benda nampak samar-samar. tak tahu dah arah tuju nak kemana. aku istikharah. aku tekad nak ikut gerak hati aku sebab aku yakin, Tuhan akan sentiasa pandu arah aku selagi niat aku baik. aku keluar dari zon selesa dengan harapan aku boleh move on dekat tempat lain, tempat baru kononnya. tapi sebenarnya aku berharap kalau ada yang rasa kehadiran aku ni penting untuk dia, dia akan cuba dan berusaha untuk faham dan cari aku. tapi tak, tak ada pun usaha. aku dah nampak tu, tapi hati aku ni keras sangat yakinkan diri sendiri yang dia perlu masa. kelakar jugak aku ni, suka nak menidakkan perkara yang dah pasti. istikharah, aku nampak suasana yang asing sangat. aku pun dah tak mimpi sangat yang 'bukan-bukan'. entahlah, kadang-kadang perjalanan hidup ni rasa kompleks sangat, sampai tak kenal dengan diri sendiri. sampai kawan-kawan tegur, "ini bukan aiza yang aku kenal." entah macam mana lah aiza yang mereka kenal tu. aku pun tak tahu.

bercuti, berhibur, lepak dengan kawan-kawan adalah perkara yang jarang aku buat tahun ni. hidup sekarang dikelilingi dengan orang yang fokus kerja, kelas, kursus, kerja, meeting, kelas. semuanya serius. tak ada dah manusia nak aku meluahkan rasa, tak ada dah manusia nak komen aku bila aku kuat drama. tak ada. cuma kadang-kadang cakap sorang-sorang sebab penat sangat tanggung sendiri dalam hati. tak ada manusia nak dengar, tapi aku tahu Tuhan sentiasa dengar dan tengok drama aku, aku sendiri. penghujung tahun macam hectic sangat. siap konvo. aku dah dapat sasaran 'kepuasan peribadi' aku sendiri. dah ada phd. bab kerja dan mendapatkan kerja rasanya perjalanan aku lancar sangat. selesai hantar thesis, kerja dengan bekas supervisor sebulan, berhenti dan bercuti dekat rumah dua minggu, kerja sambilan dekat pasir gudang satu semester, sambil tu interview sana sini, habis kerja part time terus masuk kerja dekat parit raja dan sekarang ni sibuk nak habiskan silibus sebab tinggal seminggu sebelum study week. tak ada masa rehat yang betul-betul rehat. bercuti kononnya dekat tioman hari tu pun bos sibuk tanya pasal kerja. fiuuhhh... apapun aku syukur, Alhamdulillah dengan rezeki kerja yang macam ni. syukur sangat!

penghujung tahun ni macam sentap sikit sebab ada hal yang terjadi tiba-tiba. hal yang sedih. cukup dah rasanya satu hari aku berfikir sendiri, meroyan, meluahkan rasa pada yang sudi mendengar, menangis pun dah cukup. "orang yang tak yakin je jawab soalan dengan soalan" and I always did. tapi sekarang aku yakin, pilihan aku untuk balik semula ke daerah lahir memang sangat tepat. orang yang sayang kita akan selalu sokong cita-cita dan impian kita. itu yang aku tak nampak dulu. terlalu nak menyokong orang lain sampai aku lupa nak motivate diri sendiri, sampai lupa aku tak perlu jadi orang lain untuk sentiasa visible depan orang lain 'itu'. sampai aku lupa orang yang sepatutnya aku perlu jaga hati dan kasih mereka adalah mak ayah aku, adik beradik aku yang selalu sangat faham dan bertolak ansur untuk aku. aku ni, selalu sangat tak hargai apa yang ada depan mata. selalu sangat terkejar-kejar perkara yang tak munasabah untuk diri sendiri. sikap yang macam ni yang perlu aku tinggalkan dalam tahun ni. tak perlu nak carry forward tahun depan. tak perlu. cukuplah setahun ni aku banyak buang masa dengan perkara tak pasti yang ghaib dan halimunan macam ni. cukup!

perkara yang aku belajar tahun ni;
1. lebih menyayangi orang yang selalu tunjukkan sayang pada kita.
2. jangan tunggu atau tangguh azam kita hanya kerana nak tunggu orang lain yang 'tak penting'
3. jadi diri sendiri
4. mak ayah selalu sayang aku walaupun aku ni banyak menyusahkan diorang.. huwaaaa!!!

jadi tahun depan aku seharusnya lebih menghargai orang-orang terdekat. jangan fikir terlalu complicated. bagi peluang dan sayang diri sendiri. belum terlambat nak jadi insan yang baik. semoga dipermudahkan segala urusan. Amin ya Rabb.



*saja je nak tulis summary tahun ni awal sikit sebab tahu esok lusa mesti super duper busy tak sempat nak online tulis diari.

Tuesday, December 1, 2015

Disember..

.. dan kelas ambil alih pun bermula. Kau bayangkan.. ada empat kelas, tinggal satu topik akhir, tapi semua benda student tak faham. Minggu kuliah tinggal dua minggu je, tolak satu minggu untuk presentation tinggal seminggu je nak buat revision... semua topik. Kau rasa kau nak buat apa? Dari semalam dah rasa senak perut aku melayan students datang melawat ofis bawak berbondong-bondong soalan terperap. Terpaksalah ajar satu-satu dari awal, basic yang entah ceruk mana punya basic dengan harapan tiba-tiba terbit ilham dekat pelajar tu nak faham dengan jelassssss. Aku dah seram ni. Sangat bijak nak handover kelas di saat akhir. Tapi sebenarnya aku rasa mujur jugak aku 'dapat' kelas-kelas ni. Kalau tak sampai bila-bila la tak tahu apa masalah diorang. Harap sangat dengan masa yang singkat ni aku diberi ilham dan kekuatan untuk motivate semua orang. Dannnn aku berharap sangat lepas ni semua cikgu, pensyarah, guru yang dah diberi tanggungjawab mendidik dan mengajar, mengajarlah dengan bersungguh. Jangan sambil lewa dan syok sendiri je, cukup bulan dapat claim pergi shopping. blergghhhh...

Friday, November 13, 2015

Tahniah (dan cuba lagi)

Hari ni semorang dah boleh dah semak keputusan exam sem lepas. Puhh legaaa ramai yang happy dengan result memasing (walaupun sebenarnya sedih jugak sebab ada student aku yang fail. Ada 11 orang terkandas out of 131) *nanges...
Sayang-sayang semua, nak jadi engineer bukan senang. Yang penting kena faham fizik dulu ok. Physics and engineering berpisah tiadaaaa..

p/s Semoga berjaya semua. Akan ku sentiasa doakan kejayaan kalian.
Ikhlas dari ku, [Dr., Madam, Miss, Cikgu, Datin] mu.

Thursday, November 5, 2015

Tioman Oktober 2015

Bff getaway kekonon ke pulau.. Sorang stress kerja, sorang lagi stress belajar, elok sangat la tu.. Haha..
Tahun lepas pergi tak teringat pulak nak  buat itinerary. Tapi rasanya budget kali ni lebih kurang sama dengan percutian lepas walaupun kali ni macam kurang aktiviti, almaklumlah sekarang kena bayar gst *letak emoticon meh, tiba-tiba kena bayar semua mahalll...



27 Oktober 2015

Ok dah, first perjalanan dimulakan dengan langkah kanan keluar rumah dekat pasir gudang. Awal-awal pagi pukul 7 dah keluar, ikut highway senai-desaru dari pasir gudang dalam RM 5.60.
Lebih kurang dua jam bawak kereta sempoi-sempoi je sampai la kitorang dekat Jeti Penumpang Mersing. Weekdays.... jadi tak ramai sangat orang.
Parking kereta dekat sebelah public toilet, kena bayar dalam RM 10 sehari. Nampak selamat la sebab dorang jaga tempat tu. Kitorang parking tiga hari jadi terbanglah RM 30 begitu saja (tak dapek nak discount).
Lepas tu gi beli tiket feri pergi balik sorang masih lagi RM 70 and bayar fee untuk taman laut RM 10 bagi dewasa.
Dalam pukul 11 pagi, feri pun sampai dan berlayarlah kami selama dua jam nak sampai ke pulau.
Sampai je, dah zohor. Masing-masing dah kebulor gila. Tapi kitorang jadi pelik sikit sebab takde pun orang pulau nak tegur kami nak kemana macam pelancong lain. Kitorang ni dah nampak macam muka kepulauan kut. Tu yang dorang dok tak heran bila nampak kitorang. Hhuhuu.. sadis.
Lunch dekat Tekek dua orang makan nasi ayam dengan milo ais RM 18.
Siap lunch terus naik teksi ke Kg. Juara. Tambang satu kepala RM 25, jadi pergi balik Juara-Tekek RM 50.
Sampai Juara, laju-laju check in dekat Rainbow Chalet *wink. RM 60 satu malam untuk bilik ada kipas, ada katil saiz queen dengan single satu. Kalau nak air-cond RM 80. View kat situ subhanallah sangat la cantik and memang tak pernahnya tak cantik kalau nak cerita view dari tepi pantai ni. Cakap la pantai mana pun semua aku cakap cantikkkk.....!



Tangan tu kenapa, tangan?


Bila cuaca dah redup sikit, laju-laju kejar pantai. Aku... sorry, tak berenang. Acah-acah main air je.

Nak jugak posing style piha cuma tangan tu tak nak gedik sangat.. HAHAHA!!
View dari tingkap Rainbow Chalet.

Sampai dekat maghrib baru la balik chalet untuk solat dan bersiap-siap nak keluar dinner.
Dinner makan yang biasa-biasa je dua orang dah RM 25. Huhuu... fahammm, pulau kan.
Habis makan kenyang tak kenyang tu lepak la tepi pantai sambil curhat disaksikan sinar rembulan.
Ngantuk, balik tidur.


28 Oktober 2015

Bangun pagi kekonon nak tengok sunrise and morning walk sekitar Juara. Sekali tengah-tengah berjalan sambil nak update skill maharajalawak kitorang, hujannnnnnn! Tak payah nak cerita lebih, kau bayangkan je la. Memang tak kelakar bak kata brader pulau rambut ketak ittewww.
Hujan reda je, balik chalet siap-siap. Dengan dua-dua kebuluran, pergi la cari breakfast. Breakfast ala-ala omputeh RM 12 sorang.
Lepas tu tak serik lagi nak round satu Juara, kitorang sewa basikal. Sejam RM 5.
Pukul 2, packing barang and check out, terus ke Tekek.
Check in pulak dekat Coral Reef Chalet. Pun satu malam RM 60. Tapi ni bilik dekat atas, toilet kat bawah. Not bad la.



Petang jalan-jalan sewa basikal ke taman laut lepas dinner awal. Asyik naik basikal je ke sana-sini sampai naik kematu bon*** memasing. Kau rasa lagi tak Piha tulang-temulang kau rasa macam senak tak boleh blah. Hahahahaa!



Malam tu kekonon nak sambung curhat bawah pokok sambik teguk nescafe, sekali hujan mencurah selebat alam.
Tarik selimut nak tidur tapi memasing sakit tulang, tak lena nak tidur.


29 Oktober 2015

Lepas subuh, siap-siap nak balik sebab feri pukul 9 pagi.


Sebelum balik, kita rasa dulu nasi lemak tioman.. Sedap!

Conclusion kitorang bercuti ni budget dalam RM 280+. Tak ada aktiviti pun dah mahal. Tahun lepas banyak aktiviti tapi budget lebih kurang je sebab banyak benda dapat free..



BABAI TIOMAN.. Jumpa lagi deh kesayangan..



Wednesday, October 28, 2015

Tak kelakar pun

(Ini bukan pantun)

Pergi bercuti, cuaca mendung
Nak berenang, hari hujan
Nak makan, kedai tutup
Naik basikal, sakit lutut.

Saturday, October 17, 2015

Tuesday, October 13, 2015

Tak manis



Sekali pandang nampak cantik je.
Dah tau dah dalam tu inti gula melaka.
Dah boleh bayangkan, kalau gigit separuh habis meleleh gula melaka kena dekat baju.
Jadi nak tak nak, terpaksa masukkan seketul terus dalam mulut.
Kalau kecik ngam-ngam je, mujur.
Kalau besar lepas tu tebal pulak tepung tu..pasrah je.
Terpaksa kunyah laju-laju.
Barulah tau rasa buah melaka yang cantik tadi macam mana.
Tepung tebal dan gula melaka sikit.
Tawar.
.
.
.
Sekarang kena hadap je. Semua dah ada keputusan sendiri. Moga tabah walaupun tak manis.

Monday, September 28, 2015

s e p t e m b e r dah

dah nak sampai penghujung..

dah masuk minggu study week dah pun.. huiii.. study week la sangat, tiga hari aje pun. lusa dah mula exam. student pun masing-masing dah sibuk minta carry mark kekonon nak budget berapa nak score masa final. lab report berlambak lagi tak siap tanda. masa ni jugak la berduyun nak jumpa minta terangkan balik mana-mana topik yang tak paham. masa ni jugak la 'depa' dok kalut nak buat meeting.

dah benda nak jadi. bawa kereta secermat berhati-hati sangat pun, kalau orang lain cuai tetap la berdentum jua. kesian jnh. ku tatang bagai minyak yang penuh walaupun kadang-kadang tank minyak tak la penuh sangat, bercium jugak kau akhirnya dengan kereta lain. aduhaiii pakcik, eksaited benor engkau nak balik raya sampai kau langgar je jnh aku. bukan laju pun. selooo bebeno pakcik oii.. orang lain nak masuk simpang, boleh tak kau bawak bersabar? bawak-bawak mengucap. huishhh, nasib baik la engkau nak bertanggungjawab, terbang jugak la rm550 engkau wahai pakcik. semoga lepas ni pakcik murah rezeki dapat cover balik nilai yang dah 'tersedekah' dekat jnh aku yang memang dah lama mengidam nak ganti bumper baru. semoga juga pakcik lebih berhati-hati bila memandu lain kali. semoga jpu pakcik lekas 'sembuh'.

dah nak buat macam mana. kontrak lambat lagi nak habis. kena la tunggu mereput sikit lagi. baru la boleh fikirkan nak pindah tempat baru. dah tak sabar ni nak buat kad matrik yang color color biru merah tu. macam cantik je dok ushar member punya kad matrik dari hari tu. heuheuheuu.. punya la dulu beriya tak nak kerja dekat dengan rumah, paling tak pun dok sambung mereput kerja dekat tempat belajar dari 'darjah satu', tapi nak buek camno rezekinya tak ada di sinun. pergi interview, interview susahhhh.. huhu.. selamat tinggal utm. tak sabar nak masuk dsi nak konvo. dah lepas tu tak tau nak sambung apa lagi. postdoc tu nanti nantilah tunggu masa sesuai.

dah lepas ni bawa haluan masing-masing. kau nak terus, terus lah. jalan biar lurus. aku rasa, aku nak ambik simpang kanan ni, nampak macam lengang je. dah sampai nanti bagitahu!

dah la. meeting

kbai






Thursday, September 17, 2015

Pihare si budak nakal

a.k.a SITI NORFARHA BINTI MAT RIFIN.
Happy 20th anniversary beb!
(Sambil kau pasang lagu Imran Ajmain, selamat ulang tahun saiyyannggg..kau baca la ucapan madah berlafaz syahdu dariku untukmu)
Terima kasih pihaku sudi berkawan dengan aku. Sudi buat kerja gila sama-sama dengan aku. Sudi layan kerenah aku dengan penuh sabar dan tabah. Sudi selalu plan macam-macam aktiviti. Paling aku rindu, brainstorming meeting dalam kereta before keluar mencari sakinah. Thank you jugak sentiasa ada saat aku susah, sedih, meroyan, makan hati dan kuat drama. Kalau takde kau, mungkin aku cuma sebujur jasad mereput di bucu katil menanti sinar cahaya keindahan dari celah tingkap dengan penuh harapan pelesu.
Ok, jadi sebagai ucapan ulang tahunnya, Selamat menjalani sisa-sisa usia remaja dengan penuh ghairah. Setahun dua lagi kau kena terima hakikat duniawi yang kita bukannya lagi seorang insan dengan kuasa jimba menyamai kuasa kuda 10 ekor kuda jantan. Hahahhahaa!
Semoga hari-hari yang mendatang lebih membahagiakan. Semoga setiap keputusan dan pengalaman lebih mematangkan. Dan semoga semoga dan semoga lagi keindahan kegembiraan ketenangan hidup bersama yang tersayang menjadi hak milik kekal kau selamanya.
Dr.-to-be, wish u all the best! Tak sabar nak panggil Dr. Piha in public kuat-kuat, atleast legal and official. Akan ku tunggu mu di pintu DSI.
Muahhhhh!! (kehkehkehh)
Nah aku belanja eskem

Sunday, August 23, 2015

Putera dah muncul!

Selamat hari lahir Ammar Hazziq..!

Kalau dengan kakak Icha & kakak Ika kami ajak jalan-jalan shopping, main make up make up, dengan Ammar nanti kita nak main apa ya?

........... (nanti aunty zaza fikir)

Monday, July 13, 2015

..

Gigih semua orang dah balik cuti raya kami datang ofis lagi ambik gambar raya. Fsg gigih!




(pui)

Thursday, July 9, 2015

Selamat Hati Raya

Trying so hard to be cool, walaupun takdelah cool mana pun. Act like there's nothing to be afraid of. Act natural. Pura-pura tenang. Yang penting muka tu kena yakin. Nak cakap pun biar terang dan lantang sampai takde timbul keraguan sikit pun. Hidup, memang kadang-kadang rasa fake tapi atleast ada la sikit rasa happy, biarpun happy yang palsu je. Riang ria tiruan cap ketupat. Habis raya orang tak ingat dah ketupat lemang.
Ok ngarut

Takde la jauh pun. Sekangkang kera pun tak sampai. Kera tak sempat habis kangkang pun dah boleh sampai dah. Tak kira la aku ke sana ke, ke sini ke, jaraknya sama je. Sedepa. Tak jauh. Jangan la asyik dok tanya berapa lama nak duduk sana sini and kenapa tak stay. Cuba tanya diri sendiri tu apa action plan kau? Kalau dah tak peduli tu memang sampai bila-bila la tak peduli. Kalau boleh pergi ke marikh patah balik ke bulan lompat ke bumi pun, belum tentu la nak peduli. So, apa kau tunggu lagi za. Kau pun jangan peduli!

Akhir kata, tak tahu la macam mana akhirnya cerita ni. Mungkin belum keluar tv dah kena reject awal-awal dengan director sebab director tension setiap episod tak boleh nak relate.

Sekian, selamat hati raya. (bukan typo, memang sengaja nak tulis selamat hati raya. Tak suka jangan nak sakit hati sangat)

Sunday, June 21, 2015

Transisi

Eiii.. Busynye konon sampai lama tak update dalam blog. Nanti esok-esok dah tua lupa pulak cerita-cerita sendiri.. Huhuhuii.. Hari ni dah 4 Ramadhan. Laju-laju je masa berlari. Tak sempat nak hilang penat kumpul dari isnin minggu-minggu lepas.
Memang la berminggu, mula dengan jalan-jalan pulang utm hari isnin, patah balik bp sebab nak datang interview uthm, pusing lagi ke pasir gudang untuk uitm pulak. Isnin depannya datang lagi utm temankan hana jumpa sv, patah balik bp. Selasa pergi melapor diri dekat uitm ni ha.
So sekarang, dok melanguk dalam ofis nak siapkan nota kuliah. Uhuii.. Tabah deknon. Lama tak masuk kelas mengajar rasa macam kekok pulak. Mujurlah student sporting layankan je bengong-bengong aku, kalau tak skema je nanti aku yang stress.! Zaman muda-muda dulu entah apa la yang aku study, semua macam lost tiba-tiba. Uhuii.. Gile!
Satu je, uitmpg best. Yang tak bestnya.... hari-hari jem

Okbai

Friday, June 5, 2015

ohoi

chapter baru.

interview next week.

rase seram gilos siap nak kena mock teaching bagai.

Monday, April 20, 2015

Geng jimba: Tg. Leman

Melayankan miss hana yang nak carik pantai dan meraikan hari 'kemenangan', sepatutnya ke tioman tapi sebab masa singkat sangat sempat jejak tanjung leman je. Tak kisahlah. Janji kemaruk angin pantai terubat.

Nak jugak letak itinerary kat sini. Hehe
- Sebab gerak dari skudai je, duit minyak dalam rm50 skudai-mersing-batu pahat (siap kira balik rumah)
- tido kat Felda Residence Tg Leman satu malam RM240 (weekend) untuk bilik superior. Kalau weekdays RM190.
- kalau nak gi pulau sibu RM 70 utk dewasa. Tapi kitorang tak gi pun sebab tak cukup masa.
- tambah makan-makan 2 hari 1 malam dalam RM50.
- total semua bahagi dua (sebab pergi berdua je) ada la dalam RM 170 sorang.

Jimat sangat gi cuti kali ni. Gi pusing-pusing dalam Johor je cukup. :)

Tuesday, April 14, 2015

Akhirnya lagi tiga langkah

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat dah lepas stage paling seriau dalam hidup. Lepas ni nak kena siapkan pembetulan laju-laju, kejar tarikh meeting senat, carik keje!

Weehuuuuu!

Saturday, April 11, 2015

meh

Mintak relationship advise dari orang yang tak pernah ada relationship ni macam nak suruh kucing bergolek. Dia tahu kita nak main-main dengan dia, tapi dia tak faham bahasa kita nak suruh dia bergolek. Last-last dia cuma meow meow buat muka manja. Sorang happy, sorang lagi happy tapi tak puas hati.

* tolong jangan mintak nasihat dari aku. aku bukan dokte cinte.. uhuuu

Wednesday, April 8, 2015

tiktoktik

Stress la jugak nak mengadap hari selasa minggu depan. Macam-macam probability yang boleh jadi. Lulus gagal b1 b2. Paling seram kalau ter'malukan' sv depan semua orang. Benci betul la kena present cakap lama-lama sorang-sorang. Serius benci. Tapi macam mana pun kena lalui jugak. Kalau tak selagi tak lalu, selagi tu lah takde ending. Kalau tak viva, sampai bila-bila la tak dapat holiday. Em em emmm...

Thursday, April 2, 2015

Page : 91

Terlebih fikir boleh bikin stress. Fikirkan risiko dan penyelesaian sekaligus buat fikiran makin serabut. Fikir banyak dah, terbelit-belit, bersimpang-siur, akhir sekali tak jumpa permukaan, lemas sesak nafas sorang-sorang.

Tindakan? Hey, bertindak la aiza!

Saturday, March 21, 2015

again... tajuk?

inilah masanya nak buat pilihan. buat keputusan. perlukan perubahan. atau mungkin tak ada apa yang perlu berubah. teruskan? atau ke kiri? ke utara mungkin. mana-mana saja. aku perlukan satu keputusan. aku perlu buat keputusan. kalau apa yang aku buat selama ni sia-sia, aku harap Tuhan tunjukkan suatu hikmah supaya semua yang mungkin sia-sia, ada hasil yang terbaik untuk aku. Aminnnn. InsyaAllah.

Wednesday, March 11, 2015

rugi ke?

Orang tamak selalu rugi? Tak kot.. Kalau tamak beli buku tak rugi kan? Fuhhhh... Sejenis kegembiraan kalau dapat jejak kedai buku. Rasa tamak nak beli semua. Yang penting buku bukan akademik. opsss!

Tuesday, March 10, 2015

Kecintaan

Sepatutnya tengah sibuk siapkan slide viva voce awal bulan depan. Tapi sebaliknya...., sibuk nak melayan perasaan rindukan pantai. Entah angin kus-kus mana yg menyampuk agaknya ni.

Teringat-ingat hangatnya pasir pantai, terasa-rasa sejuknya air laut, terdengar-dengar deruan ombak, terbuai-buai hembusan angin. Terik yang damai, luas dan bebas. Pantai adalah satu kecintaan aku. Satu, bukan suatu. Satu yang pertama. Pilihan hati, tak ada sayang pantai pun sudah cukup. Walau berapa kali pun kaki jejak ke pantai, aku susah nak puas. Belum pulang dah rasa rindu. Bila dah jauh, rasa separuh jiwaku pergi bak kata Anang.

Aku nak kembali ke sini. Tioman.

Saturday, March 7, 2015

a w a n nano

mereka umpama awan
setiap hari berubah
setiap hari hadir berbeza
hari ni kita jumpa awan tebal,
bulat-bulat, berlonggok
esok mungkin kita akan jumpa
awan tipis, segaris-segaris
kadang bentuk awan yang bermacam
mampu buat kita senyum
mudahnya terhibur
kita jadi lebih kreatif
nak membayangkan rentak awan
tapi masih tak terdugakan bentuk awan
bulat atau tipis yang akan kita hadap
bila awan hilang ditiup angin,
hilang bentuk,
kita pun lupa
awan ada macam-macam
tapi semua sama je
semuanya wap air.

Hilang awan,
langit cerah!



Monday, March 2, 2015

same old same old

tak ada apa yang berubah rasanya. cuma tukar angka. yang lain sama. penghayatan mungkin berbeza sikit, lebih mendalam. tapi segelintir perkara aku lebih suka kekalkan sama seperti dulu. aku masih aku, kalau berubah pun mungkin dengan jarak seinci aku.

Love you!

Friday, February 27, 2015

"Dan kepada Tuhanmu, berharaplah"

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 


Bukankah Kami telah melapangkan dadamu?  

Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat?

Yang membebankan punggungmu?
Dan Kami muliakan namamu. 

Sesungguhnya disamping kesukaran datanglah kesenangan. 

Sesungguhnya disamping kesukaran datanglah kesenangan. 

Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan) maka bersusah payahlah (mengerjakan lain pekerjaan). 

Dan kepada Tuhanmu, berharaplah. 


_al-Insyirah


Tuesday, February 24, 2015

pada suatu hari...


ada ramai yang singgah. bersama-sama, gembira, sampai terbit suatu rasa.


hingga jadi tanda tanya. sendiri merasa. tak pasti. perlu atau tidak tak menjadi soalan. 


pandangannya jauh. rasanya dekat. tapi itulah.., hanya perasaan. lambat laun ianya hanya beban yang menyesakkan. 


beginilah kita. tak seiring, tak sesuai, tak sepadan. aku sedar, dan sedarlah.


aku akan lepaskan rasa ini. biar jauh terbang. ikutlah angin, ikutlah bayu, jauh dariku.



selamat tinggal.

Sunday, February 22, 2015

.

dah la sedih tak nak ada crush lagi perlukan keamanan apa yang dah tertulis dan ditakdirkan berlaku pasti akan berlaku aku berhenti setakat ini okbai.

Friday, February 13, 2015

wish list

I want to own this cutie!!

Tapi kalau dapat sewa jap satu hari pun jadi laa..

Cemburu tengok orang lain drive benda comel ni....

InsyaAllah one fine day, nak satu.

Thursday, February 5, 2015

Lepas

Ada masa kenangan perlu diabadikan dalam ruang kaku, ada kalanya lebih indah bila dibiarkan hidup dalam ruang memori. Tak semua yang indah di mata cantik pada gambarnya, dan tak semua yang tergambar membawa maksud yang setara.

Yang menulis, aiza.

Tuesday, February 3, 2015

3 saat

Mula eksperimen 5 Januari 2014.

Siap writing thesis hari ni, 3 February 2015.

Buat PhD setahun dan 29 hari adalah gila!

Ni semua kerja gila.
.
.
.
.
.

*tapi rasanya bukan aku sorang je yang gila. ehee...

Monday, January 26, 2015

-

Penat hari-hari pura-pura tak ada apa berlaku. Penat hari-hari pura-pura aku ok. Penat hari-hari pura-pura tabah dan tuli.

Padahal dalam hati ni rasa macam ada beban seberat anak gajah.

Mungkin aku patut pergi~

Sunday, January 25, 2015

thinking out loud - Ed Sheeran



When your legs don't work like they used to before
And I can't sweep you off of your feet
Will your mouth still remember the taste of my love?
Will your eyes still smile from your cheeks?

And, darling, I will be loving you 'til we're 70
And, baby, my heart could still fall as hard at 23
And I'm thinking 'bout how people fall in love in mysterious ways
Maybe just the touch of a hand
Well, me—I fall in love with you every single day
And I just wanna tell you I am

So honey now
Take me into your loving arms
Kiss me under the light of a thousand stars
Place your head on my beating heart
I'm thinking out loud
That maybe we found love right where we are

When my hair's all but gone and my memory fades
And the crowds don't remember my name
When my hands don't play the strings the same way
I know you will still love me the same

'Cause honey your soul could never grow old, it's evergreen
And, baby, your smile's forever in my mind and memory
I'm thinking 'bout how people fall in love in mysterious ways
Maybe it's all part of a plan
Well, I'll just keep on making the same mistakes
Hoping that you'll understand

But, baby, now
Take me into your loving arms
Kiss me under the light of a thousand stars
Place your head on my beating heart
Thinking out loud
That maybe we found love right where we are

So, baby, now
Take me into your loving arms
Kiss me under the light of a thousand stars
Oh, darling, place your head on my beating heart
I'm thinking out loud
That maybe we found love right where we are
Oh, baby, we found love right where we are
And we found love right where we are

:)

Sunday, January 18, 2015

12

Hari lagi... Entah la sempat ke tak nak submit before due date ni.. Dah hantar kat SV chapter 4 tapi sebab nipis terus kena reject. Sakitnya tuh disini * sambil tunjuk kepala (otak). Pulun jangan tak pulun.

*

Thursday, January 15, 2015

kakak

Orang cakap aku garang, perangai kak long kak yong, suara kasar, cakap lepas, muka tamo senyum, asyik nak 'lempang' orang je, bahasa tak indah, tak friendly.

Seriously, you don't know me. Luaran kau boleh tuduh sembarang dan aku tak perlu pun nak buktikan apa-apa. Terpulang kalau nak anggap aku ni kaki pailang sekalipun.

Ini aku, dan aku tak perlu jadi orang lain untuk dapatkan pujian dari orang lain. Eh, dan ingat ni, aku tak harap semua orang suka aku dengan cara aku sebab aku pun bukannya suka sangat dengan cara semua orang*

* ada yang terkecuali dalam maksud entry ni.

Saturday, January 10, 2015

ti pi ka L

Gambar tipikal bila orang muat naik gambar dari aplikasi #vsco,

Fokus pads satu subjek, jarak dekat dan 'plain'




Perbuatan tipikal bila orang stress dan perlukan ketenangan,

Makan. Makan. Makan lagi 





Tipikal aku yang selalu tak ada motif,

Snap je apa-apa subjek. Random



diari nenek

kawan nenek