Friday, August 27, 2010

tak perlu kot..

Asal bukak facebook je status 'dia' dah berubah.. setiap 5 saat tukar status kat fb.. post status pasal 'hari ni nak makan ape?' 'besok nak dating dgn sape?' 'sy sakit hati dgn kamu!' 'nak gi kelas nak pakai baju ape?' 'sy dah siap buat itu & ini' 'sy dah baca itu & ini'.... bla..bla..blaa....

Banyak sgt post sampai orang nak baca pon naik bosan.. kadang2 meluat jugak.. macam saje nak menunjuk rajin/comel/bagus/baik.. tapi hakikatnye, 'budget betol la budak ni...'

Opss.. tergigit lidah... ade org tengah mengutuk nenek ke...?????

* 'dia' di sini bukan merujuk kpd seseorang tetapi ramai orang..

kaassyuttt.......





























Apekah semua ini....???? huhuu... nenek tengah pening nak carik design kasut yg macam mane.. nak yg tinggi kah? rendah saje kah? tutup penuh? separuh? banyak tali? aiiii..... itu baru bab patern, belum warna lg.. nak kasut warna ape? biru? pink? merah? hijau? atau warna selamat, hitam & putih??

Thursday, August 26, 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!!

Iyeaa.... sedar atau kita semakin hampir pd tarikh 31Ogos... maknanya dah hampir 53 tahun negara kita ni merdeka... Syukur sgt.. harap2 kemerdekaan yg kita kecapi ni berkekalan....

Tapi ape yg nenek perasan, semangat kemerdekaan kali ni tak berapa menyerlah.. biasanya org berlumba-lumba pasang bendera kat depan rumah, kereta, motor, basikal,, tp kali ni mcm ramai yg terlupa nak pasang.. mungkin disebabkan semangat nak raya lebih membara dr semangat merdeka.. tu yg tak sengaja 'terlupa' nak kibarkan bendera tu....

Marilah bersama kibarkan jalur gemilang.. Merdeka!!

Tuesday, August 24, 2010

pedihnya sakaratul maut..

Nenek nak kongsikan bersama...


Posted by Hafizuddin on August 25, 2009 at 1:33pm


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda katanya, "Apabila telah tiba hari kiamat kelak maka diperintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan sangkakala sebanyak 3 kali. Tiupan pertama sebagai peringatan, tiupan kedua untuk mematikan semua makhluk yang ada dimuka bumi ini dan tiupan ketiga untuk menghidupkan kembali semua umat, bermula dari umat Nabi Adam hinggalah kepada umat Nabi Muhammad. Setelah semua mati maka tinggallah Malaikat Jibrail a.s., Mikail a.a., Israfil a.a., dan Hamalatul Arsy.

Allah lalu memerintahkan Malaikat Maut (Izrail a.a.) mencabut semua nyawa malaikatnya. Maka Allah bertanya, "Wahai Izrail! Siapa yang masih tinggal?" Jawab Izral, "Engkau ya Allah, zat yang Maha Hidup dan tidak akan mati untuk selama-lamanya yang tinggal hanyalah aku seorang hamba yang lemah dan tidak berdaya". Lalu Allah berfirman, "wahai Izrail! Tidakkah engkau tahu, setiap yang bernyawa itu akan merasai mati, Aku jadikan engkau untuk melaksanakan tugasmu dan kau juga harus mati".

Maka pergilah Izrail kesuatu tempat diantara syurga dan neraka (menurut sebahagian riwayat) untuk mencabut nyawanya sendiri. Apabila rohnya dicabut maka terjerit terlolonglah Malaikat Izrail seperti orang gila yang tidak keruan. Andaikata masih ada makhluk Allah dimuka bumi waktu itu nescaya akan mati semuanya kerana mendengar jeritan yang amat dahsyat. Berkata Malaikat Izrail a.a., "Kalaulah begini kesakitannya semasa mencabut nyawa, sudah tentu ketika mencabut roh orang-orang mukmin aku akan cabut dengan cara yang paling lembut sekali".

biskut raya.. kek raya.. langsir raya.. baju raya...


Masuk hari ni InsyaAllah dah 14 hari umat Islam b'puasa.. setengah bulan lg, raya..!! biasanye time2 mcm ni la suri rumah sibuk dgn persiapan raya.. dah mula kemas2 rumah, buat biskut raya, susun pasu bunga.. Yang mane ambik tempah menjahit, 2 3 bulan sblm raya dah siapkan baju raya untuk keluarga (mcm mak nenek a.k.a emak saya).. 

Memandangkan raya kali ni nenek nak mntak cuti melampau (smnggu sblm dan slps raya), maka nenek dgn berbesar hatinya akan take over keje m'buat biskut raya kat rumah.. ye la kan, mak nenek pulak sibuk menjahit baju2 orang, nnt tak sempat plak nk buat biskut..

Macam biasa, biskut raya wajib setiap tahun yg nenek rase2 nak buat...








Tak sabarnye........ (/^_^)/

Saturday, August 21, 2010

Salam Takziah buat sahabat karibku Siti Aishah Hassan......

Disebabkan hari ni hari sabtu, nenek plan nak klua dgn kawan2 nenek gi shopping kasut raye.. Tapi, pg td pd pukul 10.52 am, nenek terima sati berita yg menyedihkan.. ayah kepada sahabat karib nenek mengalami kemalangan jalan raya. 8 tulang rusuk patah dan tertusuk ke paru-paru.... Lokasinya nenek tak pasti. sekarang waktu nenek menulis entry ini, ayah sahabat karib nenek sedang diberi rawatan kecemasan di ICU Hospital Batu Pahat. walaupun nenek tak dapat berada disisi Aisha sekarang, tapi nenek tak henti2 berdoa smoga semuanya selamat... Aminnn......

Friday, August 20, 2010

tanda-tanda kiamat (part 1 -5)

Pertama sekali, nenek nak ucapkan terima kasih kepada 'puteramuslimin' sbb beliau tlh upload video ni kat youtube.. harap dapat kita kongsikan pengetahuan ini bersama.. Kiamat adalah sesuatu yg diluar jangkauan akal pemikiran manusia dan hanya Allah S.W.T saje yg tahu.. Kiamat itu pasti akan datang.. untuk itu, kita harus persiapkan diri, bkn dgn bersembunyi dlm gua, duduk bawah tanah atau buat kapal besar.. tapi perbanyakkanlah ibadah.. Wallahualam...







Tuesday, August 17, 2010

kusyuk..tak..

Alhamdulillah, mlm ni nenek dpt sama2 tunaikan solat sunat tarawih dgn kwn2 lain kat dewan kolej nenek.. cam biasa, port strategik nenek and the gang, saf ketiga dari belakang, paling kanan (senang nak keluar kalau dah habis solat.. huhuuu...). Nak dipendekkan cerita, masa baru rakaat kedua, nenek ada terbau sesuatu.. sangat wangi... alahai... nenek ni dah la sensitif bab2 wangi ni lagi2 minyak atar, cpt pening.. mula la kepala ni rase tak betul.. dalam hati nenek berdoa banyak2 supaya tuan empunya diri yg pakai wangi2an ni dok solat jauh sikit.. mmg mase tu dah tak boleh nak fokus kat solat dah.. rase nak lari pun ade.. adehh... 

Kuasa Tuhan, lps je selesai rakaat ke4 nak masuk kelima, member yg solat sebelah nenek beralih ke depan dan nenek sedar ada orang lain ganti tempat member tu.. bau wangi tu makin kuat.. nenek toleh. erk.. akak african.. tinggi.. bau..?? mak aii.. wangi.. bau minyak atar..! huhuu... nenek mintak dijauhkan, tapi dia datang makin dekat. berdiri bahu ke bahu plak tu.. huh, sudah.. mase tu mmg dah tak khusyuk dah.. kaki rase tak jejak kebumi.. diawang2an sbb pening sgt..

Sudahnya, masuk je solat sunat witir, nenek gerak ke saf depan.. sblm nenek pengsan kat situ, baik nenek jauhkan sikit dr akak african tu..

MORALnya, masa solat tu tumpulah sepenuh perhatian pada ibadah kita. tak perlu fikir yg bukan2 dan jgn saje2 nak duduk saf belakang.. dan yg paling penting, tak payah la pakai perfume/minyak atar berlebih2an.. 

1 hari 1 kilo...??

waaa..... manyak sedey wo... hari ni dah masuk hari ke-6 berpuasa, tp nampaknya berat badan nenek tak turun2.. macam makin bertambah je.... nak kata makan banyak mase buka puasa, takde la jugak.. dah catu dah makanan.. tapi ngapain donk beratnya makin bertambah? waduh.. gawat ni.......... 

*takut tak muat je baju raya tahun ni... alahai....

Tuesday, August 10, 2010

salam Ramadhan 1431 Hijrah


Esok puasa.. bermakna malam ni dah start solat sunat tarawih.. jgn lupa tau.. & paling penting, esok jgn buat2 lupa puasa.. (^_^)v

Sunday, August 8, 2010

~@~

Bulan Ramadhan bakal menjelang.. InsyaAllah rabu depan bermulanya 1 Ramadhan.. teramat la excited sbb nenek sukakan suasana ramadhan.. harap2, ramadhan tahun ini membawa 1001 keberkatan & keinsafan utk kita semua.. niat puasa jgn lupe.. & yg paling penting, solat sunat TARAWIH.. cuma dlm bulan Ramadhan je kita dpt buat solat tarawih ni.. jd, rajin2kan la diri utk kerjakan tarawih ye..

Kita layan iklan sempena bulan puasa dulu.. nenek like.! =D





I'm Positive Theatre..

Again,, promoting a poster.. hehee...


Semalam nenek dan kawan2 dah tonton teater ni.. teater?? huhuu.. sejak bile la nenek suka dgn benda2 ni..? sebenarnya nenek saja je nak rasa sendiri pengalaman tonton teater.. asyik tengok wayang je, x syok la plak.. 

teater ni di beri tajuk I'm Positive arahan Dato' Faridah Merican. Tujuannya? menonton teater sambil menderma kpd pesakit hiv.. sambil2 tu, nenek pun dpt info serba sedikit psl hiv & aids..

apa2 pun, teater amal mcm ni patut diperbanyakkan lg & semua org perlu la bg sokongan.. memang best gile & tak rugi pun dtg tengok.. I'm positive..!!!




during theatre..


dr. zaki - kenapa nenek cuma mntak autograf beliau? sbb beliau org pt. sulong (org kampung nenek).. hehee...
(/^_^)/

dgn Dato' plak.. dato' pesan "blaja rajin2.. after this u all plak libatkan diri dlm charity activity.." huhuu.. kami sokong kat kerusi penonton je la dato' ye.. ni kira terlibat jugak kan... hehee.. luv ya dato'.. !
finally, semua org balik dgn wajah yg happy dan puas hati..


SEKIAN...











Friday, August 6, 2010

inatex 2010


benda ni lah yg nenek 'bz'kan 2 3 hari ni..
bukan bz ape pun, cuma jaga booth je..
macam2 pameran yg ada, dan bukan setakat pameran biasa, tp juga pertandingan utk semua utm innovators & researchers..
sangat meriah dan sgt berilmiah..

Untuk tahu lebih lanjut >>> INATEX









Esok last day pameran.. (/^_^)/

Monday, August 2, 2010

double standard..?

Perlu ke? manusia ni semuanya sama la cik kak oi.. dari setitis mani, jadi segumpal darah, jadi la manusia dan akhirnya akan kembali kpd Pencipta jugak.. manusia takde yg sempurna melainkan rasul kita Nabi Muhammad.. jadi, perlu ke nak double2 standard ni.. ape? kamu dan keluarga kamu saje kah yg sgt bagus di Malaysia ni? tolong la ye.. orang berbudi kita berbahasa.. ni nenek nak hangin2 ni pun dlm blog je.. nak buat muka tak puas hati kang nnt makin menjadi-jadi pulak 'egoistik' kamu.. kalo org senyum, balas la dengan senyuman..tak nak tegur pun nenek tak kesah.. tak perlu la ade jeling2an sudut 180' kamu tu.. tak perlu ok..? ape2 sajalah.. malas nenek nak melayan.. setiap tahun pun macam tu jugak.. elok la tu.. amalkan slalu.. 

"mane paper?"

Dah puas bersuka ria last weekend, bila masuk lab pg ni kepala rase blank semacam je.. macam takde kerja, padahal tanggungjawab banyak lg tak settle.. ape la nenek ni.. dtg je lab, on laptop > check email > update blog..

baru nak start b'gosip, SV pun dtg.. "mane paper?"

"erk.. paper? sy ingat nk bwt abstract dulu.."

"sy nak awk hantar full paper dulu..lepas tu baru kita fikirkan psl abstract ni sma2.."

"ok prof.. by wed. sy bg full paper.."

hah.. ambik kau.. nenek dah pun buat janji lg..  so, nak taknak, kena focus nk siapkan paper ni secepat mungkin.. jgn nak delay lg..


* itu pun masih sempat lg update blog...konon2 nak carik ilham... hampeh...

snap @Bekok


Aktiviti picnic hari sabtu lepas bersama kakak dan adik2 nenek... tema hari tu?? ermm... puteri umno..kuikuii...

Sebelum memulakan perjalanan..

"laju...laju..keretaku laju..."

bawak lelaju pun tak guna kak..sangkut jgk kat jam nihh...

patutla jam.. ada trailer terbabas rupenye...
sebelum tiba di destinasi yg dituju, singgah kejap kat pekan segamat, beli selipar dan makanan...
"aiya amoi, manyak shopping wo.." tegur apek ni kat kami...
walaupun jalan ni agak sempit dan banyak selekoh, masih ada yg nak merempit...ish3x...




selamat datang.........!



Posing dulu sblm mandi2..

mandi time!

*gambar2 puteri berendam tak dapek la nenek nak publish kek sini yo...


dah puas berendam sampai biru bibir, barulah kami beransur pulang...

sekian.. trimas..

diari nenek

kawan nenek