Monday, October 17, 2016

kalimah

(sebab obses dengan lagu baru amymastura)
 google sendiri tajuk lagu 'kalimah by amy mastura'
macam tu lah..
ayat yang aku cuba sampaikan setelah setahun.
setahun tu belum lama. rasa kena cubit setahun lepas pun masih terasa, inikan pula duka tawa.
we, once act like we know each other so well, and now we're are strangers.
perlu sepuluh tahun lagi untuk lupa.

keep doing things and get busy.

okbai  sekian.



Wednesday, October 5, 2016

dan akhirnya...

.... aku pun marah. pendam lama-lama sangat takut jadi kudis. bukan marah sampai maki hamun pun. tak. cuma tegur dengan penuh emosi. dan sebab terlalu emosi (yelah, kau marah student kau yang kau rasa ada potential untuk berjaya (peringkat uni je) tapi masa depan dekat luar belum tentu terjamin sebab adab dan nilai sahsiah tu kurang), maka kelas paling cepat sejak aku bergelar pensyarah ni hanya mengambil masa 33 minit. kau bayangkanlah punya emosi tu menguasai diri sampai aku malas nak menghadap muka-muka tu lagi lama. keluar dari kelas tu mungkin lebih baik. aku bukan saja-saja nak marah. marah aku ada sebab. alangkan kau nak berak pun mesti ada sebab kan? takkan la nak berak saja-saja, suka-suka. gila.
kalau selalu pelajar kelas ni keluar meleleh air mata sebab aku melawak tak 'hengat', mungkin semalam air mata aku yang meleleh sebab selama ni mungkin diorang ingat aku tak serius. aku serius. cuma aku tak suka tunjuk serius tu sebab nampak bodoh. nampak macam kambing. aku gelak gelak jugak, aku melawak melawak jugak. tapi benda serius aku ambil serius. mujur je lepas tu ada yang datang minta maaf. serius drama habis. tapi aku harap tu telefilem je la, tak nak drama-drama sebab tak pasal ada sambungan dekat seksyen lain.

Pelajar, bersyukurlah aku masih lagi nak berdrama, marah-marah dalam kelas. kalau sampai aku dah tak peduli, aku cancel kelas hari-hari.

Sekian curhat,

Tuesday, August 30, 2016

serius nak marah

Apa beza pelajar sekolah dengan 'segelintir' pelajar diploma?
TAK ADA.

"Dr. nota ni kena salin ke?"
"Solution nak kena tulis ke?"
"Nak lukis graf boleh pakai pen?"
"Tulis guna pen ke pensil?"

Tu yang biasa, hari-hari pun jumpa. Yang paling tak boleh blah, bila nak lukis linear graph pun tak reti. Nak cari constant value pun tak reti nak compare dengan linear equation. Masa sekolah rasanya cikgu dah ajar buat graf. Linear, y = mx + c, tu pun payah.. Ya Ampunnn, kalau nak explain tu kena sorang-sorang, kena mata bertentang mata baru nak faham (tu pun kalau faham).

Belum lagi yang minta tambah carry marks sebab rendah sangat, risau soalan final susah. Dah awak tu masuk kelas pun jarang-jarang, setahun sekali pun belum tentu, assignment pun kelaut, test pun ikut suka je nak datang ke tak.wth.

Sampaikan proposal pun saya yang kena tuliskan? Exercise tak reti buat, snap picture, whatsapp gambar semata-mata sambil letak caption kat bawah tu "Dr, mcm mana solution soalan ni?" Amboi, senangnya jadi pelajar universiti zaman sekarang.

Lagi haru bila dengar cerita kawan,
"Kalau dekat universiti saya ada couple, miss marah tak?"
"Borang ptptn ni kami perlu isi ke?"
"Kenapa yuran sem ni mahal? sem lepas dah bayar mahal jugak?"
"Bila saya boleh ambil kunci bilik? sebab saya balik hostel malam?"

Serius? Telefon semua canggih, kalah kami-kami yang pensyarah ni. Tapi nombor bendahari universiti, nombor kolej kediaman semua tak reti nak cari. Usaha nak telefon orang-orang tertentu pun tak ada. Semua nak kena suap!

Jadi, apa bezanya awak masa belajar di sekolah dengan di universiti?

Monday, June 20, 2016

#repost

Tak tahu la ni lawak ke apa ni. Ada je idea gila nak hiburkan aku yang hampir sewel marking exam paper.. Huhuu

Monday, May 30, 2016

random

Manusia dengki ni, kalau orang tu tak berharta, tak ada nama, bukan anak orang besar-besar, bukan dari golongan "ada-ada", nampak tak setaraf dengan dia (entah apa kayu pengukur 'setaraf' dia tu?), tak pandai bodek, penampilan pun tak sehebat dan semahal dia.., cepat je nak buruk sangka, mahal terus senyuman dia. Macam lah dia akan jatuh papa kedana hanya kerana senyum.

Manusia.. Manusia...

Tuesday, May 17, 2016

akhir

untuk kali ni je, izinkan aku merintih. kali terakhir dalam diari sendiri. penatnya Ya Rabb rasa jiwa raga zahir dan batin ni. rasa macam "Ya Allah, dugaan apa yang Kau cuba sampaikan? Hikmah apa yang Kau selindungkan Ya Tuhan? Tabahkan aku supaya aku sentiasa dalam landasanMu."
sesaknya nafas bila setiap langkah perlu fikirkan orang lain. perlu timbang-timbang penilaian orang. sakitnya jiwa bila jasad ditikam tapi tak daya nak bersuara. rasa pekik lolong cuma bergema dalam rongga tapi tak siapa dengar.
peliknya rasa bila tak tahu nak gambarkan perasaan. bila otak dan kata macam orang gila, kadang sedih kadang ketawa. tangis pun sekadar menggogoi-gogoi bersama-sama canda. ada sesetengahnya percaya lakonan aku realiti aku. ada segelintir, aku tak mampu sorokkan rasa aku yang sebenar.
aku nak menangis tapi aku tak pasti apa yang perlu aku tangisi.
aku nak bersuka, tapi aku tak pasti perkara apa yang perlu aku rai.
aku nak lari jauh tapi siapa yang perlu aku hindari?
aku nak sembunyi tapi kenapa tak hadap saja realiti?
tapi realiti apa?
bingung.
sesekali, Ya Tuhan, izinkan aku pentingkan diri aku, untuk aku, dan fikirkan aku saja. waktu aku tak terdaya dahulukan mereka semua lebih dari aku, Kau bantulah aku Ya Tuhan.
sesekali, izinkan aku lena tanpa mimpi.

Saturday, May 7, 2016

Page berapa?

Eiiii lama sangat tak menulis ni!!!! *mukadimah bajet-bajet blogger hangat-hangat karipap sardin. Adoi apa aje la yang sibuk benar sampai lama tak sempat luahkan perasaan dalam diari sendiri agaknya. Ada je perkara yang berlaku setiap hari, tapi hal yang kecil-kecil. Rasa macam tak perlu semua nak dok simpan dalam diari. Tapi tadi *sambil golek-golek fikir esok nak buka puasa apa* bila fikir-fikir balik, benda-benda yang kecil yang berlaku hari-hari ni la akan jadi sesuatu yang besar maknanya suatu hari nanti. Kan?

Jadinya, aku putuskan untuk tulis jugak dalam diari, sebagai kenangan aku sendiri nanti.

Pertama, 'cinta hati' baru aku.. Remy.. Kehkehhh.. Kemain nama Remy. Ini bukan takat remy ishak.. Tapi merangkumi semua waktu, subuh zohor asar maghrib pakej dengan dhuha sekali! Hehee.. I love u Remy. Banyak dah melabur dan terlebur dekat awak tu, jangan cari pasal pulak.

Kedua, penat yakinkan dan janji macam-macam akhirnya kakak akan menamatkan 'zaman bujang' sekali lagi. Alhamdulillah akak pun dah jumpa cinta hati dia. Harap-harap semuanya akan baik-baik saja. Semoga kekal till jannah bak ayat pickup line cheyacheya tu. *tangan kat bahu mata ke atas*. Ada bau-bau macam pelamin muat untuk empat orang sekali sanding. Kalau betul pun apa salahnya kan? lalalalalaaa....

Ketiga, tahniah dayah nak sambung belajar. Biar lambat, asal selamat perjalanan menuju destinasi.

Keempat, pengalaman tak best. Pengalaman kerja. Malas nak elaborate panjang-panjang. Cukup dengan satu perkataan akan buat aku teringat sampai bila-bila. Saka. Aku doakan semoga ada kesempatan untuk belajar dari kesilapan dan ketepikan keegoan. Aku juga doakan semoga Tuhan lembutkan hatimu wahai 'kawan'. Aminnnn... *Ya Allah, makbulkanlah doa hambaMu ini.*

Dan terakhir, aku pun belajar sesuatu. Selalu sangat meminta-minta. Minta dijauhkan, minta didekatkan. Dan aku rasa doa-doa aku telah pun ditunaikan. Walaupun apa yang aku bayangkan menyimpang dari apa yang aku doakan, tapi aku yakin itulah jawapan yang Tuhan nak tunjukkan. Cuma aku je sebagai manusia yang lambat nak sedar dengan hikmah ni semua. Ampunkan aku Ya Allah. Aku redha. InshaAllah.

Ok. Selamat malam.

#page128

Tuesday, April 12, 2016

cinta baru

Pernah dengar orang cakap golf ni untuk 'Golongan Orang Lemah Fizikal', dan aku pun laju-laju percaya. Sebab, yelah kan, letak bola, pukul, pastu pergi lagi dekat bola, pukul-pukul sampai masuk lubang. Saja la nak try 'sukan orang kaya' ni. Ternyata dan ternyata....heyy, susah hokeyyy! Dari saat mula pega kayu golf, nak hayun, sampai direction mata pun ada tekniknya kalau tak umpama menyangkul la kau nanti. Kalau fizikal & mental taakuad cuma mampu dok melukut di tepi padang je la. Okbai.

Monday, March 14, 2016

Rasa nak carut

Kuliah hari-hari awal pagi. Bangun awal nak kena sapu rumah sebab malam confirmed cicak berpesta. Kemas dapur yang 'kalau bangun pagi je mesti sinki tiba-tiba penuh sisa-sisa pakej dengan sudu belum basuh' plus pinggan mangkuk yang sendiri basuh malam tadi tapi belum susun dekat rak. Belum lagi tambah dengan kelekatu yang bersepah semalam sebab sepetang hujan. Siap siap, pergi kerja. Memang kuliah dan lab kadang-kadang, tapi masa sedari 8 pagi sampai dekat maghrib tu macam-macam kerja nak kena buat. Penat fikir ni rasanya macam tenaga zahir batin semua kena sedut keluar. Balik maghrib dah kena fikir nak masak apa sebab tahu, sendiri akan lapar malam karang. Gigih pulak nak singgah kedai runcit beli barang dapur. Sampai rumah, belum sempat buka pintu,  mata dah rasa semak tengok garaj penuh pasir dan daun kering. Belum lagi tambah tahi ayam kering. Rasa nak maki je tapi tak boleh tengok benda-benda serabut macam tu. Laju je nak sapu kasi licin. Bukak je pintu rumah, tarrrraaaaa! penuh lagi tahi cicak. Sapuuuuuu lagi. Sapu depan, sapu dapur. Dapur luar penuh daun,, punnnnn sapu jugak sampai ke tepi-tepi longkang. Taknak la nanti kalau jemur kain, kain jatuh atas sampah-sampah daun. Siap kemas, masak. Dengan dapur sempit, tingkap kejadah jauh dari dapur masak, habis berkepam berwap semua. Siap masak, kemas lagi. Lap-lap bekas minyak mercik-mercik, basuh periuk semua siap. Baru la dapat mandi dan tenangkan diri. Tu pun sebelum nak mandi dengan tenang kena bersihkan dulu toilet sebab air bertakung-takung depan pintu siap dah macam nak berlumut. Kaki dah rasa kebas semacam. Pinggang tak payah sebut la, asyik menonggeng menyapu, duduk menaip, jalan keliling kelas, dah rasa macam nak terkehel. Duduk-duduk dekat ruang tamu sambil tengok tv, house mate pun balik. Mengadu penat itu ini. Penat kelas mula pukul 8. Penat terkejar sana-sini. Penat dalam kelas tak duduk. Penat marah student. Penat?? Yelah yelah....

monolog:
agaknya macam manalah keadaan isteri yang bekerja tapi balik rumah je kena layan kerenah anak, suami, urus rumah tangga lagi
agaknya macam mana lah perasaan suami yang kalau balik kerja je isteri berleter tak pandai tolong buat kerja rumah
agaknya macam manalah keadaan rumah 'dia' bila dah berkahwin nanti. Nampak pegang penyapu pun tak pernah.

Pening.

Tuesday, March 1, 2016

s e k i a n

Hidup ni susah nak jangka. Kadang apa yang kita buat dengan apa yang kita harap tak jalan seiring. Apa yang kita impikan kekal jadi mimpi, dan bila tersedar semua dah terlambat untuk kembali berputar. Yang bergerak terus bergerak, yang terlambat terus ketinggalan. Suka, ketawa, derita, sakit hati dah memang macam gula-gula. Telan banyak sangat nanti jadi penyakit. Akhirnya sendiri yang merana. Jahat hati sebab sakit hati. Sakit pada bahagia yang lain. Sakit bila sendiri kecewa. Padahal sendiri dah tahu adil tu tak pernah ada letak duduknya. Selalu berpihak pada yang rasa bahagia. Complicated. Jiwa tak tenteram. Jauhnya damai. Memang aku lah yang khilaf dan aku sedar memori tak akan berulang. Aku pun tak nak ulang mana-mana memori. Biarlah ia berlalu sebagai masa lampau. Sesuatu yang tak pernah bermula biarlah takkan pernah berakhir. Biar masa yang akan buatkan aku alpa hingga suatu masa terlupa semua. Dan tak perlu ingatkan aku dengan apa yang aku ingin jauhi.

Esok, biarlah esok dengan cerita baru. Tinggalkan pedih hari ini jauh dari fikiran.

Selamat ulang tahun, aku.

Sunday, February 21, 2016

Tiadalah ertinya.......

Waktu rehat Jumaat Sabtu sepatutnya macam-macam hal boleh siapkan, tapi dek kerana terlalu menggunung kerja, jadi tak tahu nak mula dari mana. Sebenarnya tak ada lah nak kena 'mula' pun sebab memang tengah berjalan, cuma nak tinggal siapkan je. Tu pun rasa Ya Ampunnnnn...! kelaut.

Hari ni semester baru pun bermula. Sebulan student cuti kemain berazam nak siapkan nota kuliah satu sem tapi hampeh. Tengah lagi dok gigih mengadap nota yang belum siap. Dengan modul kem, proposal bagai, tak tercapai tanganku nak menyiapkan semua. Esok nak tak nak kena membebel-bebel stok untuk sebulan dekat student sebabnya apaaa...sebab nota tak siap lagi. Mula kelas minggu depan aje la gamaknya. Eh jap, cara aku cerita cam malas beno aku nota tak siap. Dah siap sebenarnya, chapter yang awal-awal. Dah siap print naj bagi student. Tinggal yang hujung tak siap lagi. Aiii, kemalasan apakah??

Dah la, mata dah berpinar. Rasa nak ngamuk.

Okbai

Sunday, January 24, 2016

aiza

My "I am fine" face. Sendiri pun confused macam mana nak react. Well...yeah.

Friday, January 1, 2016

Page 1 Vol. 2016

My first entry ever in 2016!
Sepantas kilat je dah cukup setahun 2015 berjalan. Entah pape je la yang aku dah buat tahun lepas. Scroll balik gambar-gambar lama memang rasa throwback sangat. Walaupun rasa macam tak ada apa yang berubah, tapi semalam memang dah tak sama dengan hari ni. Semuanya dah lain. Ahhhh.. tiba-tiba rindu gang mak jemah. Lama dah tak catch up cerita masing-masing. Woi woi aku rindu woiii!
Ehee.. Selamat tahun 2016 hendaknya. Semoga tahun ni lebih memberi makna dan lebih banyak perubahan positif.
(Aim for that research grant! InsyaAllah, permudahkanlah Ya Rabb...)

diari nenek

kawan nenek