Saturday, March 21, 2015

again... tajuk?

inilah masanya nak buat pilihan. buat keputusan. perlukan perubahan. atau mungkin tak ada apa yang perlu berubah. teruskan? atau ke kiri? ke utara mungkin. mana-mana saja. aku perlukan satu keputusan. aku perlu buat keputusan. kalau apa yang aku buat selama ni sia-sia, aku harap Tuhan tunjukkan suatu hikmah supaya semua yang mungkin sia-sia, ada hasil yang terbaik untuk aku. Aminnnn. InsyaAllah.

Wednesday, March 11, 2015

rugi ke?

Orang tamak selalu rugi? Tak kot.. Kalau tamak beli buku tak rugi kan? Fuhhhh... Sejenis kegembiraan kalau dapat jejak kedai buku. Rasa tamak nak beli semua. Yang penting buku bukan akademik. opsss!

Tuesday, March 10, 2015

Kecintaan

Sepatutnya tengah sibuk siapkan slide viva voce awal bulan depan. Tapi sebaliknya...., sibuk nak melayan perasaan rindukan pantai. Entah angin kus-kus mana yg menyampuk agaknya ni.

Teringat-ingat hangatnya pasir pantai, terasa-rasa sejuknya air laut, terdengar-dengar deruan ombak, terbuai-buai hembusan angin. Terik yang damai, luas dan bebas. Pantai adalah satu kecintaan aku. Satu, bukan suatu. Satu yang pertama. Pilihan hati, tak ada sayang pantai pun sudah cukup. Walau berapa kali pun kaki jejak ke pantai, aku susah nak puas. Belum pulang dah rasa rindu. Bila dah jauh, rasa separuh jiwaku pergi bak kata Anang.

Aku nak kembali ke sini. Tioman.

Saturday, March 7, 2015

a w a n nano

mereka umpama awan
setiap hari berubah
setiap hari hadir berbeza
hari ni kita jumpa awan tebal,
bulat-bulat, berlonggok
esok mungkin kita akan jumpa
awan tipis, segaris-segaris
kadang bentuk awan yang bermacam
mampu buat kita senyum
mudahnya terhibur
kita jadi lebih kreatif
nak membayangkan rentak awan
tapi masih tak terdugakan bentuk awan
bulat atau tipis yang akan kita hadap
bila awan hilang ditiup angin,
hilang bentuk,
kita pun lupa
awan ada macam-macam
tapi semua sama je
semuanya wap air.

Hilang awan,
langit cerah!



Monday, March 2, 2015

same old same old

tak ada apa yang berubah rasanya. cuma tukar angka. yang lain sama. penghayatan mungkin berbeza sikit, lebih mendalam. tapi segelintir perkara aku lebih suka kekalkan sama seperti dulu. aku masih aku, kalau berubah pun mungkin dengan jarak seinci aku.

Love you!

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget