Monday, December 24, 2012

ok

Tak tahu nak tulis apa tapi degil jugak nak post something hari ni. minggu lepas rasanya hidup nenek macam sarat dengan perkara-perkara yang serius. tak pernah la nenek jadi seserius ni, lagipun nenek bukan jenis orang yang serius dan kadang-kadang tak ambil serius pun benda-benda yang patut di ambil serius. banyak betul perkataan serius, serius betul la kot. huhuu (see? tak serius lagi).

Perubahan yang serius akan berlaku lepas ni, yang nenek sangat-sangat harapkan adalah, nenek nak jadi rajin dan fokus dengan research. kali ni betul-betul serius. mungkin sebab dah jumpa sumber inspirasi.. hahahaa!! eh, serius serius. sumber inspirasi memang akan beri kita perubahan yang positif. terima kasih! ^^ perubahan, peralihan, persekitaran dan pengalaman baru yang nenek harapkan akan merubah fikiran nenek jadi semakin matang. mudah-mudahan. setakat ni persediaan nenek untuk segala perubahan itu nanti hanyalah...., baca teori. hehee.. rasanya lepas ni research akan jauh menyimpang dari apa yang nenek buat sekarang. tapi tak apalah, nenek dah bersedia untuk perubahan tu. untuk kebaikan nenek jugak. sebolehnya, nenek nak jauhkan diri dari 'zon selesa'. tak mahu selesa sangat sekarang sampai tak sedar yang diri ni dah jauh ketinggalan dari orang lain. nenek tahu nenek mampu buat cuma nenek malas. jadi kesimpulannya, jangan malas lagi. malas tu hanya untuk orang-orang yang tak mahu berjaya. OK? ok ok...

p/s>> kepada pengkritik tetap merangkap pakar motivasi nenek, bersedialah untuk mendengar 'luahan perasaan' nenek sepanjang fasa perubahan nenek nanti ye.. hehehee.. Jasamu akan ku kenang.

3 comments:

Anonymous said...

macam makin susah je nak jumpa aiza..wuuu..

Unknown said...

b4 sy brubah jd bdk skema, kita roger2 la e..huhuu

Anonymous said...

tolong la jgn jadi skema..hahah..ramai sgt y skema nanti kite elergik.. :p

diari nenek

kawan nenek