Wednesday, February 20, 2013

masih yang sama

Muak dan bosan kadang-kadang bila perkara yang sama di ulang tayang. berkali-kali, entah sudah masuk berapa juta kali agaknya. tapi perkara sama inilah yang nenek perlu hadap hingga suatu hari nanti, atau mungkin bila sudah bergelar nenek secara rasmi, masih lagi perlu di ulang-ulang.. setakat ini, masih lagi perkara yang sama, cuma situasi dan keadaan lakon layar saja yang berbeza. perasaannya masih tetap sama. dah tak ada rasa teruja, tak ada rasa mencabar, pendek kata,, tak ada perasaan dah. menangis pun dah semacam ketawa. ketawa,, apetah lagi. OK OK OK walaupun tak ok. kadang-kadang rasa macam nak ambil jalan lain, tapi nampaknya jalan yang nenek ambil ni dah jauh sangat langkahnya. mustahil nak berpatah balik. dengan semangat yang masih tersisa, dan harapnya tidak terpadam sebelum sampai masanya, nenek akan cuba dan terus mencuba, lakukan lagi aksi yang sama, berulang kali, tak henti-henti. Ya, mungkin suatu hari nanti nenek akan terbiasa dengan tingkah yang serupa, sampai tak terasa ianya jadi sebahagian dari kehidupan nenek. masih lagi yang sama..............

4 comments:

Anonymous said...

u can do it! i know u can! dont worry! slalu minta tlg dari-Nya k.. always pray the best for u!

Unknown said...

huhuu... tq2.. tgh usaha lg..

Anonymous said...

jgn tensen3..meh dth umah kite blnje mkn sedap2 :)

Unknown said...

nak ayam golek!!

diari nenek

kawan nenek