Monday, April 8, 2013

Serabut perut

Entah ada kena mengena ke tidak dengan tajuk pun nenek tak tau la. Tapi memang betul2 serabut kepala dari semalam.

Alkisahnya mengidam nak makan cheezy wedges yang melimpah dengan cheese. Tapau la untuk dinner. Sekali balik rumah, cheezy wedges tersebut ghaib. Ni mesti kes Iupa nak masukkan dalam plastik. Dengan sos pun tak ade. Hampa sekali. Bila nak sedut air, rasa macam air masak bergas je... Tak ada rasa apa air tu. Hampa dah masuk dua kali.. Entah ape la buat kerja macam tu. Sakit hati!!

Pagi2 nak gerak balik dari rumah kakak, Jiran depan rumah akak pulak menyakitkan hati. lkut sedap rasa dia je reverse kereta laju-laju sampai langgar buntut kereta aku. Depan mata aku pulak tu. Dengan tak turun mintak maaf ke ape, main blah macam tu je??! ltu la namanya mangkuk ayun. Habis bercalar Minho aku.

Apela dosa aku pada diorang ni. Karma untuk aku ke atau diorang la yang patut tunggu nasib diorang pulak lepas ni....
Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget