Sunday, January 26, 2014

hujung jari ku

Hari ni MC (dalam erti kata lainnya aku ponteng je sebab tak gi jumpa doc mintak MC pun)
Macam malas jek nak masuk lab hari ni.
Demam dah menggila.
Ke aku yang gila. Hahaha!
Tak mungkin.
Sengaja, tanda protes, aku tak rajin mengadap sv hari ni.
Anggap je la aku tak sihat, ye sv?

Tapi betul, suhu badan memang panas pun.
Pakej dengan hingus dan kahak hijau.
Memang yekksss nak tulis sini, tapi macam la orang lain batuk+selesema tak macam tu.
Normal la kan?

Sambil-sambil sakit dalam bilik sorang-sorang, aku sempat la shopping sedas dua.
Memang seronok shopping sambil baring-baring.
Macam-macam ada.
Sampai rasa nak order jugak red velvet enot tu.
Memukau nafsu makan aku sungguh.
Tapi rasa macam ngarut je nak order kek online.

Sambil baring pun habis jugak la ratus-ratus shopping.
Aisehhh!
Part ni yang paling tak seronok kalau shopping online ni.
Duit mengalir sama laju macam hingus aku saat ini.

Tapi yang lazatnya shopping macam ni, dua tiga hari nanti bila encik pos laju hantar barang rasa indah perasaan ni.
Macam dapat hadiah dari secet admire.
Dengan syarat, jangan check baki simpanan kat account.
Heiheuhuu....
Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget