Thursday, September 17, 2015

Pihare si budak nakal

a.k.a SITI NORFARHA BINTI MAT RIFIN.
Happy 20th anniversary beb!
(Sambil kau pasang lagu Imran Ajmain, selamat ulang tahun saiyyannggg..kau baca la ucapan madah berlafaz syahdu dariku untukmu)
Terima kasih pihaku sudi berkawan dengan aku. Sudi buat kerja gila sama-sama dengan aku. Sudi layan kerenah aku dengan penuh sabar dan tabah. Sudi selalu plan macam-macam aktiviti. Paling aku rindu, brainstorming meeting dalam kereta before keluar mencari sakinah. Thank you jugak sentiasa ada saat aku susah, sedih, meroyan, makan hati dan kuat drama. Kalau takde kau, mungkin aku cuma sebujur jasad mereput di bucu katil menanti sinar cahaya keindahan dari celah tingkap dengan penuh harapan pelesu.
Ok, jadi sebagai ucapan ulang tahunnya, Selamat menjalani sisa-sisa usia remaja dengan penuh ghairah. Setahun dua lagi kau kena terima hakikat duniawi yang kita bukannya lagi seorang insan dengan kuasa jimba menyamai kuasa kuda 10 ekor kuda jantan. Hahahhahaa!
Semoga hari-hari yang mendatang lebih membahagiakan. Semoga setiap keputusan dan pengalaman lebih mematangkan. Dan semoga semoga dan semoga lagi keindahan kegembiraan ketenangan hidup bersama yang tersayang menjadi hak milik kekal kau selamanya.
Dr.-to-be, wish u all the best! Tak sabar nak panggil Dr. Piha in public kuat-kuat, atleast legal and official. Akan ku tunggu mu di pintu DSI.
Muahhhhh!! (kehkehkehh)
Nah aku belanja eskem

No comments:

diari nenek

kawan nenek