Thursday, November 5, 2015

Tioman Oktober 2015

Bff getaway kekonon ke pulau.. Sorang stress kerja, sorang lagi stress belajar, elok sangat la tu.. Haha..
Tahun lepas pergi tak teringat pulak nak  buat itinerary. Tapi rasanya budget kali ni lebih kurang sama dengan percutian lepas walaupun kali ni macam kurang aktiviti, almaklumlah sekarang kena bayar gst *letak emoticon meh, tiba-tiba kena bayar semua mahalll...



27 Oktober 2015

Ok dah, first perjalanan dimulakan dengan langkah kanan keluar rumah dekat pasir gudang. Awal-awal pagi pukul 7 dah keluar, ikut highway senai-desaru dari pasir gudang dalam RM 5.60.
Lebih kurang dua jam bawak kereta sempoi-sempoi je sampai la kitorang dekat Jeti Penumpang Mersing. Weekdays.... jadi tak ramai sangat orang.
Parking kereta dekat sebelah public toilet, kena bayar dalam RM 10 sehari. Nampak selamat la sebab dorang jaga tempat tu. Kitorang parking tiga hari jadi terbanglah RM 30 begitu saja (tak dapek nak discount).
Lepas tu gi beli tiket feri pergi balik sorang masih lagi RM 70 and bayar fee untuk taman laut RM 10 bagi dewasa.
Dalam pukul 11 pagi, feri pun sampai dan berlayarlah kami selama dua jam nak sampai ke pulau.
Sampai je, dah zohor. Masing-masing dah kebulor gila. Tapi kitorang jadi pelik sikit sebab takde pun orang pulau nak tegur kami nak kemana macam pelancong lain. Kitorang ni dah nampak macam muka kepulauan kut. Tu yang dorang dok tak heran bila nampak kitorang. Hhuhuu.. sadis.
Lunch dekat Tekek dua orang makan nasi ayam dengan milo ais RM 18.
Siap lunch terus naik teksi ke Kg. Juara. Tambang satu kepala RM 25, jadi pergi balik Juara-Tekek RM 50.
Sampai Juara, laju-laju check in dekat Rainbow Chalet *wink. RM 60 satu malam untuk bilik ada kipas, ada katil saiz queen dengan single satu. Kalau nak air-cond RM 80. View kat situ subhanallah sangat la cantik and memang tak pernahnya tak cantik kalau nak cerita view dari tepi pantai ni. Cakap la pantai mana pun semua aku cakap cantikkkk.....!



Tangan tu kenapa, tangan?


Bila cuaca dah redup sikit, laju-laju kejar pantai. Aku... sorry, tak berenang. Acah-acah main air je.

Nak jugak posing style piha cuma tangan tu tak nak gedik sangat.. HAHAHA!!
View dari tingkap Rainbow Chalet.

Sampai dekat maghrib baru la balik chalet untuk solat dan bersiap-siap nak keluar dinner.
Dinner makan yang biasa-biasa je dua orang dah RM 25. Huhuu... fahammm, pulau kan.
Habis makan kenyang tak kenyang tu lepak la tepi pantai sambil curhat disaksikan sinar rembulan.
Ngantuk, balik tidur.


28 Oktober 2015

Bangun pagi kekonon nak tengok sunrise and morning walk sekitar Juara. Sekali tengah-tengah berjalan sambil nak update skill maharajalawak kitorang, hujannnnnnn! Tak payah nak cerita lebih, kau bayangkan je la. Memang tak kelakar bak kata brader pulau rambut ketak ittewww.
Hujan reda je, balik chalet siap-siap. Dengan dua-dua kebuluran, pergi la cari breakfast. Breakfast ala-ala omputeh RM 12 sorang.
Lepas tu tak serik lagi nak round satu Juara, kitorang sewa basikal. Sejam RM 5.
Pukul 2, packing barang and check out, terus ke Tekek.
Check in pulak dekat Coral Reef Chalet. Pun satu malam RM 60. Tapi ni bilik dekat atas, toilet kat bawah. Not bad la.



Petang jalan-jalan sewa basikal ke taman laut lepas dinner awal. Asyik naik basikal je ke sana-sini sampai naik kematu bon*** memasing. Kau rasa lagi tak Piha tulang-temulang kau rasa macam senak tak boleh blah. Hahahahaa!



Malam tu kekonon nak sambung curhat bawah pokok sambik teguk nescafe, sekali hujan mencurah selebat alam.
Tarik selimut nak tidur tapi memasing sakit tulang, tak lena nak tidur.


29 Oktober 2015

Lepas subuh, siap-siap nak balik sebab feri pukul 9 pagi.


Sebelum balik, kita rasa dulu nasi lemak tioman.. Sedap!

Conclusion kitorang bercuti ni budget dalam RM 280+. Tak ada aktiviti pun dah mahal. Tahun lepas banyak aktiviti tapi budget lebih kurang je sebab banyak benda dapat free..



BABAI TIOMAN.. Jumpa lagi deh kesayangan..



Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget