Thursday, September 8, 2011

Resepi Kerang Aneka Sos





Meh nenek nak share resepi... Ngade kan? tibe2 je post entry pasal masak2... hahahaa...

Ok, first thing first,, BAHAN-BAHANnya adalah;

1. 1kg kerang
2. Bawang merah, bawang putih, halia (semua tumbuk hingga lumat betul)
3. Sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap manis
4. Serai (sebatang je cukup)
5. Garam secukup rase

CARA-CARA memasak;

1. Tumis bahan (2) hingga naik bau. Jangan guna banyak sangat minyak ye.. kalau terlalu kering, masukkan air sket je.
2. Masukkan segala jenis sos & kicap. Kuantitinya bergantung kepada berapa banyak kuah yang korang nak.. Ikut suka.
3. Masukkan serai, kacau sket.
4. Masukkan kerang.. kacau2 sampai puas hati. Tutup dengan penutup periuk. Tunggu sampai yakin kerang tu dah masak.
5. Final touch, kalau rase sos kerang tu tak berapa nak masin, tambah la garam.. Tapi nenek suka tak berapa masin sebab rase sos tu lebih natural gitu..
6. Sedia utk di hidang..
Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget