Tuesday, January 10, 2012

Tips Mengurangkan Kebosanan di Tempat Kerja

Disebabkan kebosanan yang melampau, nenek terfikir nak tulis pasal 'tips mengurangkan kebosanan' ni.. Masa mula-mula start kerja memang rasa bosan sikit sebab tak tau nak buat apa. Bila dah lama-lama kerja, dah tahu kerja apa yang perlu di buat, timbul pulak rasa bosan sebab asyik ulang-ulang kerja yang sama. Tak gitu? Gitu kan? sebab nenek rasa jugak benda yang sama. Jadi nenek nak kongsi sikit petua yang nenek amalkan untuk hilangkan rasa bosan semasa bekerja.

1. Perkara pertama yang nenek buat, nenek suka dengar muzik masa kerja. Kalau kerja yang jenis relax dan duduk-duduk macam nenek ni amatlah sesuai mendengar muzik sambil kerja. kalau jenis yang perlukan tumpuan 24jam, seeloknya janganlah pasang muzik kuat-kuat. Cukup sekadar dapat merasakan 'ketenangan' muzik itu je.

2. Berkawan dan jadi peramah dengan teman sekerja. Pendek kata, jangan sombong-sombong dekat tempat kerja sebabnya kalau tak ada kawan kita akan lagi mudah rasa bosan. Sekurang-kurangnya kalau ada kawan, boleh jugak kita ajak borak sambil buat kerja. Ini lebih baik dari tido semasa kerja. Tak gitu? Tapi janganlah asyik borak sampai kerja tergendala. Berpada-pada, ok?

3. Lakukan senaman ringan. Cuba gerak-gerakkan kaki, kepala, tangan dan badan kalau dah bosan sangat. Paling praktikal, kalau berjalan ke toilet, cuba guna jalan yang jauh. Cuba jalan lambat-lambat hingga ke toilet. Disamping dapat buat regangan badan, kita pun dapat hilangkan rasa ngantuk. 

4. Hiaslah ruang kerja anda tu secantik mungkin. Letak bunga atas meja ke, letak gambar mak mertua ke.. Atau buat je apa-apa asalkan ruang kerja anda nampak menarik. Barulah semangat nak buat kerja.

5. Yang paling penting, sentiasa rasa kerja yang anda buat itu adalah tanggungjawab anda. Kalau dah namanya tanggungjawab, mestilah kena tunaikan. Kalau tak 'makan gaji buta' namanya tu. Tak berkat!

& tambahan untuk nenek sorang aje..

6. Kalau ada masa terluang, buat cacatan dalam blog. hehe...


Yang paling penting, jangan tido masa kerja walaupun anda merasa sangat bosan... Nak tido, balik rumah.!

No comments:

diari nenek

kawan nenek