Monday, December 10, 2012

diari nenek kebayan

Lama tak update dengan entry baru sebab nak kumpul material ni ha.. hehee..
Nak simpan gambar-gambar ni dalam diari just in case hari esok banyak perubahan berlaku. setakat hari ini, inilah yang berlaku dalam hidup nenek. tak bervariasi, hari-hari perkara yang sama tapi nenek tak rasa bosan sebab ini semua apa yang nenek suka buat, setakat ini..

 1) Hidup pagi di lab laser.
 
 Sejak dulu, mula-mula jejak kaki dalam lab ni, sini lah tempat 'keje' nenek. sudut paling privasi. ada orang tu tahu la kot spot ni. hehee..

Laser ni pun tak berubah kedudukan dia, sebabnya memang takleh nak ubah gi tempat lain. tak banyak yang berubah meja ni kecuali dah teramat penuh dengan PC software baru. maklumlah, student baru pun ramai. meja kena share walaupun tak berapa nak caring..

Ok, gambar bawah ni....

Tadaaa!!!  bilik 'isolated' yang kat belakang tu. sekarang dah set up eksperimen baru.

Meja-meja dia pun dah berubah sebab rak buku tu dah buang! saje je nak letak gambar ni kot2 ada orang tu rindu tempat beliau betapa waktu dulu-dulu. Oh, sekarang bilik isolated ni Ali yang punya, student phd dari Iraq.

Dan lagi satu yang berubah..
lab assistant. kak ruz sekarang dah bahagia dengan lab baru. lab nenek memang ramai student dan meriah, tapi rasa kosong je sebab semuanya dah berubah.

Saje je ambil gambar ikan dalam lab kak ruz ni, nak bagi ikan ni enter frame jugak.. ^^

Dah takde idea nak kacau kak ruz, masuk lab kak pah and the gang pulak..

Ni la gang skema nenek. jumpa je asyik nak buat group discussion. kadang-kadang je bertukar-tukar pendapat. itu pun tak banyak la. nasib baik ada puzi yang suka buat lawak. kalau tak memang skema memanjang..


2) Malam di 'blog sejuk'...

Task baru. part time je. tapi hari-hari. tiap-tiap malam.. lengan ni sikit lagi nak nampak macam malik noor.
Epal, laici, pelangi dan mangga...

Blender ni teman baru nenek tiap-tiap malam. biasanya port nenek mem'blend' ais kat belah hujung sekali. paling jauh dari kaunter. memang suka buat keje kat 'penjuru alam'


Macam-macam flavour.. macam-macam karenah customer..

Saja je buat part time macam ni. tak kira la ape degree pun yang kita ada, rasanya tak perlu la nak double standard'kan keje sebegini. bak kata piha, 

"sijil master tu ilmu akademik yang kita ada. untuk kesenangan masa hadapan. ilmu 'blog sejuk' ni ilmu bukan akademik kita, kemahiran dan pengalaman yang kita sendiri nak cari. jangan sampai jadi orang yang sijil akademik tinggi melangit, tapi tak pandai nak hargai kesenangan dan selalu pandang rendah orang bawahan."

Betul tu. setuju sangat. mana la tahu lepas ni dengan pengalaman yang tanpa sijil melangit ni kita boleh buka franchise sendiri. kan piha?


>> banyak lagi gambar dalam phone tapi rasa ada yang kurang. ermmm... gambar famili. dah jarang balik kampung jumpa mak ayah adik-adik. rindu sangat. fahmi berkhatan pun tak sempat nak ambil gambar dia pakai kain pelekat. (hidup setiap orang ni lain, kita takkan dapat faham melainkan kalau kita ada 'dalam kasut' mereka sendiri..)

2 comments:

Rehan Who said...

ohmai bilik gelap! tempat bertama selama satu sem. hahaha. baguslah rak buku dah tak ada. dulu kalau online laptop letak kat rak buku tu, sebab meja dah penuh dgn pc besar gaban. sampai kena gelak dgn kak shida (yeke namanya kak shida) isteri Dr Rahman. Dr Rahman pun gelakkan jugak. bestnye time tu, hidup takde masalah. depressi sikit je sbb mak baru takde. tapi balik bilik boleh tidur tak payah pikir apa-apa. waa. untunglah aiza terus sambung belajar :p

terpanjang pulak komen. hehe.

Unknown said...

pc beso gaban tu semua prof dah buang dh. skrg guna flat screen blaka kcuali laser sy xleh nak gi dgn pc baru. old school btol..huhuu..
ermm.. blaja tp xde sponsor pn susah, xde untungnya.kena crk duit jgk..huhuukk

diari nenek

kawan nenek