Monday, March 11, 2013

Cerita Emak

Semalam, borak-borak panjang dengan emak. Macam-macam emak cerita tentang kehidupan emak dulu. Semua ni sebab tiba-tiba je Zura tanya emak tentang salasilah keluarga,, nak buat homework punya pasal.. Cerita emak,
Ayah masa kecik dulu susah sangat. Masa umur ayah 14 tahun, atok meninggal. Tinggal la ayah, arwah nenek Gayah, dengan dua orang kakak ayah yang belum berkahwin. Ayah terpaksa jadi ketua keluarga sebab masa tu arwah nenek Gayah tak tahu bekerja, fulltime housewife gitu. Pagi-pagi sebelum ke sekolah, ayah pergi menoreh getah. Lepas balik sekolah, ayah pergi kerja kilang, naik basikal dari rumah dekat Bagan sampai la ke bandar Batu Pahat. Kilang tu dulu letaknya dekat depan BP Mall tapi sekarang dah dirobohkan. Balik kerja kilang, ayah ambil upah menebas. Begitu rutin ayah hari-hari. Dengan nak sekolah lagi, nak bagi makan keluarga. Mujur ayah ni bijak dekat sekolah. Result SRP ayah sangat cemerlang, tak lama lepas tu ayah dapat surat tawaran belajar di sekolah asrama penuh, dekat Terengganu siap dengan tajaan biasiswa dari kerajaan Terengganu. Ayah happy tak terkata. Tapi happy ayah tak lama sebab arwah nenek Gayah tak benarkan. Katanya, ayah satu-satunya anak lelaki, bongsu pulak tu, dia tak sanggup nak jauh. Maka, ayah pun teruskan hidup macam sebelum ni, menanggung keluarga dalam usia muda. Baru beberapa minggu sekolah tingkatan empat, kakak ayah, pakej dengan suami dan anak-anak yang dulu duduk di JB datang menumpang teduh. Mereka tak buat apa-apa, tak bekerja. Hanya harap ayah yang masa tu tengah bersekolah untuk sara mereka. Bertambah lagi beban ayah. Jadi ayah terpaksa berhenti sekolah untuk cari duit. Lama-lama ayah jadi bosan dengan situasi macam tu. Ayah pun bawa diri ke Johor. Di Johor, ayah bekerja sebagai penoreh getah. Sekarang ni ladang getah tu dah di bangunkan UTM,  tempat aku belajar sekarang. Emak kata, ayah sendiri tak sangka aku dengan abang dapat sambung belajar di sini, sebab masa tu ayah tak nampak masa depan ayah yang macam sekarang ni. Patutla tiap kali kalau ayah datang ke UTM, ayah macam emosi semacam je. Sekarang aku faham, ayah cemburu pada anak-anaknya yang dapat sambung pelajaran, tapi tidak bagi ayah. Peluang ayah dah lama tertutup. Sebab tu, bila kami nak sambung belajar, ayah sokong sepenuhnya walaupun ayah tak berapa mampu untuk tanggung kos kami. Ayah tetap adakan semuanya untuk kami. Aku yakin, ayah faham sangat perasaan kami kalau ayah halang cita-cita kami. Nampaknya yang selama ni aku rasa hidup aku susah, ayah jauh berjuta kali ganda lagi susah dari aku.

Emak kata lagi, masa ayah kerja di Johor ni la emak berkenalan dengan ayah. Masa tu, first time ayah nampak emak dalam majalah, dekat ruangan sahabat pena tu. Jadi mereka jadi penpal. Tak lama ayah kenal emak, lepas tu mereka berkahwin dan menetap di JB. Lepas kakak lahir, ayah dan emak balik semula ke kampung, dirikan rumah baru dengan modal masa tu cuma RM 3000. Emak kata, tak adala rumah sangat pun, macam pondok-pondok je. Emak cerita pasal abang lahir, pasal abang masa kecik. Abang lahir waktu subuh. Masa tu ayah terpaksa pergi kerja sebab tak dapat cuti. Lagipun ayah belum conform jadi pekerja dekat kilang getah tu. Jadi emak terpaksa tinggal sorang-sorang di rumah. Lagipun Misi Mon kata belum masanya lagi emak nak bersalin. Jadi masa abang lahir, arwah Wak Sakeh yang azankan. Lepas tu emak nampak arwah Wak Sakeh kira-kira kalendar jawa. Arwah Wak Sakeh bagitahu emak, abang ni murah rezekinya dan pandai berjimat. Rumah emak hari tu meriah dengan oranf-orang kampung. Ada yang tolong masak, basuh pinggan, basuh kain. Nek Sah tolong suapkan emak makan. Cuma ayah je yang tak ada. Dalam pukul 7 lebih, pagi, barulah ayah balik. Dengan tersengih-sengih melihat emak tengah mengendong anak lelaki, yelah kan, dah dapat sepasang anak. Tapi emak kata, masa tu sakit hati jugak tengok muka ayah sebab emak kena tinggal masa sakit nak bersalin. Huhuu...

Tiba part aku, aku jadi debar. Entah apa la kisah aku masa kecik dulu. Emak cakap, masa aku lahir, tak ada bidan yang sambut. Tiba-tiba je terkeluar. Yang ada masa tu Nek Sah, jiran depan rumah. Nek Sah yang sambut aku dalam terketar-ketar tangan dia, dia bersihkan jugak aku. Itupun lepas emak bagi instruction nak buat apa. Emak tenang je masa tu. Tak lama lepas tu baru ayah balik dengan bidan dari simpang lima. Jauh jugak, lebih kurang 20 minit dari rumah sebab bidan yang sepatutnya bertugas dekat kampung aku cuti waktu tu. Lepas selesai, bidan tu minta izin nak besarkan aku. Emak kata, mungkin sebab masa tu rumah emak tak serupa rumah, jadi bidan tu sangka emak tak mampu nak jaga kami-kami. Emak tak bagi bidan tu ambil aku. Iyalah kan, sakit emak bersalin tak hilang lagi dah ada orang nak minta anak dia pula. Selang beberapa hari, emak masih dalam pantang, emak saudara ayah datang  dari bandar semata-mata nak ambil aku jadi anak angkat mereka. Masa tu emak kata mak saudara ayah tu memang orang senang. Sekarang pun dah semakin bertambah senang. Tiap-tiap tahun kami tak lupa nak datang beraya ke rumah mereka. Tapi tahun ni tentu janggal sangat kalau aku berjumpa dengan emak sedara ayah tu. Patutlah selama ni dia baik sangat dengan aku, ingatkan berkenan nak jadikan menantu, rupa-rupanya ada cerita lama yang aku tak tahu...

Hari ni, catatan aku buat untuk tauladan dan panduan masa akan datang. Kalau diizinkan Tuhan, aku nak anak cucu aku tahu kisah hidup atok nenek mereka. Inspirasi aku, ayah dan emak. Terima kasih..

Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget