Thursday, March 21, 2013

Letih

Hari yg sangat2 letih. Berulang-alik dari rumah ke JB, tapi tak ada hasil. Sampai kolej dah maghrib, kelas pulak pukul 8mlm. Tambah letih lagi bila ada satu makhluk tu sentiasa nak ingatkan aku untuk buat satu kerja ni seolah-olah aku tak buat kerja langsung. Asyik remind perkara yang sama walaupun aku dah explained kenapa hari ni aku tak boleh nak settle'kan tugas tu. Dah boleh agak jawapan aku pun tapi still keep on asking macam la aku budak kecil yg tak pandai nak fikir. Letih. Bosan.

Kak Rehan kata jgn give up, tapi ni bukan tanda2 orang giveup kak. Sy cuma rasa tertekan.. tertekan sikit je. Orang lain sibuk cerita pasal impian besar, rancangan besar. Tapi tak sedar dengan kemampuan diri. Mampu tu pun ada banyak sudut. Masa, tenaga, ruang kerja, duit? Memang la kalau nak berjaya kita kena yakin pada diri. Cabar diri kita. Memang betul la tu. Tapi kalau dah mencabar diri sendiri dengan menyusahkan orang lain..ermm, tak tahu la nak letak jenis manusia yg dalam kategori apa ni..

Rasanya, ada suatu perasaan, yang kita boleh rasa, tapi kita tak boleh nak luahkan pada orang lain. Perasaan tu bukan satu, ada banyak. Macam sekarang ni.. aku bukan rasa marah, bukan jugak sakit hati. Sedih? Ermmm.. bukan. Tapi rasa dada ni macam dah nak meletup sangat.

*****

Yg ni mmg takde kena mengena. Saja nak letak gambar sekolah lama yg dah 9 tahun ak tinggalkan. Paling rindu dekat gelanggang netball. Rindu nak berlari bebas sebebasnya (tanpa rasa risau nak jaga imej bagai)

Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget