Thursday, March 27, 2014

Marah diam

Betul lah orang kata, kalau tengah marah meluap-luap tu eloknya diam. Nak nanges, nanges la. Tapi jangan biarkan emosi mengawal perbuatan kita, dan akhirnya bila dah terlajak segala percakapan dan perbuatan, nak menyesal pun macam bullshit je rasa.

Kita suka terima sesuatu dari seseorang. Dan perasaan bila menerima tu sangat awesome. Happy. Rasa nak loncat-loncat je. Jadi tak susah pun kalau kita nak buat orang lain happy. Memberi lah. Berikan kebahagiaan. Jangan asyik kitaaaaaaa je yang menerima. Dan lagi kalau orang dah memberi tu jangan pulak kita nak demand. Terima la seadanya yang orang tu mampu nak bagi.

Bila kita fikir balik apa yang kita pernah marah pada orang lain, yang berusaha nak memberi tapi tak mencapai tahap piawaian memberi yang kita jangka, mesti rasa noob amat. Sekurangnya, dia cuba. Kau ada? Pernah cuba?

Berbalik pada mukadimah tadi. Kalau nak marah pun berpada lah. Jangan sebab makan hati hari ni, esok lusa kita makan diri sebab kata-kata marah kita hari ni.

* aku memang selalu marah. Marah sampai tahap nak lempang sudut orang. Tapi setakat ni aku cuma mampu lempang dinding. Paling dahsyat pun, bila tak mampu nak tanggung sorang, aku kongsi dekat member. Mungkin la kata-kata amarah aku waktu tu buat orang yang mendengar tumpang rasa meluat, atau sebenarnya dorang dok meluat kat aku. Entah..

No comments:

diari nenek

kawan nenek