Sunday, December 28, 2014

1 2 3 lekuk

"Tengok si Ali tu, umur 5 tahun dah hafal sifir doblas. Kau asyik la nak hafal intisari rancangan tv."

"Kakak kau tu dulu masa sekolah seterettt A je kalau pekse. Kau A B C D semua kau kaut."

"Dalam seploh orang anak mak, kau la paling corot sekali dalam pelajaran."

Ini contoh sejenis kesalahan mak ayah yang kadang-kadang diorang tak sedar pun perkara ni salah. Suka nak banding-bandingkan tahap intelek anak-anak, tak  kira la bandingkan dengan anak sendiri atau dengan anak-anak jiran sebelah. Motif nak banding-membanding ni mungkin murni, sebabnya nak anak tu sedar ada orang lain yang lebih maju dan bijak dari dia, maka si anak akan lebih belajar bersungguh-sungguh. Tapi apa yang emak bapak tak sedar adalah kemampuan anak tadi. Mungkin minda anak tadi kurang cerdas, tahap iq dia tak sama dengan rakan sebaya lain yang bijaksanasini. Terlalu nak membanding boleh buat anak-anak ni stress dan kadang-kadang bosan nak belajar. Yelah, dah cuba yang termampu tapi tetap nak dibandingkan dengan orang lain. Bukan tak boleh langsung nak bandingkan, kalau dah masuk darjah enam tapi anak tu tak hafal-hafal lagi sifir dua, payah la. Emak ayah kena la tolong bagi dorongan untuk anak-anak belajar. Kurangkan pendedahan pasal gajet misalnya.
Satu lebihnya perbandingan ni, mungkin akan buat si anak rasa tercabar dengan kata-kata emak ayahnya. "Aku corot?" Jadi nak bukakan mata mak ayah supaya lebih luas terbeliak, si anak mungkin akan belajar lebih bersungguh, nak buktikan yang corot tu bukan tempat berteduh si anak selamanya. Cuma satu, moral anak mungkin akan selamanya terganggu walaupun dia dah berjaya buktikan yang dia bukanlah si corot. Sampai ke tua mungkin sifat nak membandingkan diri sendiri dengan orang lain akan terus berada dalam fikiran si anak. Sampai tua. Sampai mereput. Aku yakin. Sebab, akulah anak yang corot tu. PhD, semua orang mampu, tapi aku bukan yang terbaik.

Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget