Thursday, July 9, 2015

Selamat Hati Raya

Trying so hard to be cool, walaupun takdelah cool mana pun. Act like there's nothing to be afraid of. Act natural. Pura-pura tenang. Yang penting muka tu kena yakin. Nak cakap pun biar terang dan lantang sampai takde timbul keraguan sikit pun. Hidup, memang kadang-kadang rasa fake tapi atleast ada la sikit rasa happy, biarpun happy yang palsu je. Riang ria tiruan cap ketupat. Habis raya orang tak ingat dah ketupat lemang.
Ok ngarut

Takde la jauh pun. Sekangkang kera pun tak sampai. Kera tak sempat habis kangkang pun dah boleh sampai dah. Tak kira la aku ke sana ke, ke sini ke, jaraknya sama je. Sedepa. Tak jauh. Jangan la asyik dok tanya berapa lama nak duduk sana sini and kenapa tak stay. Cuba tanya diri sendiri tu apa action plan kau? Kalau dah tak peduli tu memang sampai bila-bila la tak peduli. Kalau boleh pergi ke marikh patah balik ke bulan lompat ke bumi pun, belum tentu la nak peduli. So, apa kau tunggu lagi za. Kau pun jangan peduli!

Akhir kata, tak tahu la macam mana akhirnya cerita ni. Mungkin belum keluar tv dah kena reject awal-awal dengan director sebab director tension setiap episod tak boleh nak relate.

Sekian, selamat hati raya. (bukan typo, memang sengaja nak tulis selamat hati raya. Tak suka jangan nak sakit hati sangat)

Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget