Monday, December 7, 2015

page 340

ada beberapa minggu lagi sebelum menjelang 2016. banyak lagi perkara tak tercapai, bukan azam tahun ni tapi perkara yang aku azam nak capai lepas perkara lain tercapai sebab tahun ni azam cuma satu.. cuba jadi lebih baik. pembuka awal tahun nampak manis tapi penuh dengan perkara tak pasti. bukan nampak lagi, tapi memang terasa manisnya. awal tahun banyak benda jadi. banyak kenangan suka duka. struggle siapkan research sampai kerah semua orang tolong temankan aku buat experiment. email good luck yang selalu aku baca kalau rasa down nak writing thesis. adik-adik yang selalu support aku walaupun aku selalu garang-garang dekat lab. supervisor pun Ya ampun teramatlah ambil berat dengan progress aku. dan sahabat sejati yang tak boleh tengok aku stress terpaksa tolong aku writing. bersyukur sangat dikelilingi dengan orang-orang yang sealiran yang faham aku. masa tu rasa "Oh my God, I'm so blessed!" (huhuu.. teringat dialog anak buah kalau dia berangan princess-princess dengan makcik kecik dia).

pertengahan tahun rasa sesak sangat. terlalu banyak bermain dengan emosi. terlalu banyak marah, rasa tak puas hati. sampai tahap nak memberontak sangat. dalam masa yang sama beriya jugak habiskan belajar. lepas viva dan siapkan semua correction adalah jeda waktu yang sangat kritikal aku rasa. semua rasa lost sebab semua benda nampak samar-samar. tak tahu dah arah tuju nak kemana. aku istikharah. aku tekad nak ikut gerak hati aku sebab aku yakin, Tuhan akan sentiasa pandu arah aku selagi niat aku baik. aku keluar dari zon selesa dengan harapan aku boleh move on dekat tempat lain, tempat baru kononnya. tapi sebenarnya aku berharap kalau ada yang rasa kehadiran aku ni penting untuk dia, dia akan cuba dan berusaha untuk faham dan cari aku. tapi tak, tak ada pun usaha. aku dah nampak tu, tapi hati aku ni keras sangat yakinkan diri sendiri yang dia perlu masa. kelakar jugak aku ni, suka nak menidakkan perkara yang dah pasti. istikharah, aku nampak suasana yang asing sangat. aku pun dah tak mimpi sangat yang 'bukan-bukan'. entahlah, kadang-kadang perjalanan hidup ni rasa kompleks sangat, sampai tak kenal dengan diri sendiri. sampai kawan-kawan tegur, "ini bukan aiza yang aku kenal." entah macam mana lah aiza yang mereka kenal tu. aku pun tak tahu.

bercuti, berhibur, lepak dengan kawan-kawan adalah perkara yang jarang aku buat tahun ni. hidup sekarang dikelilingi dengan orang yang fokus kerja, kelas, kursus, kerja, meeting, kelas. semuanya serius. tak ada dah manusia nak aku meluahkan rasa, tak ada dah manusia nak komen aku bila aku kuat drama. tak ada. cuma kadang-kadang cakap sorang-sorang sebab penat sangat tanggung sendiri dalam hati. tak ada manusia nak dengar, tapi aku tahu Tuhan sentiasa dengar dan tengok drama aku, aku sendiri. penghujung tahun macam hectic sangat. siap konvo. aku dah dapat sasaran 'kepuasan peribadi' aku sendiri. dah ada phd. bab kerja dan mendapatkan kerja rasanya perjalanan aku lancar sangat. selesai hantar thesis, kerja dengan bekas supervisor sebulan, berhenti dan bercuti dekat rumah dua minggu, kerja sambilan dekat pasir gudang satu semester, sambil tu interview sana sini, habis kerja part time terus masuk kerja dekat parit raja dan sekarang ni sibuk nak habiskan silibus sebab tinggal seminggu sebelum study week. tak ada masa rehat yang betul-betul rehat. bercuti kononnya dekat tioman hari tu pun bos sibuk tanya pasal kerja. fiuuhhh... apapun aku syukur, Alhamdulillah dengan rezeki kerja yang macam ni. syukur sangat!

penghujung tahun ni macam sentap sikit sebab ada hal yang terjadi tiba-tiba. hal yang sedih. cukup dah rasanya satu hari aku berfikir sendiri, meroyan, meluahkan rasa pada yang sudi mendengar, menangis pun dah cukup. "orang yang tak yakin je jawab soalan dengan soalan" and I always did. tapi sekarang aku yakin, pilihan aku untuk balik semula ke daerah lahir memang sangat tepat. orang yang sayang kita akan selalu sokong cita-cita dan impian kita. itu yang aku tak nampak dulu. terlalu nak menyokong orang lain sampai aku lupa nak motivate diri sendiri, sampai lupa aku tak perlu jadi orang lain untuk sentiasa visible depan orang lain 'itu'. sampai aku lupa orang yang sepatutnya aku perlu jaga hati dan kasih mereka adalah mak ayah aku, adik beradik aku yang selalu sangat faham dan bertolak ansur untuk aku. aku ni, selalu sangat tak hargai apa yang ada depan mata. selalu sangat terkejar-kejar perkara yang tak munasabah untuk diri sendiri. sikap yang macam ni yang perlu aku tinggalkan dalam tahun ni. tak perlu nak carry forward tahun depan. tak perlu. cukuplah setahun ni aku banyak buang masa dengan perkara tak pasti yang ghaib dan halimunan macam ni. cukup!

perkara yang aku belajar tahun ni;
1. lebih menyayangi orang yang selalu tunjukkan sayang pada kita.
2. jangan tunggu atau tangguh azam kita hanya kerana nak tunggu orang lain yang 'tak penting'
3. jadi diri sendiri
4. mak ayah selalu sayang aku walaupun aku ni banyak menyusahkan diorang.. huwaaaa!!!

jadi tahun depan aku seharusnya lebih menghargai orang-orang terdekat. jangan fikir terlalu complicated. bagi peluang dan sayang diri sendiri. belum terlambat nak jadi insan yang baik. semoga dipermudahkan segala urusan. Amin ya Rabb.



*saja je nak tulis summary tahun ni awal sikit sebab tahu esok lusa mesti super duper busy tak sempat nak online tulis diari.

No comments:

diari nenek

kawan nenek