Tuesday, May 17, 2016

akhir

untuk kali ni je, izinkan aku merintih. kali terakhir dalam diari sendiri. penatnya Ya Rabb rasa jiwa raga zahir dan batin ni. rasa macam "Ya Allah, dugaan apa yang Kau cuba sampaikan? Hikmah apa yang Kau selindungkan Ya Tuhan? Tabahkan aku supaya aku sentiasa dalam landasanMu."
sesaknya nafas bila setiap langkah perlu fikirkan orang lain. perlu timbang-timbang penilaian orang. sakitnya jiwa bila jasad ditikam tapi tak daya nak bersuara. rasa pekik lolong cuma bergema dalam rongga tapi tak siapa dengar.
peliknya rasa bila tak tahu nak gambarkan perasaan. bila otak dan kata macam orang gila, kadang sedih kadang ketawa. tangis pun sekadar menggogoi-gogoi bersama-sama canda. ada sesetengahnya percaya lakonan aku realiti aku. ada segelintir, aku tak mampu sorokkan rasa aku yang sebenar.
aku nak menangis tapi aku tak pasti apa yang perlu aku tangisi.
aku nak bersuka, tapi aku tak pasti perkara apa yang perlu aku rai.
aku nak lari jauh tapi siapa yang perlu aku hindari?
aku nak sembunyi tapi kenapa tak hadap saja realiti?
tapi realiti apa?
bingung.
sesekali, Ya Tuhan, izinkan aku pentingkan diri aku, untuk aku, dan fikirkan aku saja. waktu aku tak terdaya dahulukan mereka semua lebih dari aku, Kau bantulah aku Ya Tuhan.
sesekali, izinkan aku lena tanpa mimpi.

Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget