Tuesday, November 9, 2010

Hadapi dengan senyuman....?

Ermm... dah lame nenek tak update blog nenek ni.. Bersepah-sepah je rase, sarang labah-labah pun banyak.. huhuu... Nenek busy sangat-sangat..( busy ke..?) Ermmm... banyak sangat masalah orang lain yang perlu difikirkan plus result project nenek yang belum kelihatan..

Anda-anda semua mesti biasa tengok drama kan? tak kisah la drama ape.. melayu, korea, jepun, cina, hindustan.. Bila kita tengok drama, secara automatiknya kita boleh fikir ape solusi untuk permasalahan yang timbul dalam drama tu.. Contohnya,

"Ape la bodoh heroin tu setia kat hero yang poyo & suka perkecilkan orang lain. Second hero punya la handsome, romantik, baik hati, kaya, hormat orang tua. Pilih je la second hero tu..!"

Contoh ok?

Ok, itu drama. Cerita yang dilakonkan oleh orang lain, dalam dunia khayalan, banyak yang tak logik dari yang logik. Dan kita sebagai penonton, dengan mudah boleh bagi idea, pandangan & kritikan dalam setiap masalah yang datang..

Tapi realitinya, bila 'drama' ni betul-betul terjadi dalam hidup kita, susah kita nak cari jalan penyelesaian. Kadang-kadang 'tak tercapai akalmu'.. Ceritanya bukanlah tentang si hero dan heroin spt contoh di atas. Banyak lagi drama dunia ni. Semuanya sandiwara.. Kita lah pelakon, kita lah penonton. Yang jadi pengkritik pun kita, juri pun kita juga. 

Chopp..chopp...

Kenapa pulak la nenek cerita pasal drama-drama ni..?ermm... sebabnya, nenek rasa sangat terbeban dengan 'drama swasta' yang sedang berlaku depan mata nenek ni.. Susah nenek nak kongsi cerita ni, ia melibatkan banyak pihak.. Hint-hint sket boleh la kot..

Dalam usia nenek sekarang, kebanyakan usia kawan nenek pun lebih kurang sama 23+-.. Jadi nenek sedia maklum keinginan & perasaan kawan-kawan nenek. Memang dalam usia awal 20an ni, macam-macam yang kita nak, macam-macam yang kita nak cuba. Kalau boleh, kita nak rasa semua benda yang ada depan mata. Pengalaman hari ni memang akan jadikan kita lebih dewasa esok hari.

Tapi percayalah, setiap yang kita buat ni ade risikonya. Mencuba tu tak salah. Tapi kita ni dikurniakan akal untuk menilai, mana yang buruk mana yang baik. Dalam usia kita ni, kita dah lancar membaca, kita tau guna internet, kita tau baca paper, tengok TV. Pendek kata kita sepatutnya tahu ape yang terjadi di sekeliling kita. Kita tau hubungan yang terlarang antara lelaki dengan perempuan tu salah. Tersilap langkah, memang tersangat la buruk padahnye! Kita dah tahu, tapi kenapa mesti buat jugak???

Tak terfikir ke kita pada dosa kita pada Tuhan? Mak? Ayah? Ok, kalau tak kisah tu semua, sekurang-kurangnya sayang lah diri sendiri. Susah ke nak sayang diri sendiri? tak, sangat tak susah. Kita cuma perlu makan makanan yang berkhasiat, berkawan dengan orang yang baik, jangan merokok, & kalau nak berpasangan, carilah pasangan yang baik. Senang kan? 

Hmmm... nak cerita panjang pun tak guna.. Sebenarnya, ini la gambaran 'drama' yang nenek sedang hadapi sekarang ni.. Memang berlaku depan mata. Nenek tak tahu nak buat apa. Walaupun ni kesalahan & kesilapan orang lain, akibat kejahilan orang lain jugak, 'diorang' tak sedar sebenarnya yang kesilapan 'diorang' ni sebenarnya menyusahkan orang lain..!
Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget