Thursday, July 14, 2011

Doa

Doa 'Aisyah R.A

Ya ALLAH! Sesungguhnya aku bermohon kpdM segala kebaikan yg berlaku sekarang, yang akan datang, juga yang aku tahu dan tidak tahu. Aku berlindung dgnMu drpd segala kejahatan yang berlaku sekarang, yang akan datang, juga yang aku tahu dan tidak tahu. Aku bermohon kpdMu syurga dan setiap amalan kebaikan yang boleh menghampirkan diriku kpdnya samada berupa perkataan atau perbuatan. Aku berlindung dgnMu drpd neraka dan setiap amalan yang boleh menghampirkan diriku kpdnya samada berupa perkataan atau perbuatan. Aku memohon kpdMu segala kebaikan yg telah dipohon oleh hambaMu dan RasulMu Muhammad s.a.w. Aku memohon perlindungan dgnMu drpd segala kejahatanyang telah dipohon oleh hambaMu dan RasulMu Muhammad s.a.w. Aku bermohon denganMu, apa-apa ketentuan yg tlh ditetapkan bagiku, natijah kesudahannya adalah dgn petunjukMu.

Doa Abu Al-Darda'

Ya ALLAH! Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yg berhak disembah sebenar-benarnya melainkanMu, hanya padaMu aku menyerah diri dan Engkaulah Tuhan yg mengusai Arasy yg Maha Besar. Sesuatu yg dikehendakiNya pasti akan berlaku dan sesuatu yang tdk dikehendakiNya pasti tdk akan berlaku. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dgn kehendak Allah s.w.t. dan izinNya yg Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku meyakini bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas tiap2 sesuatu dan ilmu Allah meliputi segala sesuatu. Ya Allah! kami memohon perlindungan dgnMu, drpd kejahatan nafsuku dan diriku, juga drp segala kejahatan setiap makhluk yg melata (iaitu jin, syaitan, manusia, dan binatang). Engkaulah yg Maha Berkuasa sepenuhnya ke atas semua makhluk ini. Sesungguhnya Tuhan kami sentiasa di atas jalan yg benar.


Dipetik dari : Hizbu Al-Bahri, Hizbu Al-Nawawi, Al-Ma'thurat dan doa munajat pilihan

No comments:

diari nenek

kawan nenek