Tuesday, September 18, 2012

'..dalam kasut kamu..'

Pendengar yang baik? Yess, nenek mengaku nenek dalam kategori pendengar yang baik. Nenek sanggup, mampu dan setia nak dengar ape saje luahan rasa sahabat nenek. tapi kalau nak mintak kaunseling,, sori! nenek bukan kaunselor yg baik. Nenek tak pandai nak bagi nasihat. Kata-kata nenek cuma mampu terngiang dalam hati je. Nak luahkan pun hanya dalam blog ni. Memang nenek berat mulut sebab nenek risau kata-kata nenek akan memburukkan keadaan.

Lagipun nenek lebih senang kalau nenek ada masalah, dan rasa nak luahkan pada seseorang, nenek akan luahkan dan tak nak mangsa luahan perasaan nenek tu bagi ulasan apa2. cukuplah dia jadi pendengar sahaja. Mungkin sebab tu, kalau ada sesiapa yang meluahkan 'duka terpendam' pada nenek, nenek lebih senang diamkan diri dan bagi dia cakap semahunya. Nak nanges, nanges la. Nak jerit, jerit la. Nenek tengok dan dengar je. Nak komen? tidak sama sekali. Tak berani nak komen 'masalah hidup' orang. Untuk cakap 'sabar ajelah' pun nenek tak mampu. Sebab nenek tahu, kalau seseorang tu penyabar, dia takkan luahkan isi hati yang terpendam tu pada nenek. kan? Kita cuma pandai cakap SABAR, REDHA, bla bla bla.. Tapi yang menanggungnya, orang lain. Kita takkan faham situasinya melainkan kita berada 'dalam kasut diorangd'..

Nan luahkan rasa sakit hati, bolehlah cari nenek. Nak minta pandangan, ermmm.... mungkin nenek kena fikir tiga hari tiga malam dan tulis pandangan nenek dalam blog ni jah..

No comments:

diari nenek

kawan nenek