Tuesday, November 27, 2012

saya mahu sihat

Pengaruh iklan. pantang ada iklan pasal nak kurus badan, nenek nak try. bulan lepas, nenek terpengaruh dengan iklan dari fb kawan, tauke segala macam ubat, ubat kurus, ubat gemuk, ubat jerawat, ubat cerahkan kulit, semua beliau ada. nenek pun cuba la satu. ubat kurus. nak turunkan berat punya pasal. ngam2 lepas beli je, terbaca artikel pasal risiko & kesan negatif akibat dari ubat kurus tu. seriau gak membaca. lama jugaklah nenek peram tak mau makan ubat tersebut. dua minggu lepas, nenek contact balik tauke tu, mintak kepastian pasal artikel tu. beliau kata, "artikel tu semua tipu, ubat yang berbahaya tu made in china, bukan hong kong.." eh, boleh ea gitu? di tambah lagi, beliau dah guna ubat tersebut habis satu botol dan kesannya memang ketara. dari saiz xl sekarang dah saiz m. saiz s pun boleh muat rasanya. okeh, akibat pengaruh rakan sebaya, nenek pun telan sebiji. Kesan pertama yang nenek rasa, cepat haus. dalam erti kata lain, kita perlu minum banyak air untuk bersaing dengan kesan ubat ni. selang sehari, nenek telan lagi sebiji. kali ni, rasa tak sedap badan. rasa macam nak demam. minum la air banyak mana, memang tak rasa surut. jantung ni rasa berdebar-debar je. kepala pening. tak selera makan. susah nak tidur tapi badan letih. so, keputusannya, nenek bakar je ubat tersebut. baru 2 biji rasa dah sengsara. kalau makan satu botol macam mana la agaknya ya?

Jadi konklusinya di sini adalah, nenek nak sihat, bukan nak kurus. nenek nak kurangkan berat badan, tapi tak nak nampak kurus macam orang sakit.

 + 


Petua paling berkesan dari emak, minumlah air asam jawa di campur dengan kunyit hidup. bukan setakat boleh turunkan berat badan, boleh jugak membersihkan sistem peranakan dan melancarkan darah. bahan semula jadi gitu, kalau tak memberi kesan positif, ianya jugak tidak akan mendatangkan mudarat. baru seminggu cuba, nenek turun 1 kg..  ^^

3 comments:

Rehan Who said...

wah, tahniah dah turun 1kg. kite tak boleh nak diet lagi skrg. korset2 semua dah bungkus. ubat2 sapu pun dah bungkus. time to round the belly! yea!

Unknown said...

hehe.. nnt lps waktu2 tertentu boleh la amalkan petua ni.. mujarabbbb!

Rehan Who said...

tunggu sihat nnt nak try petua ni. kalau tak jadi boleh claim money back guarantee kan? tq aiza :)

diari nenek

kawan nenek