Wednesday, November 14, 2012

rindu sangat!

Kucing kesayangan pertama nenek nama dia Michi. cantik, patuh, comel. bulu warna hitam pekat & pakai stoking putih.. sayang sangat Michi sampai la suatu hari, Michi hilang tanpa jejak. sedih sangat! masa tu nenek umur 9 tahun. Lepas Michi tak ada, nenek tak pernah 'sayang sangat' mana-mana kucing. takut nanti 'sedih sangat' bila dia tiba-tiba hilang. 

Sampai la tahun 2010, nenek umur 23. Kukun tiba-tiba muncul bawah pokok nangka kat belakang rumah. comel sangat. masa tu mungkin kukun baru umur sebulan. bila emak panggil ajak dia masuk rumah, dia lari terkedek-kedek datang pada emak. meleset-leset manja kat kaki emak. emak jatuh kasih pada kukun. terus ambil jadi anak angkat.



Sebelum kukun dapat nama KUKUN, macam-macam nama yang adik-adik nenek bagi kat kukun. tapi akhirnya nenek menang dalam acara pemberian nama sebab kukun nampak suka dan excited bila kami panggil die kukun. senyum je kukun bila orang panggil dia. 

Kukun ni budak baik. kalau lalu depan orang, dia suka tegur. "miyekk.." je dia mengiau. tak reti nak explain cane bunyi dia. tapi comel. peramah la katakan. tapi sayang, kukun takut dengan kucing betina. huhuu.. jadi, kami ni dok la pakat panggil dia ni bapuk. tapi kukun tak marah (kot). 


Kukun suka tido terlentang. kat mana-mana port pon boleh sebab kukun ni kucing asal boleh je. huhuu.. bawah meja, bawah kerusi, tepi pintu, semua jadi tempat parking dia. makan paling tak cerewet. bila nenek nak bersihkan ikan, kukun pun datang meleset-leset kat kaki, nanti mulalah 'hulur tangan' dia mintak sisa ikan tu. siap bersihkan ikan, nenek letak sisa ikan bawah pokok kelapa belakang rumah. kat situ la port biasa kukun breakfast, lunch & dinner. kukun ni tak cerewet, dia tak suka makan guna pinggan. biskut kucing pun dia tak suka. paling dia suka, sisa ikan dengan nasi berkuah. kenyang sampai petang. dah kenyang, dok termenung tepi tingkap. ushar burung pulak.


kami selalu buli kukun. suruh dia posing sambil pakai spect, pakai rambut palsu, pakai baju. tapi kukun layankan je. patuh sungguh. kadang-kadang nampak muka kukun macam boring je kena buli. huhu.. kami bukan buli sangat pun, saja nak manja dengan kukun sebab sejak kukun membesar ni dia dah malas nak main. duduk, baring, tidur je kerjanya. tak pun termenung tepi tingkap. tapi ada satu benda yang kukun paling rajin nak buat, tangkap tikus kat kebun sayur ayah. kukun memang terbaik.



Ha, comel kan kukun posing? macam model gitu. hehee..

Banyak lagi gambar kukun yang nenek simpan. tapi tak sampai hati nak post semua. sedih sangat bila tengok balik. paling nenek ralat, nenek tak sempat nak snap gambar kukun hulur tangan tiap kali nak mintak sisa ikan. emak selalu pesan suruh ambil gambar tu sebab kami tak pernah lagi bela kucing yang sopan macam kukun. siap hulur tangan kalau nak mintak makan. kukun la satu-satunya. 

Sekarang kami dah bela boboi untuk ganti tempat kukun. nenek pun dah sayang boboi macam nenek sayang kukun. selalu jugak la tersasul panggil boboi 'kukun'....

 ermm... emosi pulak.



Sayang kukun sangat-sangat.. selamanya.


>> terbaca status kawan kat fb,, dia kata "bila kucing peliharaan kita dah nak sampai ajal, dia akan bawa diri jauh-jauh sebab dia tak nak mati depan tuan dia."  Kalau betul kukun dah tak ada, maafkan nenek sebab selalu buli kukun. tapi pada nenek, kukun sentiasa hidup dalam hati nenek..




Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget