Saturday, June 1, 2013

Perasaannya lain

Hari ni,, ermm,, rasanya dari rabu lepas, sibuk ke sana ke mari. Walaupun tak lah terlalu sibuk nak uruskan macam2, cuma buat beberapa perkara remeh saja. Dari jauh, dari dekat, memang aku nampak riak bahagia mereka. Seronok sangat lihat orang yg kita sayang bahagia dengan kehidupan mereka. Tapi rasanya macam dah tak sama perasaannya sekarang. Walaupun dekat, cuma jarak sejengkal, tapi dah rasa beribu batu jauhnya. Komunikasi pun tak semacam dulu. Bukanlah aku rasa kehilangan lepas majlis akad, tapi aku rasa macam ada kekurangan. Kelainan. Dia masih macam dulu, tetap ceria, penuh ketawa, gurau senda dengan kawan-kawan. Tapi bukan dengan aku. Samada aku ada atau tidak, mungkin tak mendatangkan kesan.

Tak tahulah, mungkin perasaan aku saja. Terlalu mengambil hati, sensitif. Mungkin sebelum ini aku terlalu banyak memberi, jarang menerima. Terlalu memanjakan, dibiarkan bahu untuk digantung harapan. Rasanya mungkin setakat ini. Bukan memutuskan, tapi berhenti seketika dari terus memberi. Takut juga kalau dia sudah terbiasa menerima, akan jadi kurang menghargai. Perlahan-lahan,,, sampai tiba suatu saat nanti, dia sendiri yang akan tercari keberadaan aku.

Semoga kebahagiaan akan selamanya milikmu, semoga insan2 yang engkau sayangi senantiasa mendampingimu. Maaf, terima kasih, tahniah.

3 comments:

Rehan Who said...

kadang-kadang kena biar orang rasa kehilangan kita. baru mereka hargai. kalau tak pun, beri ruang untuk hargai diri sendiri. jangan biar kita ditolak-tolak ke tepi.

hidup kena happy :)

Unknown said...

^^,

Ukhti Ai said...

Walaupun komunikasi tidak semcm dahulu, atau tidak sering berjumpa..namun, doa kpd saudara mu itu tidak putus bukan...
.. dan usah bersedih atas sesuatu yg sentiasa berubah, kerna setiap yg ada di muka bumi ini tiada yg kekal lama. Hanya Allah saja yg kekal.

diari nenek

kawan nenek