Tuesday, February 25, 2014

AYAH

Lelaki paling digeruni masa aku kecik dulu. Garang macam rimau. Pantang bising sikit, main lari-lari terlebih, terjahanamkan barang, memang confirm kena bantai dengan ayah. Setakat tali pinggang rm10 cap pasar malam ayah tu, dah biasa sangat rasa. Aku kadang-kadang je rasa kena bantai, sebab selalunya abang aku back up. Dia pulak yang kena. Aku sempat nyorok bawah katil. Huhuu.. TQ abangku, heroku, juga merangkap penyelamat aku dari 'bantaian' ayah masa kecik dulu.

Tak payah cerita lebih, rasanya hampir semua ayah zaman dulu garang. Tak boleh nak mengada sikit, siap la kena jeling dengan ayah. Masa tu faham dah. Behave! Tak berani nak gurau-gurau dengan ayah.

Tu pengalaman masa aku sekolah rendah. Ayah memang garang, tegas, suka naik tangan tapi tak lah sampai lebam-lebam kitorang kena. Cukup la pukul untuk mengajar. Tapi masa tu tak rasa ayah macam nak mengajar. Kadang-kadang dendam la jugak. Iye la, masa tu kecik lagi. Tau nak memberontak je. Sori ayah! (smiley)

Sekarang ni, bila semua anak-anak dah besar panjang ayah dah tak garang lagi. Walaupun ada adik yang masih sekolah rendah, ayah langsung tak pernah naik tangan kalau dorang buat salah. Nak nasihat pun tak guna tali pinggang lagi dah. Cukup setakat tepuk-tepuk bahu. Untung la adik-adik. Tu yang manja terlebih. Cehhh, bukan jeles ok! Mungkin sebab faktor usia. Ayah dah tak larat nak garang-garang sangat. Penat kot dari umur 25 tahun dapat anak-anak yang 'buas'. Asyik kerja nak marah je. Dah lebih 30 tahun, tak mungkin ayah nak segarang dulu.

Walaupun sikap garang tu dah takde (sangat) tapi ayah tegas macam dulu jugak. Suara ayah. Tegas. Suara yang sama, sejak aku kenal alam persekolahan, setiap hari, suara yang sama yang akan kejutkan aku dari tidur.

"Za,  sekolah!"

Kadang sampai dua tiga kali kejut. Maklum la, nak bangun pagi memang liat sikit. Nak lagi kalau bangun sebab nak kena pergi sekolah. Alahaiiii... malasnye macam ada 10 ekor setan bertenggek atas bahu.

Sekarang, bila sekali-sekala ada di rumah, masih lagi suara yang sama aku dengar setiap pagi. Suara pertama yang aku dengar walaupun belum celik mata.

"Za, subuh!"

Tak payah pasang alarm.

Bila jauh dari ayah, bila aku dah kembali ke kampus, suara ayah jugak yang aku seakan-akan terdengar bila bangkit dari tidur. Terasa-rasa macam ayah ada sentiasa di sisi aku untuk kejutkan aku, sedarkan aku. Bila datang rasa malas pergi kelas je, mata layu je, badan berbungkus selimut je, suara ayah selalu suka muncul tiba-tiba.

"Za, bangun!"



*********

Ini bukan cerita tipu. Ini cerita aku. Tentang ayah aku. Dan tentang betapa aku sayang ayah aku. Terima kasih ayah, sebab sentiasa ada untuk 'kejutkan' iza. Sentiasa bagi sokongan dan dorongan. Sentiasa beri peluang untuk aku memilih dan buat keputusan sendiri. Biarpun ayah tau, kadang-kadang pilihan aku tu kelaut, tapi ayah sentiasa bagi peluang aku untuk nilaikan sendiri keadaan. Angin keras kepala dan ala-ala garang ni aku warisi dari ayah, jadi ayah kena reda dengan hakikat ini. Peace!

IZA SAYANG AYAH!

No comments:

diari nenek

kawan nenek